Cosmoderm Tea Tree Oil Dan Vitamin E Tampil Wajah Serta Formula Baru


I am what I am…………

Assalammualaikum gais, lama tul tak berblog. Hampir 4 bulan tersimpan sampai berhabukkkkkk haaaa.

Readers Mamable yang setia dan jugak peminat tegar Cosmoderm……korang tau tak sekarang ni Cosmoderm rebranding aka penjenamaan semula dengan produk-produk new look seperti Tea Tree Oil dan Vitamin E range.

Sebelum nak share kat korang new look TTO dan Vit E kat korang, Mamable nak citer apa yang Mamable lalui sebelum jadi pengguna setia Cosmoderm. Korang tau tak, before Cosmoderm hadir dalam rutin harian Mamable, banyak jugaklah produk yang Mamable guna. Sampai tahap Mamable tak menggunakan apa-apa produk skincare. Jerawat confirm-confirm tumbuh sana sini. Picit-picit tinggal parut. Kulit muka makin suram dan kusam. Encik Suami dan anak-anak takut nak bagitau, maklumlah nak jaga hati punya pasal. So, bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk wanita yang telah berkahwin pastinya ingin kekal kelihatan cantik di hadapan suami.

Dipendekkan cerita, Mamable tak give up dan suka mencuba. Tambahan pula apabila melihat rakan seusia memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk dari Cosmoderm. Katanya kalau kulit bermasalah seperti berminyak, berjerawat, mempunyai kesan parut jerawat dan kusam cuba pakai Cosmoderm Tea Tree Oil. Belilah anti jerawat seperti facial cleanser, purifying mask, toning lotion, anti blemish dan moisturiser. Namun selepas beberapa kali memakainya dengan konsisten, kesannya amatlah mengejutkan…….WOW!!!!!!!!!!!

Kenapa Tea Tree Oil (TTO) jadi pilihan Mamable? Kerana TTO sesuai bagi Mamable untuk atasi masalah kulit berminyak dan mudah berjerawat. Lagipun TTO ada kelebihan anti bakteria untuk cegah jerawat. Setuju atau tidak, pada pendapat Mamable perkara terbaik dalam menangani masalah jerawat ialah untuk cuba menghentikan masalah tersebut sebelum ia bermula. Tapi at least haruslah ada skincare routine basic, disiplin dan teratur. Serta pilih produk pencuci muka dengan betul dan sesuai dengan kulit muka anda. Kat bawah ni Mamable share basic rutin skincare malam dan siang, mana tau kalau-kalau korang nak try TTO ni.

Ok sekarang baru syok nak membawang pasal Cosmoderm kini berwajah baharu! Mereka yang obses dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit kini semakin peka dan bijak dengan mengambil inisiatif check dengan teliti senarai bahan pada produk. Melalui tinjauan dan research, Cosmoderm menggunakan icon untuk mengurangkan jumlah bacaan yang perlu dilakukan pengguna serta menggunakan kod QR untuk menarik perhatian pembeli disamping terus menyampaikan maklumat. Senang citer Cosmoderm memudahkan pembelinya buat research bagi produk yang sesuai mengikut masalah kulit masing-masing.

Cosmoderm menekankan kulit yang sihat adalah kulit yang cantik. Tak sia-sia Mamable berhabis ngan set jerawat Cosmoderm ni. Kini Cosmoderm lebih advance dengan penjenamaan dan logo baru. Malah rangkaian Tea Tree Oil dan Vitamin E jugak tampil berwajah baru dengan rumusan yang sesuai mengikut masalah kulit masing-masing.

Mesti korang tak sabar nak tau kan…..Cosmoderm dengan wajah baharu dan formula yang diperbaharui. Penjenamaan semula Cosmoderm diterajui dengan memperkenalkan semula rangkaian produk Tea Tree Oil dan Vitamin E.

Firstly, Mamable nak berborak pasal rangkaian produk Cosmoderm Tea Tree Oil yang sesuai untuk pengguna yang ingin mengatasi masalah kulit berminyak dan mudah berjerawat. Rangkaian ini dilengkapi dengan Oil Control Facial Cleanser, Purifying Facial Mask, Clarifying Face Toner, Oil Control Serum, Day & Night Moisturiser, Anti Blemish Xpress, 100% Pure Australian Tea Tree Oil (BAHARU!), Soothing Body Lotion, dan Oil Control Lotion Talc.

Tea Tree Oil, dirumuskan dengan minyak tulen Tea Tree dari Australia yang terkenal dengan fungsi antibakteria semulajadi dan melegakan untuk mengatasi masalah jerawat. Selain itu, minyak Tea Tree juga membantu mengawal penghasilan sebum berlebihan yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Rangkaian produk ini telah diuji secara dermatologi serta bebas dari Paraben, Pewangi, Minyak Mineral dan SLS/SLES.

