Plays.org Games Online Free Pilihan Terbaik Sekeluarga


I am what I am………..

Di musim pandemik ni, eloklah hanya duduk di rumah #stayathome. Tak perlulah keluar ke tempat tumpuan awam bagi mengelakkan sebaran penyakit berjangkit koronavirus Covid-19. Nak keluar boleh tapi jika ada urusan penting yang tak boleh nak dielakkan. Suka ke, tak suka ke, biasakan lifestyle anda dengan norma baharu. Tapi…..Bila dah duduk rumah tak tahu nak buat apa? Ketandusan idea, buntu, bosan……Anda janganlah risau sebab banyak aktiviti indoor boleh dilakukan bersama ahli keluarga dan rakan serumah. Dalam masa yang sama ia mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga rakan anda.

Salah  satu aktiviti yang korang boleh lakukan ialah bermain games online. Korang tau tak, bermain game online ini membolehkan seseorang itu dilabel bijak? Jangan buat muka terkejut yer. Korang harus tahu bermain game online banyak manfaat dan ada positifnya. Selain terbukti dapat mengasah otak dan menjadikan seseorang itu lebih kreatif ia juga dapat dijadikan kerjaya.

Apakata korang cuba cabar anak-anak korang or rakan bermain Plays.org. Confirm ia menyeronokkan. Games ni free dan anda tidak perlu nak download aplikasi. Dalam games ni terdapat beratus jenis games dan banyak genre untuk dipilih. Ikut suka korang nak apa.

Bawah ni Mamable listkan antara games yang menjadi pilihan kami sekeluarga :

Adventure Time Rumble in the Nightosphere: Balloon Fighter

Adventure Time Rumble in the Nightosphere Game Welcome Screen Screenshot.
Adventure Time Rumble in the Nightosphere Game Two Player Controls Screenshot.

Game ni memerlukan 2 player. So korang bolehlah cabar adik beradik,ibu ayah or rakan korang. Memerlukan taktik & strategi untuk menghapuskan ‘demonic’ yang rupa macam tengkorak tu. Game ni menyerupai Nintendo classic games Balloon Fight. Player Pertama mode as Peppermint Butler, bekerjasama dengan Player Kedua as Starchy mengalahkan demonic enemies and defeat Ogdoad.

Missing Number Game

Missing Number Game Welcome Screen Screenshot.
Missing Number Game Play Screenshot.

Game ni tak boleh blah. Sebab apa tau, korang kena cepat dan fokus. Dalam game ni, diberikan nombor 0 hingga 9. Dalam nombor yangdiberikan ada nombor yang hilang so korang kena cari nombor yang hilang tersebut. Kalau korang salah pilih, that mean GAME OVER dan kena start balik.

SpongeBob Rider

SpongeBob Rider Game Welcome Screen Screenshot.
SpongeBob Rider Game Play Screenshot.

Comelkan Spongebob ni. Tak pernah missed tengok kartun ni kat tv. Ok berbalik kita semula pada game ni, dalam game ni korang kena control Spongebob rides dalam underwater. Bantu Spongebob collect as many coins as you can. Jangan lupa kumpulkan bubbles untuk activate kelajuan. Dalam masa yang sama korang jugakkena jauhkan Spongebob dari tercedera terkena sea urchins, hermit crabs, or coral. Game Spongebob ni memerlukan strategi, kepantasan dan fokus.

Crash the Bash Wobbly Dad

Crash the Bash Wobbly Dad Game Welcome Screen Screenshot.
Crash the Bash Wobbly Dad Game How To Play Screenshot.

Yay! Daddy datang dengan snek yang banyak di tangan. Tiada sapa yang peduli, tonton game bersama famili tersayang. Game daddy ni korang kena selamatkan daddy daripada terjatuh. Lagi tinggi snek daddy bawak bermakna korang score tinggi. Elakkan daddy daripada terlanggar kulit pisang, sampah atau apa saja yang menghalang perjalanan daddy korang hahahahahahaha.

Color Sequence: Light Sequence Pattern Matching Game

Color Sequence Game Welcome Screen Screenshot.
Color Sequence Game How To Play Screenshot.

Permainan ni korang kena ada fokus. Korang kena ingat color patern yang berbunyi dan bila tiba turn korang, korang kena tekan follow patern yang diberikan tadi. Kalau salah…..GAME OVER lahhhhhhhh. So korang kena start balik. Seperti game yang lain, makin berjaya korang follow patern tersebut, maka permainan level more complex.

Boleh leka tau main games online kat Plays.org ni. Ni baru 5 games yang Mamable dah main. Sebenarnya ada banyak lagi genre…..tunggu bila free Mamable sambung explore Plays.org ni. Part paling best bila ia mencabar IQ, fokus dan kepantasan jari korang menekan arrow atas bawah kat keyboard. Puashati kalau main kat PC or laptop. Senang nak control sebab kita guna mouse, tengok jugaklah game apa korang main. Cot cet cot cet tak guna, korang kena main dan rasai feeling tu.

Korang tau tak Plays.org ni merupakan free online games yang boleh diakses daripada satu laman web yang sama iaitu Plays.org. Laman web Plays.org menyediakan ratusan koleksi games yang menarik dan amat sesuai dinikmati oleh seisi keluarga termasuk orang dewasa dan kanak-kanak. Mula diperkenalkan pada awal tahun ini Januari 2021, Plays.org telah mengeluarkan ratusan koleksi games dan melakukan proses kemaskini penambahan beberapa games terbaru pada setiap hari.

Ini Kelebihan Dan Manfaat Plays.org Yang Korang Perlu Tahu

Terdapat pelbagai kelebihan Plays.org hingga membuatkan saya memilih laman web ini sebagai medium interaktif bagi saya dan famili beraksi. Mempunyai banyak genre koleksi games yang mudah dan menghiburkan, malah ia tidak perlu memuat naik aplikasi Plays.org apabila ingin bermain. Korang boleh terus mengakses laman web ini pada bila-bila masa dengan hanya menaip pada ruangan Google Search sahaja. Mudah kan?

Part ni ramai yang suka sebab tiada iklan yang dipaparkan sepanjang korang bermain game online ni. Tiada gangguan langsung. Lagi satu, korang juga boleh bermain melalui smartphone or tablet. Kiranya ia mobile friendly tau.

Manfaat positif bermain game online ni ia sebenarnya meningkatkan mood positif. Hidup ini kadang kala memerlukan sesuatu yang boleh memberi keseronokan untuk meningkatkan mood. Di tengah pandemik Covid-19 ini, memang kita memerlukan sesuatu yang dapat memberi keseronokan, hilang rasa bosan, mahukan sesuatu yang santai dan banyak lagi. Oleh itu, dengan bermain game online ia sedikit sebanyak akan membuatkan diri lebih aktif dan produktif. Bukan itu sahaja, ia juga boleh boleh memberi mood positif.

Ia melatih otak baik belah kiri mahupun kanan. Melatih otak bermaksud seseorang itu akan lebih berfikir di luar kotak kerana dengan bermain game ia akan membuatkan mereka lebih fokus. Oleh itu, bermain online game ini bukan hanya sekadar hobi malah ia boleh dikatakan proses pembelajaran untuk seseorang itu terutamanya dari segi membuat keputusan, menyelesaikan masalah dan bertindak dengan cepat.

Bermain game ni sebenarnya boleh menghilangkan stress. Selepas bekerja seharian atau membuat assignment kuliah. Tahukah anda bermain game online boleh menjadi salah satu hiburan yang tepat semasa anda dalam keadaan stress? Pada dasarnya fungsi dari game itu sendiri sebagai media hiburan. Maka tidak salahlah menghiburkan diri dengan permainan yang menghiburkan. Bermain game online boleh menjadi salah satu jalan keluar untuk lepaskan diri dari tekanan yang membuat anda stress.

Beberapa jenis game online yang memerlukan 2 player – kerjasama antara ahli pasukan yang kukuh untuk menang sesebuah pertempuran. Dalam game ini para player akan dilatih keahlian mereka untuk bernegosiasi, mengambil keputusan, melakukan rancangan dan menyusun strategi. Di dunia nyata, hal ini menjadi nilai ini lebih mudah difahami oleh para gamer. Para gamer boleh mengaplikasikannya pada kehidupan bersosial mereka. Sebagai contoh semasa bekerja dengan sebuah pasukan atau kumpulan, mereka boleh bekerjasama dalam pasukan dengan baik demi mencapai sebuah tujuan bersama. Ini kita panggil memupuk semangat berpasukan.

Dapat membuat pilihan sendiri. Di dalam senario sesebuah online game, seseorang gamer selalu diberikan berbagai pilihan yang susah yang akan mempengaruhi senario dalam game tersebut. Oleh kerana itu, seorang gamer akan mengenal pasti kemungkinan yang akan terjadi dan risiko yang perlu dihadapi ketika mereka membuat pilihan tertentu. Kemampuan untuk mengenalpasti kemungkinan yang terjadi berdasarkan pilihan mereka sangat diperlukan untuk kehidupan seharian mereka. Mereka akan lebih berfikiran ke depan saat melakukan sesuatu keputusan dan sentiasa mempunyai rancangan untuk tindakan seterusnya.

Meluaskan pengetahuan dengan bermain game online. Hurmmmmmm macam mana tu? Online game dapat dijadikan sebagai medium untuk belajar bahasa inggeris dan sedikit sebanyak belajar untuk berkomunikasi dengan berkesan dan lancar.

Korang jugak dapat belajar menerima menang dan kalah. Sudah menjadi adat permainan kannnn. Permainan dalam online game juga secara tidak langsung juga telah menanamkan nilai-nilai sportivitas dalam diri mereka. Mereka mematuhi peraturan permainan yang telah berlaku. Selain itu, bagi seseorang gamers kalah dan menang adalah hal yang biasa. Secara tidak sedar mereka dididik agar tidak sombong semasa menang dan tidak pula untuk mudah menyerah semasa mengalami kekalahan. Nilai-nilai seperti inilah yang sangat penting dalam mengharungi lautan kehidupan di dunia nyata. Nilai-nilai yang membuat seseorang menjadi individu yang selalu bersyukur dalam segala hal dan tidak pernah merasa murung dikala sedang terjatuh.

Satu ajer Mamable nak ingatkan……segala hal memang bermanfaat bila kita selalu berfikir secara positif, termasuk bermain game online. Bermain game memang boleh membuatkan anda ketagih, namun  diperingatkan sesuatu itu tidak baik ketika kita melakukan secara berlebihan.

Oh yer….enjoy your game….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s