I am what I am………..
KUALA LUMPUR, 16 Disember 2021 – Biro Pendidikan Malaysia-China Business Council (MCBC) akan membuka peluang untuk 20 anak muda Malaysia dari berbilang kaum (umur 17-20) untuk menyertai lawatan sambil belajar dipenuhi dengan budaya ke China dengan bimbingan Program Pembelajaran Petukaran Budaya Malaysia-China pada Jun/Julai 2022, (atas pembukaan sempadan China) dengan mematuhi SOP yang ketat dan langkah keselamatan yang sedia ada. Program yang sama juga akan dilaksanakan bagi anak muda dari China untuk melawat Malaysia.
China, negara yang diketahui sebagai pasaran dunia terbesar di abad 21 ini dan pertumbuhan ekonomi terpantas, anak muda Malaysia boleh belajar tentang perbezaan negara China dan Malaysia dan mengalami kehidupan yang sering maju kehadapan di negara China. Anak muda yang dipilih berpeluang untuk mengalami penerokaan budaya dan ekspidisi makanan di China. Selain dari menikmati kehidupan di China, mereka juga diberi perluang untuk membangunkan kemahiran insaniah mereka yang boleh dibawa kepada dimana-mana pekerjaan.
Dengan tempoh 8 hari, 20 anak muda yang terpilih ini diberi perluang emas untuk melawati jenama-jenama terkenal di China seperti Huawei di Beijing, kenderaan elektrik NIO dimana mereka dapat melihat pemasangan EV di China. Di dalam senarai yang ditetapkan, lawatan ke tempat bersejarah China ‘Forbidden City’ juga diadakan dalam lawatan ke China ini.
Dengan bimbingan Beijing Film Academy, Tsinghua University dan Communication University China, penyerta juga berpeluang untuk membelajar tentang dunia yang penuh dengan keajaiban pendidikan. Anak-anak muda ini juga menerima pengenalan TikTok di Beijing semasa 5 jam perjalanan dari Beijing ke Shanghai dalam kereta api kelajuan tinggi China yang digunakan semasa pelawatan Shanghai dan Incubator hub. Dalam lawatan sambil belajar ini, penyerta juga dapat merasai liputan rangkaian 5G secara langsung di ‘smart cities’ seperti Beijing dan Shanghai. Duta Malaysia di China akan menyediakan makanan dan hidangan kepada anak-anak muda ini (untuk pengesahan lanjut).
Datuk TS Yong, Pengerusi Biro Pendidikan MCBC, berkata, “Untuk perkembangan negara kita, ia amat penting untuk memperkasakan pemimpin negera yang akan datang. Melalui Program Pembelajaran Petukaran Budaya Malaysia-China, MCBC bermatlamat untuk mengukuhkan program pertukaran budaya antarabangsa dengan menyediakan peluang kepada anak muda untuk mengalami dan belajar cara operasi perniagaan oleh peniaga yang terkemuka di China. Program ini juga boleh membantu bakat keusahawanan muda untuk memperoleh gambaran yang jelas tentang cara operasi hari ke hari syarikat-syarikat yang besar dan juga strategi yang digunakan untuk menjayakan syakirat mereka. MCBC juga akan terus menganjurkan projek-projek untuk memperkasakan dan mendidik anak muda di Malaysia dalam merapatkan hubungan perniagaan komersial antara Malaysia dan China.”
Program yang luar biasa ini menawarkan peluang untuk memahami budaya, sejarah dan rakyat dari negara lain serta menyediakan platform untuk meneroka dan nikmati cara hidup negara lain dengan menunjukkan penghargaan kepada negara mereka.
MCBC menerima permohonan dari sekarang hingga 30 Januari 2022.. Pelajar dialu-alukan untuk mendaftar minat mereka dengan menghantar emel ke daphneyoo@mcbc.com.my dan ed@mcbc.com.my. Biro Pendidikan MCBC kemudiannya akan menghantar emel untuk meminta dokumen sokongan, diikuti dengan beberapa siri soalan kepada semua pemohon sebelum menentukan 20 calon terbaik.