Kalau korang rasa kulit wajah korang sesuai ngan rangkaian TTO, korang bolehlah beli kat laman web Cosmoderm atau Cosmoderm shopee official dengan harga mampu milik dan bajet pun rendah hanya dari RM13.90 sehingga RM35.90.

Secondly, say hi Vitamin E! Bagi mereka yang jenis kulitnya normal hingga kulit kering, rangkaian produk Vitamin E amat sesuai digunakan. Range ini dilengkapi dengan Facial Cleansing Foam, Exfoliating Facial Scrub, Renewing Exfoliating Gel, Dewy Moisturising Mask, Refining Toning Lotion, Bi-Phased Toning Essence (BAHARU!), Revitalising Mosturiser 1,000 i.u., Renewal Moisturiser 3,000 i.u., Light Treatment Oil 15,000 i.u., dan Intense Treatment Oil 30,000 i.u. dengan harga mampu milik dari RM19.90 sehingga RM51.90.

Vitamin E dirumus menggunakan Tocopherol (Vitamin E) dan benih Rosa Moschata (minyak Rosehip) yang bekerjasama sebagai antioksidan disamping berfungsi sebagai anti-radang. Rangkaian produk Vitamin E mengandungi bahan yang membantu melembapkan kulit, merawat kulit serta mengurangkan kesan parut seperti kesan jerawat, tanda / regangan dan parut. Diuji secara dermatologi dan bebas dari Paraben, DES, minyak mineral serta SLS/SLES.

TIPS Mamable bagaimana menjaga kulit wajah? Nak follow or tak follow tiada paksaan tau.

  • Membersihkan kulit wajah dengan
    • Guna sabun / pencuci yang lembut (mild) jika anda mempunyai kulit kering. So korang gunalah Vitamin E Facial Cleansing Foam.
    • Bagi kulit sensitif dan berjerawat, elakkan sabun / pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna kerana ia boleh menyebabkan radang kulit, jadi TTO Oil Control Cleanser amatlah sesuai.
  • Gunakan pelembap
    • Pelembap membantu mengekalkan kelembapan kulit
    • Jenis kulit kering dan normal digalakan menggunakan rangkaian Vitamin E Revitalising Mosturiser 1,000 i.u., Renewal Moisturiser 3,000 i.u.
    • Bagi kulit berminyak dan berjerawat pelembap adalah penting dalam rutin penjagaan kulit seharian. TTO Day & Night Moisturiser dengan kombinasi TTO dan Vitamin E, pelembap ini membantu menyelesaikan masalah jerawat anda terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit kombinasi dan berminyak. Ia sesuai dijadikan asas solekan kerana kandungannya yang berasaskan air
  • Gunakan toner
    • Jika anda alami masalah jerawat, toner amat galak digunakan kerana ianya mengandungi bahan-bahan yang dapat menghapus sel kulit mati dan menenangkan kulit. Mamable rekomen korang guna ni….TTO Clarifying Face Toner
    • Masalah kulit kering pula, anda gunalah Refining Toning Lotion, Bi-Phased Toning Essence (BAHARU!). Membantu mengembalikan kelembapan kulit dengan mengimbangkan pH kulit wajah dan memudahkan kulit anda menyerap serum dan krim yang akan dipakai selepas itu
  • Lindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB
    • Siapa kata kulit berminyak tak boleh pakai sunscreen / sunblock? Gunakan krim pelindung TTO Day & Night Moisturiser
    • Renewal Moisturiser 3,000 i.u pula untuk jenis kulit kering dan normal
  • Bersenam
    • Bersenam secara berkala melancarkan perjalanan darah ke seluruh organ termasuk kulit. Ia juga mengekalkan kesihatan kulit
  • Amalkan memakan makanan
    • Seimbang iaitu mengandungi sumber protein, vitamin dan mineral
    • Sayuran dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin
  • Tidak merokok
    • Bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam asap rokok boleh menyebabkan kulit cepat berkedut
    • Boleh menyebabkan kanser
  • Banyakkan meminum air kosong bagi menambah kelembapan kulit

Tak sabar nak dapatkan set untuk atasi masalah jerawat, kulit berminyak,kulit kering dan normal boleh dapatkan sekarang dengan harga mur mur murahhhh kat website atau shopee Cosmoderm. Korang tak tau kondisi masalah skin korang…..jangan risau kerana korang boleh dapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini Cosmoderm, boleh lawati laman sesawang rasmi Cosmoderm di www.Cosmoderm.com.my, laman Facebook rasmi Cosmoderm di www.facebook.com/Cosmoderm dan laman Instagram rasmi Cosmoderm di www.instagram/Cosmoderm.   

2 thoughts on “Cosmoderm Tea Tree Oil Dan Vitamin E Tampil Wajah Serta Formula Baru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s