Pertama Kali Siri Gong Cha e-Drink Dalam Aplikasi Shopee


I am what I am……….

Setakat ni Mamable pernah try tealive, chatime, each a cup dengan coolblog ja… Paling suka tealive la. Nak jugak join the hype boba tea lain. Sebut sahaja Gong Cha, hampir setiap orang ingin mencubanya.Tapi dengar dari mereka yang dah try Gong Cha ni macam kena beratur panjang…..terus batalkan niat.

Fenomena bubble tea ‘Gong Cha’ memperkenalkan siri e-drink pertama di platform e-commerce Shopee dengan 3 flavour terbaru iaitu Mango Matcha Latte, Mango Latte dan Mango Marble telah membuatkan ramai orang berteka-teki.

Minuman eksklusif dan istimewa ini diperkenalkan bersempena meraikan acara tahunan Shopee iaitu 9.9 Super Shopping Day.

Mango Matcha Latte

Menarik perhatian 3 lapisan puri mangga, matcha dan susu krim. Pelikkan kombinasi unik mangga dengan Matcha. Gandingan aneh antara rasa pahit Matcha dan manis buah mangga. Mereka sebenarnya saling melengkapi antara satu sama lain. Dicampur pula susu segar lemak berkrim membuatkan sesiapa yang mencuba Mango Matcha Latte menjadi lebih berani dan sekaligus membangkitkan rasa deria gastronomi anda.

Mango Latte

Versi latte yang dibancuh dengan teh hijau Gong Cha, tekstur potongan buah mangga dan susu segar membuatkan anda tidak ketinggalan untuk mencubanya. Malah rasanya unik membuatkan anda ketagih dan berkali-kali ingin meminumnya.

Mango Marble

Diinspirasi dengan campuran mangga, milk green tea dan signature buih Gong Cha maka terhasillah Mango Marble. Gabungan yang hebat, mewah, segar dan sesuai dinikmati bersama orang tersayang.

Shopee x Gong Cha E-Drink Di Shopee Apps

Segala teka-teki sudah terjawab. Untuk pertama kalinya Gong Cha memperkenalkan pembelian secara e-drink yang hanya boleh dibeli secara digital di Shopee App dan kemudian kita ambil sahaja minumannya di cawangan yang berhampiran dengan kita. Tunggu apalagi dapatkan siri Shopee x Gong Cha e-drink sekarang esklusif hanya di Shopee bersempena Food & Services Vouchers di aplikasi portal. Voucher Shopee 9.9 Super Drink boleh ditebus disemua cawangan Gong Cha di seluruh negara bermula sekarang hingga 27 September 2020.

Kepada semua peminat Gong Cha, anda kini boleh menikmati minuman ini dengan harga perkenalan RM7 (harga biasa RM10) dari sekarang hingga 13 September 2020. Lebih jimat apabila anda membeli Gong Cha dengan hanya harga RM5 pada tarikh istimewa pada 6 September dan 9 September.

Gunakan kod GC99 semasa pembayaran untuk menikmati 30% coins cashback (terhad pada RM5) semasa anda membeli siri e-drink di Shopee dari 1 – 9 September 2020.

Sempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, yang berlangsung sekarang hingga 9 September 2020. Pengguna yang membeli-belah di Shopee dengan pelbagai tawaran yang menarik – penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM9, Shocking Sale setiap hari dengan tawaran sebanyak RM9, baucar diskaun 50% serta hadiah bernilai sehingga RM 99,000 untuk dimenangi menerusi Shopee Games.

Korang tunggu apalagi? Jom lawat laman web https://shopee.com.my/gongcha-shopee-series sekarang!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s