Youngest Perfect Pitch Sarah Qistina Lim Bawa Balik Anugerah Malaysia International Gold Award Ceremony 2021


 I am what I am…………

KUALA LUMPUR, 21 Disember 2021 – Pada 4 December, bakat muda Sarah Qistina Lim, yang kini hanya berumur 11 tahun, membawa balik anugerahnya yang ke 16 dan 17 pada ‘Malaysia International Gold Award Ceremony 2021’ di atas kecemerlangan prestasi vokalnya dan persembahan pentas yang sempurna. Kemenangan ini bukanlah sebuah peristiwa yang mengejutkan bagi mana-mana pihak kerana bakat muda ini telah berjaya merampas beberapa tempat pertama dan anugerah emas semasa pertandingan tahap antarabangsa yang lalu.

Sarah Qistina Lim claimed her 16th and 17th award titled – Malaysia Top 10 Outstanding Vocalist Award 2021 & Malaysia Top 10 Outstanding Performer Award 2021

Persembahan bakat muda ini bukanlah perkara yang asing dan sewaktu dia melontarkan suaranya, ia membuatkan penontonnya kagum atas bakatnya. Perjalanan bakat muda ini bermula semasa umurnya hanya 4 tahun apabila pelatih vokalnya amat terpinga-pinga atas kebolehannya untuk mengenali dan mencipta semula nota muzik dengan sendiri atau lebih difahami dengan mempunyai nada yang sempurna. Semasa pelatih vokalnya memainkan sebuah karya muzik untuk melatih Sarah pada hari tersebut, pelatihnya terkejut apabila Sarah berhenti dan membetulkan pelatihnya dengan mengatakan pelatihnya sedang bermain lagunya pada kunci yang salah.

Pelatihnya amat kagum dengan kebolehannya untuk membezakan kesilapan kunci muzik yang kecil walaupun umurnya hanya 4 tahun dan kesilapan ini hanya diiktiraf kurang dari separuh tone (semitone) dari kelas sebelum ini. Pada saat itulah, pelatih vokalnya telah membuat keputusan untuk menguji kebolehan Sarah dan mengesahkan bahawa Sarah memiliki bakat yang jarang ditemui iaitu “Absolute Pitch” (AP) atau lebih dikenali sebagai nada yang sempurna (perfect pitch) seperti Charlie Puth, pencipta lagu and penyanyi terkenal di Amerika. Sarah seterusnya dapat merangkul ‘Youngest Perfect Pitch’ dari Malaysia Book of Records pada umur sembilan. Kebolehan ini merupakan sebuah bonus kepada kemahiran muziknya dari segi – vokal, oboe, cello, drum, gitar dan piano.

Sarah Qistina Lim’s passionate & outstanding live performance

Pada umur sembilan, Sarah telah mempunyai keistimewaan untuk mempersembahkan bakat beliau di Carnegie Hall, New York pada dua majlis yang berbeza – “American Protégé Winners Recital 2019” and “American Protégé Winter Gala Concert 2019”. Di tahun yang berikutnya, Sarah mencuri hati khalayak ramai dengan persembahan beliau semasa anugerah “World Championships of Performing Arts (WCOPA) 2020” dengan kehadiran Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, di mana beliau memenangi pingat emas dengan mewakili Malaysia.

Cinta dan dedikasi Sarah dalam bidang muzik telah membawanya ke tahap yang tinggi dan telah mendorongnya untuk menguasai pelbagai pertandingan dengan karismanya yang tersendiri, julat vokal yang mengagumkan dan persembahan yang menawan hati. Dalam majlis anugerah yang diadakan di HXC Grand Ballroom, ICC Pudu yang diadakan pada 4 December 2021, Sarah berjaya merangkul anugerahnya yang ke 16 dan 17 iaitu “Malaysia Top 10 Outstanding Vocalist Award 2021“ dan “Malaysia Top 10 Outstanding Performer Award 2021” sebagai lanjutan prestasinya yang amat mengagumkan di pertandingan vokal ‘Asia Pacific International Arts Festival 2020’.

Dengan percapaian Sarah, dia berharap pencapaiannya dapat menginspirasikan kanak-kanak seluruh dunia untuk memeluki dan mencapai impian mereka, kerana dengan mewujudkan semangat ini, ia boleh membawa kemungkinan yang tidak berkesudahan bagi mereka yang berani mengejar impian mereka.

Sarah Qistina Lim claiming the ‘Youngest Perfect Pitch’ title from the Malaysia Book of Records

SENARAI PERCAPAIAN SARAH QISTINA LIM

Malaysia Book of Records – Youngest Perfect PitchJohan, the Rising Talents Of Asia & Oceania International Competition 2021
Johan, American Protégé International Vocal Competition 2019Johan, Bonn Grand Prize Virtuoso International Music Competition 2021
Johan, The Muse 2020 International Music Competition 2020 (Vocal)Johan, Salzburg Grand Prize Virtuoso International Music Competition 2021
Johan, The V Geneva International Music Competition 2020 (Vocal)Johan, International Youth  Music Competitions USA (Classical Voice)
Pingat Emas, Virtual WCOPA 2020 (Vocal)Johan, Golden Classical Music Awards International Competition 2021
Johan, American Protégé International Music Talent Competition 2020Johan, Rome Grand Prize Virtuoso International Music Competition 2021
Johan, The Art Of Vocal Performance – Musical Theatre International Competition 2020Johan, American Protégé International Competition Of Romantic Music 2021
Anugerah Emas, In Asia Pacific International Arts Festival 2020 (Vocal)Malaysia Top 10 Outstanding Vocalist Award 2021
Johan, In NAE Young Musician Of The Year 2021 (Classical Voice)Malaysia Top 10 Outstanding Performer Award 2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s