Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR)


I am what I am……….

Lama betul tak pergi event, yelah start Covid-19 melanda kan. Pada 03 September 2020 lepas, Mamable berkesempatan attend satu event yang dianjurkan oleh Islamic Tourism Centre (ITC) di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA sempena Majlis Pelancaran Logo Muslim Friendly Accommodation Recognition (MFAR).

Ini membuktikan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) melalui Islamic Tourism Centre (ITC) telah melakar satu lagi pencapaian dalam pembangunan pelancongan Muslim. Sekaligus industri pelancongan Islam merupakan satu segmen yang diyakini boleh menjana hasil lebih tinggi kepada industri pelancongan di Malaysia.

Pelancaran logo rasmi bagi Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) adalah lanjutan daripada sistem penarafan bintang hotel oleh MOTAC dan adalah penarafan berkaitan pelancongan Islam yang pertama di dunia yang dikeluarkan oleh badan atau agensi kerajaan. Standard dan akreditasi lain yang terdapat dipasaran adalah dikeluarkan oleh entiti pihak swasta.

OPENING ADDRESS : YBHG. DATO’ DR. MOHMED RAZIP BIN HAJI HASAN – DIRECTOR GENERAL ISLAMIC TOURISM CENTRE
YBHG. DATO’ DR. NOOR ZARI HAMAT – SECRETARIAL GENERAL MINISTRY OF TOURISM, ARTS & CULTURE MALAYSIA CUM CHAIRMAN OF ISLAMIC TOURISM CENTRE
YB DATO’ SRI HAJAH NANCY SHUKRI – MINISTRY OF TOURISM, ARTS AND CULTURE MALAYSIA

Kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, “Pada tahun 2019, Malaysia menerima sejumlah 5.33 juta ketibaan pelancong Muslim, dengan peningkatan 1.45% dari tahun 2018 (5.25 juta) dengan sumbangan sebanyak RM16.72 bilion pendapatan pelancong, dengan peningkatan 0.72% dari 2018 (RM16.60b)

Konsep ‘mesra-Muslim’ telah mulai mendapat daya tarikan dikalangan beberapa negara di dunia. Konsep ini memfokuskan pada kepentingan memenuhi keperluan dan kemudahan bagi pelancong Muslim oleh pengusaha hotel seperti kebersihan, penggunaan peralatan mandian, makanan halal dan keselamatan serta juga dari sudut rohani yang dapat ditawarkan oleh pihak hotel.

Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim telah mendapat sokongan yang baik daripada pihak Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBHA). Sehingga September 2020, ITC telah memberikan pengiktirafan kepada sejumlah 30 hotel di Malaysia sebagai mesra-Muslim (30 hotel pada tahun 2020, 12 hotel pada tahun 2019).

Majlis pelancaran ini adalah bagi memperkenalkan logo rasmi program Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim. Logo ini merupakan pengiktirafan atas penjenamaan dengan tujuan memberikan keyakinan dan keselesaan kepada pelancong Muslim dan merumuskan bahawa pilihan penginapan adalah bersesuaian dengan prinsip Islam.

Slide di bawah menunjukkan 42 buah hotel dapat pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR)

Dengan pelbagai perlaksanaan melaksanakan pelbagai inisiatif sehingga Malaysia diiktiraf sebagai tempat pertama dalam laporan Global Muslim Travel Index dan destinasi Muslim mesra wanita dalam laporan Muslim Women in Travel oleh MasterCard dan Crescent Rating pada tahun lalu.

Berdasarkan laporan bersama yang dilakukan oleh MasterCard dan Crescenting, jumlah pelancong Muslim dijangka akan mencapai 230 juta pada tahun 2026. Laporan ini telah diterbitkan sebelum Pandemik Covid-19, pasaran pengembara Muslim masih dijangkakan akan meningkat walaupun tidak seperti jangkaan sebelumnya, setelah pandemik ini dapat dikawal sepenuhnya.

Dengan pelaksanaan MFAR, Malaysia akan menjadi destinasi pilihan oleh pelancong Muslim. ITC juga turut mempunyai program-program di dalam perancangan bagi melengkapkan Pengiktirafan Penginapan Mesra-Muslim yang dijangka dapat menyumbang kepada industri pelancongan Malaysia malah memastikan industri pelancongan Islam terus diperkasakan agar dapat memberikan impak yang signifikan kepada sosio-ekonomi negara.

Sekitar Suasana Majlis Pelancaran Pengiktirafan Penginapan Pelancongan Mesra-Muslim (MFAR) Di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA

Info Mengenai Islamic Tourism Centre

Islamic Tourism Centre (ITC) ditubuhkan untuk membantu Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Malaysia dalam melaksanakan penyelidikan pelancongan yang strategik dan risikan pasaran serta memberikan latihan dan pembangunan kapasiti berkaitan dengan pelancongan Islam.

Selain ITC melengkapi dan menambahkan fungsi MOTAC dan Tourism Malaysia, ITC juga berfungsi sebagai badan penasihat terutama dalam perihal yang berkaitan dengan pelancongan Islam. Sejak bertahun-tahun, pusat ini semakin menjadi tempat rujukan antara pihak berkepentingan dan pemain industri di dalam dan luar negara dan dilihat sebagai pakar industri pelancongan Islam. Pusat ini juga diperakui untuk memberi inspirasi kepada pengusaha hotel dan pihak berkepentingan dalam industri pelancongan untuk menawarkan dan memberikan perkhidmatan yang mesra-Muslim.

Pusat ini komited dalam memenuhi gesaan Kerajaan Malaysia dan pihak yang berkepentingan dengan memberikan pemahaman objektif dan tidak berbelah bagi mengenai isu-isu pelancongan di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa serta untuk menyesuaikan pelancongan dalam bidang digital sebagai cara untuk mempromosikan di kalangan manusia sejagat, sesuai dengan Revolusi Industri 4.0.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s