Review : Cosmoderm Tea Tree Oil


I am what I am……….

Nak masuk minggu terakhir bulan Oktober barulah Mamable nak update blog. Petang-petang ni, sambil korang makan cekodok tu…Mamable nak share 1 produk skincare ni. Memang dari dulu Mamable ada dengar kehebatan produk ni. Ohh lagi 1, Mamable nak kongsi tips skincare routine Mamable semenjak menggunakan produk ni.

Macam ni citernya, kebetulan Shopee kan selalu buat sales besar-besaran, so pada 10.10 aritu, Mamable berkesempatan menjengah produk Cosmoderm. Manalah tau ada rezeki kat situ kannnn. Ternampak satu set hijau..Tea Tree Oil khas bagi kulit bermasalah dan berminyak macam Mamable. Sebabnya tea tree oil ada khasiat anti bakteria untuk cegah jerawat. So Mamable kaut semua Tea Tree Oil series dengan harga diskaun setiap satu item antara RM13.90 – RM34.90 macam tu.

Dengan lifestyle norma baharu gara-gara pandemik Covid-19 ni, kita diwajibkan memakai pelitup muka apabila berada di luar. Jadi kat sini mulalah problem jerawat menyerang muka. Jerawat merupakan salah satu masalah yang paling kerap dialami oleh kebanyakan orang dalam kehidupan masing-masing. Masalah jerawat boleh menjejaskan mana-mana kumpulan umur tetapi golongan remaja dan belia adalah yang paling banyak mengalami masalah ini. Walaupun jerawat merupakan sebuah isu fizikal, tetapi ia membawa impak yang besar pada kesihatan mental dan keyakinan diri seseorang. Jerawat boleh berlaku pada semua bahagian kulit pada badan kita, tetapi kulit muka adalah kawasan yang paling sensitif. Muka pula adalah tempat pertama yang akan dipandang oleh orang lain apabila ingin berbicara. Jerawat boleh menyebabkan sesetengah orang yang mengalami masalah ini merasakan bahawa keadaan mereka membawa persepsi yang buruk pada pandangan yang pertama.

Setuju atau tidak, pada pendapat Mamable perkara terbaik dalam menangani masalah jerawat ialah untuk cuba menghentikan masalah tersebut sebelum ia bermula. Tapi at least haruslah ada skincare routine basic, disiplin dan teratur. Serta pilih produk pencuci muka dengan betul dan sesuai dengan kulit muka anda. Kat bawah ni Mamable share basic rutin penjagaan kulit wajah “TO ACNE FREE WITHIN 3 DAYS! Beautiful Skin starts with Healthy Skin!

Kan Mamable ada kaut semua produk tea tree oil, bagi yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat. Untuk dapatkan hasil 3 hari jerawat hilang, Mamable mencuci muka 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.

Firstly : Pastikan cuci muka 2 kali sehari dengan menggunakan TTO Facial Cleanser. Picit sedikit di atas tapak tangan yang basah dan gosok sehingga berbuih. Urut ke seluruh muka yang basah dan bilas dengan air. Ia mencuci kulit dengan lembut dan mendalam tanpa mengeringkan kulit kita. Kelebihan yang lain seperti :
• Membersih wajah daripada minyak dan debu
• Membersih pori tersumbat dan mengawal minyak untuk kecutkan jerawat
• Pelbagai manfaat untuk membantu kulit berminyak
• Tidak menutup pori atau menyebabkan alahan
• Sesuai untuk lelaki dan wanita

Secondly : Segarkan muka dengan TTO Purifying Mask. Sapukan satu lapisan nipis ke seluruh muka. Biarkan mask selama 15 hingga 20 minit. Mask berkrim yang menyejukkan sambil menyerap minyak dan nyah toksin untuk kulit sihat dan seimbang
• Membersih pori tersumbat, mengeringkan jerawat dan menyerap lebihan minyak
• Mempercepatkan jerawat kecut bila diguna bersama TTO Facial Cleanser dan krim Anti Blemish X-press.

Thirdly : Sapukan satu lapisan nipis krim Anti Blemish X-press ke atas bahagian yang perlu, 2 kali sehari selepas menggunakan TTO Facial Cleanse dan TTO Purifying Mask. Jika terdapat kerangsangan, hentikan penggunaan. Ia berfungsi untuk kurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih.
• Formulasi berkesan dan cepat dari sumber tumbuh-tumbuhan
• Mampu mengecutkan jerawat semalaman dan mengeringkan terus dalam tiga hari
• Untuk melonggarkan bintik hitam dan bintik putih agar mudah dibersihkan tanpa parut
• Tidak sesuai untuk kulit sensitif

Selepas 3 rutin basic di atas, Mamable akan gunakan range produk TTO yang lain seperti kat bawah ni, maklumlah dah terlebih belikannnn lagipun baca review pasal produk ni semuanya kata terbaik. Oklah jom kita sambung balik rutin kita……..

  1. Selepas pembersihan di atas tadi, tuangkan sedikit TTO Clarifying Toning Lotion ke atas kapas, pastu sapukan ke seluruh muka. Penyegar tanpa minyak ini membantu merawat jerawat, mengurangkan minyak dan memudarkan parut jerawat. Langkah pertama rawatan jerawat dengan membersih wajah daripada bakteria dan lebihan minya dan digunakan untuk menyegarkan kulit jika terlalu berminyak.
  2. Selepas membersih dan menyegar muka, sapukan TTO Oil Control Serum dengan mengurut secara lembut ke seluruh muka hingga diserap. Serum gel berasaskan air ini dikuasai oleh ekstrak buah untuk mengawal pengeluaran minyak berlebihan di wajah terutamanya di kawasan T-Zone. Mengurangkan jerawat, bintik hitam dan bintik putih. Membersihkan pori tersumbat dan imbangkan pengeluaran minyak. Malah mengembalikan lembapan semulajadi kulit yang sekata.
  3. Sapukan TTO Oil Day & Night Moisturiser dengan rata dan urut dengan lembut. Pakej 2 in 1 – primer dan pelembab untuk kulit berminyak dan kombinasi. Pelembap berasaskan air, sesuai sebagai asas mekap atau untuk wajah natural serta perlindungan asas daripada sinaran UVA dan UVB yang akan menggelapkan dan merosakkan sel kulit. Ia sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi.

Korang cuba amalkan basic rutin 3 hari seperti TTO Facial Cleanser, Purifying Mask dan Anti Blemish X-Press pun sudah mencukupi. Ini bukan satu lawak kerana Mamable sendiri menyahut cabaran Cosmoderm TTO series ini iaitu dalam masa 3 hari jerawat hilang.

Jangan risau, jangan panik buying dan tak dapat nak keluar kerana PKPB bagai hahahaha…..korang boleh online shopping TTO series ini kat :

2 thoughts on “Review : Cosmoderm Tea Tree Oil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s