I am what I am………
Yeahhhhhhhhhh!!!!! Lepas ni dah boleh bergambar rekod video di PPV. Saja nak share pengumuman YB Khairy Jamaluddin baru-baru ni.
Buktinya ni haaaaa, Mamable copy pengumuman beliau ketika sidang media 2 hari lepas……Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin memaklumkan rakyat kini boleh merekodkan video atau gambar ketika menerima vaksin di PPV.
Kebenaran tersebut adalah bagi memastikan setiap penerima mempunyai bukti kukuh mendapat kadar vaksin yang sempurna. Pertamanya seperti biasa kita pastikan SOP sedia ada untuk (petugas kesihatan) tunjuk penerima vaksin picagari sudah diisi kuantiti (vaksin) sempurna sebelum suntikan. Manakala kedua, kebenaran dari YB Khairy dan Menteri Kesihatan, kalau ada arahan tidak diberikan kemudahan ini, penerima vaksin boleh video penerimaan suntikan mereka.
Tak sabar nak tunggu 2nd dose Mamable pada 28.07.2021 ni di PPV Bukit Jalil. Nak berselfie bersama doktor dan petugas yang lain.
Bercakap pasal vaksin ni, korang dah daftar untuk disuntik ke? Mamable harap korang jalankan tanggungjawab dalam memastikan komuniti kita selamat.
Apa itu VAKSIN?
Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi dari sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk meransang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.
Apakah jenis VAKSIN yang digunakan di Malaysia?
• Vaksin Covid-19 mRNA keluaran Pfizer-BioNtech
• Vaksin Covid-19 viral vector keluaran Astra Zeneka
• Vaksin Covid-19 inactivated keluaran Sinovac
Semua vaksin yang diluluskan untuk penggunaan di Malaysia adalah selamat dan berkesan. Vaksin yang paling bagus adalah vaksin paling awal yang ditawarkan kepada anda.

- Siapa yang patut ambil VAKSIN COVID-19?
- Berumur 18 dan ke atas boleh divaksinasi
- Komorbid* adalah berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti
- Oleh kerana itu, komorbid perlu divaksinasi untuk melindungi mereka dari mengalami kesan yang teruk daripada dijangkiti
**Komorbid ditakrifkan sebagai orang yang mempunyai dua atau lebih penyakit/keadaan perubatan yang tidak berkaitan secara serentak**

Adakah anda boleh divaksinasi walaupun di dalam keadaan………….?
- Selepas kesakitan akut : Demam (divaksinasi 2 minggu selepas penyakit)
- Selepas mendapat VAKSIN lain (2 minggu selepas divaksinasi)
- Ibu menyusu
- Alahan ringan : makanan,ubat-ubatan, gigitan serangga (ruam, bengkak, gatal)
- HIV : keadaan stabil
- Pernah dijangkiti COVID-19 (divaksinasi 3-6 bulan selepas pulih)
Kumpulan berisiko tinggi yang layak untuk divaksinasi?
Senarai penyakit yang pengidapnya berisiko tinggi dan menjadi KUMPULAN UTAMA untuk divaksinasi :
- Diabetes : samada jenis 1 atau 2
- Obesiti : BMI >40 dan mempunyai penyakit yang berkaitan dengan obesiti
- Hipertensi/Darah Tinggi
- Hiperkolesterolaemia
- Penyakit jantung termasuk penyakit jantung kongenital, atrial fibrilasi, penyakit arteri koronari dan lemah jantung
- Penyakit Paru-Paru : Asma, Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik (COPD)
- Kanser (stabil dan telah dirawat)
- Hamil dengan komorbid : boleh divaksinasi antara 14-33 minggu
- Penyakit buah pinggang kronik – tahap 3-5 jalani dialisis
Kontraindikasi terhadap vaksinasi : tedapat beberapa keadaan yang menjadikan VAKSINASI TIDAK SESUAI, iaitu :
- ALERGI TERUK dan ANAFILAKSIS , setelah menerima dos pertama vaksin COVID-19 (jangan ambil dos kedua)
- ALAHAN TERUK, ANAFILAKSIS terhadap vaksin, ubat-ubatan atau bahan lain
- Rujuk doktor…jika anda mempunyai alahan dan TIDAK PASTI mengenai TAHAP ALAHAN anda
- Untuk MEMBINCANGKAN JADUAL VAKSINASI jika anda termasuk dalam salah satu kumpulan berisiko tinggi seperti PENYAKIT BERKAITAN DARAH termasuk mereka yang mengambil ubat seperti ubat pencairan darah, LEMAH SISTEM IMUN disebabkan penyakit atau ubat-ubatan
- Pesakit barah yang sedang menjalani rawatan
- Penyakit autoimun: SLE dan artritis reumatoid yang mengambil ubat tertentu seperti mengambil STEROID berterusan
Apakah perkara yang perlu dilakukan selepas menerima suntikan VAKSIN COVID-19?
