BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Banyak Kelebihan Dan Bagus Untuk Diri Kita Dan Keluarga


I am what I am…………..

Korang suka makan ikan? Pernah terfikir tak masa kita kecik-kecik, mengapa mak kita paksa kita makan ikan. Pastu korang ingat tak mak kita pernah bercakap yang ikan ni bagus untuk kita supaya kita jadi budak pandai dan sihat. Rupa-rupanya banyak kelebihan dan kebaikan bila makan ikan ni.

Wah!.. Ikan Kembung Sebenarnya Lebih Berkhasiat Daripada Salmon - Kartel  Dakwah
Ikan Tenggiri Segar

Sekarang ni tak perlu risau kerana dengan 1 kapsul fish oil kelebihannya seperti anda makan seekor ikan. Bagi kebanyakan warga Malaysia, adakah anda selalu (kerap) makan ikan, jawapannya mungkin “tidak cukup kerap”. So kat sini Mamable nak tanya, adakah anda yang sedang membaca blog Mamable ni mengamalkan suplemen minyak ikan atau fish oil setiap hari? Jika ya, anda melakukan perkara yang bijak! Pastinya anda sudah tahu kebaikannya pada kesihatan kan?

Kita ni nak makan ikan setiap hari pun susahkan, jadi Mamable syorkan 1 produk makan tambahan yang bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Haaaaaaa tadaaaaa ni dia BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength EPA & DHA.

BiO-LiFE MaxX Fish Oil mengandungi 330mg EPA, 220mg DHA dan 100mg asid lemak bebas dalam setiap kapsul. Bahan-bahan ini diekstrak daripada ikan kecil dari laut dalam, yang mempunyai konsentrasi pencemaran yang lebih rendah disebabkan kedudukannya pada bahagian bawah rantaian makanan. Bukan itu sahaja, sisa kekotoran juga telah disingkir melalui proses penyulingan molekul, yang menghasilkan minyak ikan tulen yang kurang bau dan rasa hanyir.

Dengan hanya satu kapsul BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg sehari sudah cukup untuk memenuhi pengambilan dos asid lemak Omega-3 yang disyorkan bagi penjagaan kesihatan secara am.

Jom semak antara kebaikan dan kelebihan fish oil ini!

1) Meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan otak

Kandungan lemak Omega-3 yang terdapat pada ikan sangat bermanfaat untuk keperluan nutrisi sel-sel otak terutama pada kanak-kanak.

2) Mencegah penyakit jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di kebanyakan negara-negara membangun. Omega-3 dapat mengurangkan risiko berkaitan penyakit jantung seperti mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi.

3) Menurunkan tekanan darah tinggi

Masalah tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan pengambilan garam dan lemak tepu yang berlebihan. Kandungan omega-3 yang tinggi dalam fish oil dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

4) Menurunkan tahap kolestrol dalam darah

Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida dan pada masa yang sama ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.

5) Mencegah penyakit kanser

Omega-3 juga dikaitkan dengan pencegahan beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.

6) Bagus untuk kesihatan kulit dan rambut

Jika anda memiliki masalah dengan kulit atau rambut, manfaatkan nutrisi yang terkandung di dalam ikan iaitu Omega 3. Omega 3 adalah makanan sihat bagi sel rambut dan kulit.

7) Perkembangan kognitif kanak-kanak

Omega-3 daripada kelas DHA (Docohexanoic acid) dan EPA (Eicosapentanoic acid) amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak.

8) Kebaikan pada kulit

Fish oil memberi kebaikan kepada kulit kita. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia dan ia mengandungi banyak asid lemak omega-3. Untuk pengetahuan anda, kesihatan kulit boleh merosot terutamanya semasa usia tua atau selepas pendedahan kepada matahari yang terlalu banyak. 

Mujurlah, terdapat beberapa masalah kulit yang boleh mendapat manfaat daripada suplemen minyak ikan, termasuk psoriasis dan dermatitis. Suplemen fish oil boleh menbantu mengekalkan kulit yang sihat.

9) Kesihatan mata

Begitu juga dengan otak, lemak omega-3 membentuk sebahagian penting struktur mata. Bukti telah menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup omega-3 mempunyai risiko penyakit mata.

Tambahan lagi, kesihatan mata mula menurun pada usia tua, yang boleh membawa kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD). Makan ikan sekurang-kurangnya membantu mencegah AMD. Satu kajian mendapati bahawa mengambil fish oil yang tinggi untuk 4 setengah bulan meningkatkan penglihatan pesakit AMD.

