Suka Pada Gajah


  • I am what I am………
  • Wow berbulan-bulan tak jenguk blog, start mula PKP, PKPB hinggalah PKPP ni. So nak datangkan mood berblog balik, Mamable nak bercerita mengenai haiwan kegemaran Mamable iaitu Gajah.
  • Semua orang tau gajah merupakan mamalia besar. Haiwan herbivor yang boleh ditemui di berbagai habitat seperti savana, hutan, gurun, dan paya. Gajah cenderung berada di tepi air. Gajah dianggap sebagai spesies kunci kerana impaknya terhadap alam sekitar. Haiwan-haiwan lain cenderung menjaga jarak daripada gajah, dan pemangsa seperti singa, harimau. dubuk, dan anjing liar biasanya hanya menyerang gajah muda. Gajah dapat hidup selama 70 tahun di alam bebas. Gajah berkomunikasi melalui sentuhan, penglihatan, menghidu, dan suara; gajah menggunakan komunikasi infrabunyi dan seismik untuk jarak jauh. Kecerdasan gajah telah dibandingkan dengan kecerdasan primat, ikan paus dan lumba-lumba. Gajah nampaknya mempunyai kesedaran diri dan menunjukkan empati kepada gajah lain yang hampir atau sudah mati. Pada 16 April merupakan Hari Gajah Sedunia.
  • Antara sebabnya mengapa Mamable suka pada gajah :

  • Gajah adalah makhluk hidup yang sangat indah. Ukuran mereka yang begitu besar, memastikan bahwa mereka tetap relatif di alam liar, meskipun tidak berada di atas rantai makanan. Di sisi lain, mereka juga makhluk yang sangat lembut yang tinggal dalam kawanan dan menjaga kawanan mereka sendiri.
  • Seperti manusia, gajah juga memilih menggunakan gading kanan atau pun gading kiri. Seperti kita, mereka juga “kidal” tau……..
  • Belalai gajah mempunyai lebih daripada 40 ribu otot di dalamnya. Gajah-gajah yang sudah dewasa, mampu mengangkat beban lebih dari 300kg dengan belalainya! Oleh sebab itulah belalai ini digunakan untuk semua hal, bermula dengan makan hingga lah berpelukan…..cewahhhhhhh gajah ni.
  • Gajah Asia memiliki satu jari kaki lebih banyak daripada Gajah Afrika. Macam mana tu…..gajah savana Afrika memiliki 4 kuku di kaki depan dan 3 kuku di kaki belakang. Sedangkan gajah Asia memiliki 5 kuku di kaki depan dan 4 (jarang sekali 5) kuku di kaki belakang.
  • Tang ni mesti korang tergelak golek-golek……rupa-rupanya gajah adalah satu-satunya haiwan mamalia yang tak boleh melompat. Sekarang korang dah tau kenapa korang ketawa sampai tergolek-golek? Ya, betul! Tubuh mereka yang berat membuatkan mereka tak boleh sedikitpun melayangkan dirinya ke udara. Jika sudah dewasa, berat seekor gajah Afrika boleh mencapai 6250 kilogram. Kalaulah gajah boleh melompat, habis terbalik dunia ni………
  • <img src=”https://mamable.files.wordpress.com/2020/06/img_6135.jpg&#8221; class=”aligncenter size-full wp-image-16168″ width=”
  • “>
  • Bukan Obsessed Tapi Tertarik

    Tertarik dengan keperibadian si gajah yang besar dan comel sebenarnya. Gajah adalah haiwan yang baik dan tak mengancam keselamatan manusia atau haiwan yang lain melainkan haiwan atau manusia yang berniat tak baik padanya.

    Mamable juga ada adopt seekor gajah di Zoo Negara tau. Sibol namanya, dah 3 bulan Mamable memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit…ala tak banyak pun hanya RM50 sebulan. Dapatlah membantu sedikit pihak Zoo Negara dan dalam masa yang sama juga menambahkan pahala hehehe.

    Selain adopt gajah, Mamable juga mempunyai koleksi gajah, lebih kurang 12 soft toys gajah tau. Ada gajah king, ada mommy gajah, gajah princess, gajah tidur & gajah pink. Kesemua soft toys gajah ni Mamable letakkan dalam bilik tidur bersebelahan katil Mamable. So every morning Mamable akan nampak mereka dulu.

    Selain itu, Mamable pun mempunyai sling bag gajah, blouse gajah dan key chain gajah. Hahahaha teruk-teruk…

    Kalau korang nak tau bagaimana nak adopt haiwan lain selain gajah haaaa ni Mamable share link untuk info lebih lanjut…..

    https://www.libur.com.my/tolong-bantu-zoo-negara-anda-boleh-pilih-harimau-cheetah-gajah-jadikan-haiwan-angkat/amp/

    Kisah Si Sibol

    Zoo Negara adalah rumah kepada tiga gergasi Gajah Malaysia. Siti (betina), Sibol (betina) dan Teriang (jantan) yang asalnya dari Pahang dan berumur lewat dua puluhan / awal tiga puluhan. Walaupun gajah ini telah lama bersara dari pertunjukan gajah, mereka masih tiga bintang hebat di dalam zoo. Gajah di Zoo Negara ini sangat sukakan makanan manis, jadi pastikan anda menemui mereka dan memberi haiwan-haiwan tersebut makanan seperti tebu dan pisang.

    They say an elephant never forgets. What they don’t tell you is, you never forget an elephant.      

    Bill Murray

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Google photo

    You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s