PEMERKASA Bantuan Bersasar Kepada Rakyat Dan Sektor Terkesan


I am what I am……….

PEMERKASA atau nama penuhnya Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara . Ketika ini negara berada pada tahap kelima Strategi 6R Pelan Komprehensif Pemulihan Ekonomi, iaitu ‘Revitalize’ atau Memperkasa ekonomi. Bagi memastikan perancangan ini tercapai, kerajaan telah mengenal pasti 5 Fokus Utama program pemulihan dan pemerkasaan ekonomi sepanjang tahun 2021 iaitu mengawal penularan COVID-19, memacu pemulihan ekonomi,memperkukuh daya saing negara, melaksanakan agenda keterangkuman wilayah dan masyarakat dan mentransformasi ekonomi.

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA dengan nilai keseluruhan 20 bilion ringgit, dengan suntikan fiskal baharu oleh Kerajaan berjumlah 11 bilion ringgit akan menumpukan 20 inisiatif strategik bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi, menyokong perniagaan dan meneruskan bantuan bersasar kepada rakyat dan sektor yang masih terkesan.

FOKUS 1: Mengawal Penularan Covid-19

Dalam usaha membendung wabak COVID-19, Kerajaan sedang melaksanakan pelbagai tindakan kesihatan awam untuk membendung virus ini.

FOKUS KEDUA: Memacu Pemulihan Ekonomi

Fokus kedua PEMERKASA menumpukan kepada pemulihan semula sektor ekonomi yang terkesan melalui pelaksanaan segera projek pembangunan, penyediaan insentif penggajian serta pemberian insentif percukaian dan kemudahan pembiayaan mikro kredit.

FOKUS KETIGA: Memperkukuh Dayasaing Negara

Dalam memperkukuh daya saing negara, Kerajaan komited untuk menarik pelaburan, memperkasa perdagangan luar, meningkatkan adaptasi penggunaan teknologi digital dan menjamin pertumbuhan lestari.

FOKUS KEEMPAT: Memastikan Agenda Keterangkuman

Bagi terus memelihara kebajikan rakyat terutamanya mereka yang masih terjejas. fokus keempat akan lebih tertumpu kepada golongan rentan, kurang upaya dan mereka yang kehilangan pekerjaan.

FOKUS KELIMA: Transformasi Ekonomi

Menerajui ekonomi berasaskan pengetahuan dan enovasi merujuk kepada RMKe-12/Transformasi GLS/GLIC

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s