Setelah menerima suntikan vaksin COVID-19, penerima vaksin perlu : Berada di ruang pemerhatian yang ditetapkan sekurang-kurangnya selama 15 minit. Anda mesti memaklumkan kepada petugas kesihatan atau mendapatkan
rawatan segera sekiranya anda mengalami tanda-tanda berikut selepas menerima vaksin COVID 19:
• Kesukaran bernafas
• Pembengkakan muka, bibir dan tekak
• Denyutan jantung yang sangat cepat
• Ruam teruk timbul di seluruh badan
• Merasa pening dan lemah tubuh badan
Penerima vaksin perlu sentiasa mengamalkan norma baharu dan mengikuti langkah pencegahan penyakit COVID-19. Anda perlu menyimpan kad vaksinasi yang diberi oleh anggota kesihatan. Apabila anda mendapat dos pertama, anda akan diberi kad vaksinasi untuk menunjukkan bila anda perlu mendapatkan dos kedua.
Adakah saya akan dilindungi sepenuhnya selepas menerima VAKSIN COVID-19?
Vaksin akan mula menunjukkan keberkesanan melalui peningkatan antibodi dalam badan bermula dari hari ke-12 selepas dos pertama diberikan. Pembentukan antibodi akan meningkat secara mendadak selepas pemberian dos kedua. Ini bermakna, seseorang akan dilindungi secara optima selepas menerima kedua-dua dos untuk mengurangkan kebarangkalian kejadian penyakit COVID-19 yang serius. Walaupun seseorang itu telah menerima dos lengkap vaksin, beliau masih perlu mengamalkan langkah pencegahan seperti mengamalkan 3W iaitu Wash, Wear, Warn dan mengelakkan 3C iaitu mengelakkan Confined space (Sempit), Crowded (Sesak) dan Close conversation (Sembang dekat). Walau bagaimanapun, pada masa ini, tempoh perlindungan jangka panjang terhadap COVID-19 masih belum diketahui.
Bagaimana saya boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan VAKSIN dan vaksinasi?
- Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila bertanya kepada petugas kesihatan berhampiran
- Anda juga melayari laman sesawang yang mengandungi maklumat yang lebih
tepat dan dipercayai seperti:
• WHO: http://www.who.int
• CDC : https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/index.html.
• FDA : https://www.fda.gov/emergency-preparedness-andresponse/mcmlegal-regulatory-and-policy framework/emergency-useauthorization
Adakah terdapat nombor hotline yang boleh saya hubungi bagi pertanyaan mengenai pendaftaran vaksin COVID-19?Kamu boleh hubungi talian hotline 1800-888-828
Bagaimana jika saya tiada MySejahtera? Anda digalakkan memuat turun aplikasi MySejahtera kerana mereka yang dipilih untuk vaksinasi akan dimaklumkan melalui aplikasi MySejahtera dan rekod vaksin yang diterima juga akan dimasukkan ke aplikasi MySejahtera anda supaya proses vaksinasi akan dijalankan dengan lebih lancar. Walau bagaimanapun, bagi pengguna yang tidak mempunyai MySejahtera, terdapat 4 kaedah lain untuk mendaftar iaitu melalui: Borang pendaftaran di laman sesawang vaksincovid.gov.my yang boleh diakses di sini Talian hotline 1800-888-828 Di Klinik Kesihatan dan hospital kerajaan Menerusi program bantuan (outreach) bagi penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman