I am what I am………
Apa korang buat pada hari biasa or hujung minggu? Tak tau nak pergi mana, sure punya korang stay kat rumah kan. Okey ni Mamable nak share satu story ni, related dengan isu yang korang alami. Semalam Mamable attend satu event di Matic Jalan Ampang, dimana Tourism Malaysia telah merasmikan satu produk pelancongan terbaru dan berteknologi immersive tau.
Perk Idea Sdn Bhd telah melancarkan ‘Drive-in Cinema Malaysia’ dalam Bahasa Melayu ‘Panggung Wayang Pandu-lalu Malaysia’. Ia merupakan panggung wayang berteknologi imersif yang pertama di Asia dan telah dirasmikan oleh Pengarah Kanan Domestik & Acara, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar.


Dengan adanya Drive-in Cinema Malaysia merupakan salah satu tarikan untuk para pelancong domestik selari dengan kempen Cuti-Cuti Malaysia. Panggung wayang tersebut akan menayangkan filem tempatan dan blockbuster selama 45 hari, bermula dari 19 September – 1 November 2020, bertempat di Bukit Kiara Equestrian Club, Kuala Lumpur. Tayangan filem akan bermula pada 9.00 malam tetapi pintu masuk akan dibuka pada pukul 7.30 petang dan make sure korang sampai latest by 8.30 malam yer.
Harga tiket termasuk entrance fees untuk 2 orang dalam satu kereta dan the rates are below :
Isnin/Selasa/Khamis – tidak termasuk Public Holidays – RM189
Rabu – tidak termasuk Public Holidays – RM169
Jumaat/Sabtu/Ahad/Eve & Public Holidays – RM199
Macam mana purchase ticket? Tiket boleh dibeli kat website https://www.drive-incinema.my/ dan https://www.ticketcharge.com.my/

Tapi apa yang membuatkan pengalaman menonton di Drive-in Malaysia ini menarik?
Bagi merasai pengalaman menonton sebenar, anda bakal merasai pengalaman menonton wayang terbuka berteknologi ‘immersive’ (Immersive technology refers to technology that attempts to emulate a physical world through the means of a digital or simulated world by creating a surrounding sensory feeling, thereby creating a sense of immersion). Juga efek pencahayaan khas semasa penayangan filem. Ia juga menjanjikan para penonton rasa pengalaman digital yang merangsang 5 senses serta rasa teruja menonton filem di tempat terbuka menghadap skrin gergasi dari kereta masing-masing. Untuk efek audio, Drive-in Malaysia menggunakan bluetooth melalui saluran radio kereta anda.
Kepada para kaki wayang, anda hanya perlu pandu masuk dan duduk dalam kereta. Untuk mengurangkan risiko penularan dan jangkitan Covid-19, hanya 2 orang untuk satu kereta dan pihak pengurusan akan mengambil suhu badan sebelum memasuki ruang parkir. Bagi mengelakkan isu kesesakan laluan, anda perlu buat pre oder makanan dan minuman di drive-thru food collection point sebelum masuk. Oh yer mereka beli food and drink on site hanya pembayaran dalam bentuk tanpa tunai melalui sistem e-wallet. SOP terbaik!
Lokasi Drive-in Cinema Malaysia yang luas mampu menampung 200 buah kereta pada satu-satu masa, berbanding dengan para pesaingnya yang hanya mampu menampung rata-rata 30 buah kereta. Jika anda memandu kenderaan besar seperti SUV atau Hilux anda perlu meletakkan kereta di bahagian belakang supaya tidak menghalang pemandangan penonton yang datang dengan kereta sedan.
Berita baik bagi mereka nak buat surprise pada kekasih hati, sambutan aniversary, harijadi, want to play video and make your girlfriend become wife…..kira nak melamar laa ni tau apa saja, anda hanya perlu hantar idea anda ke https://www.drive-incinema.my/ dan pihak pengurusan akan menghubungi serta assist anda. Sesuatu yang menarik kannnnnn.
Kalau hujan macam mana?
Tayangan filem akan berjalan seperti yang dijadualkan kecuali jika tidak selamat dan tidak terkawal, pihak penganjur akan membatalkan dan menangguhkannya.
Usahasama bersama Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) serta agensi-agensi pelancongan di seluruh negara
Melalui usahasama di antara Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan agensi-agensi pelancongan di seluruh negara, Drive-in Malaysia dimasukkan ke dalam pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan dengan kadar keutamaan di samping tarikan-tarikan hebat yang lain. Dengan itu, Drive-in Cinema Malaysia menyokong usaha kerajaan dalam mempromosikan pelancongan domestik dan pemulihan industri pelancongan negara.
Manakala usahasama dengan Federasi Rantaian-Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) pula menggalakkan para pelancong untuk berkunjung ke kedai berjenama di Kuala Lumpur sambil menikmati diskaun ekslusif melalui pengagihan baucar melalui platform Drive-in Cinema Malaysia.


Menurut Pengarah Urusan Perk Idea Sdn Bhd, Encik Phan KH, Drive-in Cinema Malaysia ditubuhkan sebagai salah satu inisiatif projek komuniti mereka bergelar ‘Combating Together’ yang bermula semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semasa di peringkat awal PKP, Perk Idea telah bekerjasama dengan artis-artis tempatan untuk menghasilkan kemeja-t edisi terhad bagi menyalurkan sumbangan pelindung muka kepada para petugas barisan hadapan melalui Jabatan Kesihatan Selangor dan Yayasan Sin Chew. Sebahagian kutipan daripada Drive-in Cinema Malaysia akan disumbangkan kepada rumah Anak Yatim yang terpilih dan mereka yang amat memerlukan bantuan.

Pengenalan Drive-in Malaysia ini dijangka memberi impak positif kepada sektor pelancongan di Malaysia yang terkesan teruk ekoran pandemik COVID-19 dan diharapkan dapat menghidupkan lagi aktiviti pelancong yang datang ke Malaysia.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Drive-in Malaysia, korang boleh hubungi atau lawat laman web :
https://www.drive-incinema.my/
https://www.facebook.com/driveincinemamy
https://www.instagram.com/driveincinema_my/
Mengenai Perk Idea Sdn Bhd
Perk Idea Sdn Bhd merupakan sebuah agensi pemasaran pengalaman, yang ditubuhkan sejak 2010, bermatlamat untuk memperkayakan kempen-kempen pemasaran para klien. Ideologi di sebalik Perk Idea adalah kepercayaan terhadap aktiviti pemasaran haruslah menghasilkan keputusan yang cemerlang sambil menyampaikan kejayaan melalui seni penceritaan di dalam acara, pameran, jenama & identiti, kempen dan kandungan digital.
