Kuih Keria Ibunda Gula Melaka


I am what I am

Sebut ajer Keria, teringat Melaka. Keria kalini bukan Keria viral seperti Keria Antarabangsa, Keria Haji Jalil atau Keria apa-apa pun. Keria yang dimaksudkan ialah Keria Ibunda.

Dengar nama Keria Ibunda mesti korang pikir ni Keria biasa-biasa je kan. Tak korang, Keria Ibunda ni rasanya sedap, gemuk dan padat dengan rasa keledeknya.

Pernah rasa Keria viral sebelum ni, tapi ‘No Komen’ okey. Tak baik nak kritik Keria orang lain. Sebab yang menikmatinya pun ada macam-macam deria rasa. Bab ni bukan keje Mamable nak kritik bagai.

Mamable sempat jugak interview founder Keria Ibunda ni, seorang lelaki yang humble dan hitam manis orangnya iaitu Encik Osman. Bukan Osman Jailani peniup seksofon tu yer hehehe

Encik Osman – Founder Keria Ibunda, Melaka

Encik Osman ni yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses menyediakan Kuih Keria Ibunda ni bermula dengan merebus keledek hinggalah menyira Keria dengan Gula Melaka. Penjualan dan melayan customer pula dibantu oleh Puan Fatin. Manis dan peramah orangnya. Tersenyum ajer melayan segala soalan yang diajukan padanya. Faham-fahamlah Mamable ni suka mengatun…

Selain Keria Ibunda, Karipap Padu pun Encik Osman sediakan. Karipap Padu yang padu ngan isi. Kulit karipap yang rangup dan terdapat 4 jenis karipap iaitu Karipap Ayam, Karipap Daging, Karipap Sardin dan Karipap Kentang.

Posting Mamable di FB dan IG baru-baru ni…”Perot lapau & tekak ni nak cendol. Tak tahu nak ke mana, pandang kiri kanan simpang Ayer Paabas…ternampak gerai tepi jalan di sebelah kanan..menghala ke Pekan Masjid Tanah. Macam-macam ada. Lepak bawah pokok minum cendol, makan meehoon goreng, karipap & keria. Tapi keria ni setaraf antarabangsa tau ala keria viral tuuu. Datang Melaka singgah sini tau. Cari Gerobok Food Hunter.

Datang Melaka singgah sini tau. Cari Gerobok Food Hunter di LOKASI : PEKAN LENDU JALAN MENGHALA KE MASJID TANAH BAWAH POKOK BESAR SELEPAS MASJID UMAR AL KHATAB…

Untuk tempahan boleh direct wassup dorang ni kat http://www.wasap.my/60178472977/KERIAKARIPAP atau http://www.wasap.my/60172697910/KERIAKARIPAP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s