10) Mengurangkan gejala kemurungan dan anxiety

Kalau anda nak tahu, kemurungan diramal menjadi penyebab utama penyakit kedua di dunia pada 2030 kelak. Sebenarnya, orang yang mengalami kemurungan mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. 

Kajian telah menunjukkan bahawa suplemen fish oil dapat memperbaiki gejala kemurungan. Selain itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak yang kaya dengan EPA membantu mengurangkan gejala kemurungan lebih daripada DHA.

11) Mencegah masalah dementia (nyanyuk)

Penyakit nyanyuk sukar dikawal, namun boleh dikurangkan. Dalam masyarakat Malaysia, dementia dikenali sebagai nyanyuk. Dengan pengambilan suplemen fish oil yang kaya dengan asid lemak omega 3 (DHA, EPA, APA) dapat meningkatkan fungsi otak, mencegah degenerasi atau penuaan otak yang membawa kepada masalah nyanyuk.

12) Meningkatkan tahap kesuburan

Kandungan omega-3 dalam minyak ikan boleh mengurangkan risiko keguguran. Pakar pemakanan, Marilyn Glenville berpendapat pengambilan minyak ikan sangat penting untuk kesihatan dan keseimbangan hormon.

13) Mengurangkan risiko diabetes (kencing manis)

Fish oil dapat memberikan beberapa manfaat lain bagi penghidap kencing manis, seperti menurunkan lemak darah iaitu trigliserida.

14) Mencegah arthritis (sakit pada sendi)

Individu yang mengambil fish oil dapat mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit. Malah, dapat mengurangkan bengkak dan kesakitan sendi.

So korang dah tau makan suplemen fish oil ni bagus untuk diri kita dan keluarga. Jom kita kenali apa itu BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength EPA & DHA.

Pengenalan BiO-LiFE MaxX Fish Oil 1000mg

MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength merupakan minyak ikan dos berganda yang membekalkan asid lemak poli tak tepu omega-3, iaitu 360mg asid eikosapentaenoik (EPA) dan 240mg asid dokosaheksaenoik (DHA) untuk menyokong fungsi-fungsi badan yang sihat. Asid lemak omega-3 ini telah diekstrak daripada ikan kecil laut dalam (ikan bilis) dan ditapis dengan proses penyulingan molekul.

Bagaimanakah MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membantu menyokong kesihatan optimum?

  • EPA and DHA merupakan asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, ia perlu diperolehi daripada diet harian
  • EPA dan DHA membentuk struktur penting dalam membran sel yang membantu fungsi-fungsi badan
  • Setiap kapsul MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength membekalkan  asid lemak poli tak tepu omega-3 berkonsentrasi tinggi, 360mg EPA dan 240mg DHA
Which Omega3 Fish Oil is Right For You – EPA or DHA? | Better Living

Siapakah yang digalakkan untuk mengambil MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength?

Sesiapa sahaja, terutamanya:   

  • Individu yang kurang pengambilan ikan
  • Individu yang ingin mengekalkan kesihatan

Berapakah dos yang disarankan?

Dewasa: Ambil 1 kapsul, 2 kali sehari selepas makan atau seperti yang disyorkan oleh doktor atau ahli farmasi

Kandungan MaxX Fish Oil 1000mg Double Strength

Setiap kapsul mengandungi:
Minyak ikan (dalam bentuk trigliserida)
Membekalkan asid lemak omega-3
1000mg
Asid Eikosapentaenoik acid (EPA)360mg
Asid Dokosaheksaenoik acid (DHA)240mg
  • Terdiri daripada omega-3 dalam bentuk trigliserida yang senang diserap dan digunakan dalam badan
  • Diproses dengan penyulingan molekul demi menyingkirkan hampir semua kotoran dan bahan cemar yang terdapat dalam minyak ikan
  • Berasaskan sumber daripada ikan bilis, salah satu ikan laut yang kecil yang kaya dengan asid lemak omega-3
  • Mengandungi 2x omega-3 EPA dan DHA

Jadi, pada anda yang belum mengambil suplemen fish oil ini boleh dapatkan di kaunter farmasi ya! Pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada pegawai farmasi terlebih dahulu!

Beli sekarang di farmasi yang berdekatan anda :

Dengan harga RM190 untuk 3 botol (sebotol ada 100 biji kapsul) atau anda boleh beli secara online di :

Ataupun korang boleh search BiO-LiFE store locator di https://biolife.com.my/store-locator/

Website : https://biolife.com.my/

Facebook : https://www.facebook.com/biolifemarketing/

Instagram : https://www.instagram.com/biolifemy/

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCOuoTxZDdppZUy1eiNNZ9Jg

Semoga bermanfaat!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s