Ben’s Bake Shop Pilihan Kek Harijadi


I am what I am……

Korang nak tanya ni, daripada semua perkara yang anda ingin sediakan untuk orang tersayang pada hari lahirnya, apa yang paling penting?

Jawapannya of coz kek kan. Anda memerlukan sesuatu yang sangat istimewa. Kalau cerita tentang kek mesti korang pikir kek yang bulat dan dihiasi frosting. Tapi korang tau tak pada zaman dulu hanyalah roti yang bersalut madu, buah dan kekacang. Menarik sungguh! Sejak itu resepi kek telah berubah rupa dan diinovasikan sehinggalah terdapat pelbagai variasi kek yang korang minat. Dari kek coklat yang moist sehinggalah burnt cheesecake yang lembut dan berkrim.

Mamable ni tak pandai nak buat kek. Nak adun lagi nak bakar lagi pastu nak deko bagai…tak pandai. Kerja rumit. So setiap kali sambut harijadi, Mamable akan order online je. Salah satu feveret Mamable adalah Ben’s Bake Shop.

Kat sini setiap keknya ada personaliti dan daya tarikannya yang tersendiri dan inilah yang membuatkan mereka teman yang terbaik untuk apa saja majlis! Tak percaya? Lihatlah sendiri kek yang Mamable pilih untuk harijadi anak Mamable baru-baru ini.

Ada Red Velvet, Blackforest, Chocolate Classic dan Salted Caramel. Mamable saja order 4 jenis terus. All feveret anak. Tak payah pening-pening. Combine sekali 4 hahahaha.

Sekali pandang je Chocolate Classic ni dah dapat rasa dah dia punya aura klasik seperti filem hitam putih kannn. Kek coklat ni segak bergaya siap sedia untuk korang merasa keknya yang moist dan coklatnya pekat.

Tengoklah sendiri Salted Caramel Macademia Cheesecake dengan lapisan karamel asin yang ‘melimpah’ dari kek ini siap dihiasi kacang macademia lagi. Betul-betul membangkitkan selera.

Kek Red Velvet pulak jangan cakaplah. Kalau korang nak rasa chill Red Velvet Cake sedia membantu. Nak lagi padu topping kek ni guna whipping cream yang sedap giler untuk kasi kek ni lagi padu.

Macam kita juga, kek ada pelbagai jenis personaliti dan daya tarikannya yang tersendiri. Walaupun tak semua suka sesuatu kek itu, pasti masih ada ke kek yang sesuai untuk semua orang. Itu yang membuatkan kek ini suatu hadiah yang teristimewa. Jadi Ben’s Bake Shop memberikan korang kek yang mengujakan dari segi citarasa dan kualiti.

Ben’s Bake Shop : Lot No. 1A, 83 – 95, Level UG1, Publika, No, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur

Korang pun boleh takeaway or order dengan grabfood. Yeahhhhhhhhhh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s