7 Hari 4 Langkah Kulit Flawless Dan Muda Dengan Cosmoderm Glow-C


I am what I am…………

Dah jadi satu trend, kaum wanita dan lelaki obses nak kulit wajah cerah, glowing dan nampak muda. Sampai ada yang sanggup telan pil nak dapatkan kulit yang diimpikan.

Bukan saja dalam bentuk supplemen, malah produk skincare juga kini mengandungi Vitamin C untuk kesan yang lebih efektif. So tak perlu nak risau-risau lagi, hanya dengan 4 steps yang mudah dan 7 hari kulit anda makin cerah, anjal, glowing, kurang garis penuaan dan hiperpigmentasi. Ini fakta dan bukan auta….. new range Cosmoderm Glow-C dapat membantu mengubah penampilan kulit anda.

Kata ahli dermatologi, produk vitamin C series ini dikemaskan dengan antioksidan yang terkenal memberikan kesan pencerahan dan glowing pada kulit kita. Secara klinikal memperbaiki penampilan kulit dengan melawan tanda-tanda penuaan dan pendedahan UV bersama dengan hiperpigmentasi dan tompok gelap.

Range baru Cosmoderm Glow-C ini sesuai untuk all type of skin seperti normal skin, oily and acne, combination, dry dan sensitive.

Cosmoderm Glow-C ini terdiri daripada :

  • Detox Cleansing Gel
  • Radiance Toning Essence
  • Super Boosting Serum
  • Brightening Moisture Solution

Jom follow steps dan ketahui kelebihan vitamin C series ini :

Cuci muka pun ada caranya, bukan ‘main hentam’ ajer. Ini perkara paling asas. Sebelum menyentuh muka, pastikan tangan anda bersih. Basuh tangan dengan sabun terlebih dahulu. Kulit muka adalah bahagian sensitif dengan habuk, debu, kuman dan bakteria. Tangan tidak sentiasa bersih, jadi jangan sentuh muka anda tanpa membersihkan tangan. Selepas bersihkan tangan, buang segala kesan make up yang anda guna. Lebih elok menggunakan pembersih solekkan atau make up remover. Jika anda menggunakan pencuci muka sahaja, liang pori anda akan tersumbat mengakibatkan kulit berjerawat dan berminyak. Walaupun anda tidak mengenakan sebarang solekkan pada hari tersebut, anda juga wajib membersihkan muka menggunakan make up remover.

Steps 1 : Glow-C Detox Cleansing Gel

Detox Cleansing Gel

Anda hanya perlu picit sikit gel ni pada tapak tangan dan urut ke wajah anda. Cuci muka sekurang-kurangnya 60 saat. Jangan terlalu sekejap dan jangan terlalu lama. Beri keutamaan kepada bahagian yang bermasalah seperti zon T. Zon T adalah bahagian dahi, hidung dan dagu. Jangan terlalu kasar semasa menggosok muka, jangan tekan kulit anda. Gosok dengan perlahan dan lemah lembut.

Glow-C Detox Cleansing Gel merupakan pencuci muka yang mampu memberikan kesegaran semulajadi dan memulihkan kulit, membersih secara mendalam serta mengurangkan kedutan. Ia juga mampu menanggalkan kotoran pada kulit wajah serta makeup. Dengan campuran Essential Orange Oil yang sesuai untuk memberi lembapan pada kulit dan mengembalikan tenaga pada kulit. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit walaupun bagi mereka yang alami masalah sensitif dan kering.

Step 2 : Glow-C Radiance Toning Essence

Radiance Toning Essence

Ada pendapat mengatakan apabila kita menggunakan kapas untuk memakai toner, keburukannya kurang jimat sebab lebih banyak toner diserap pada kapas berbanding yang akan diserap oleh kulit. Tapi Mamable lebih selesa kalau menggunakan jari adalah lebih jimat sebab jari tidak akan menyerap banyak toner. Dap dap kat muka.

Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori dan menyingkirkan sisa kotoran. Glow-C Radiance Toning Essence merupakan sebuah produk yang berasaskan air dan ianya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Produk ini sebenarnya kaya dengan beberapa bahan aktif, di mana setiap bahan ini membantu kulit untuk kekal terhidrat, dilindungi dan kesihatan kulit ditingkatkan secara menyeluruh. Bagi teksturnya pula, ianya lebih cair daripada serum dan mudah diserap ke dalam kulit. Setiap kali kamu menggunakannya dalam rutin, ianya dapat membantu kamu dengan menjadi sokongan bagi setiap produk yang digunakan. Ini kerana ia dapat membuatkan serapan produk lain ke dalam wajah menjadi lebih baik dan berkesan.

Step 3 : Glow-C Super Boosting Serum

Super Boosting Serum

Terapkan serum dengan menggunakan satu atau dua jari sahaja. Kawasan yang penting seperti bawah mata tidak boleh diketepikan daripada pemakaian serum. Apatah lagi, jika anda tidak menggunakan krim mata. Pastikan titik-titik serum harus tepat supaya merata ke seluruh bahagian muka. Selain itu, jangan lupa pakai serum sehingga ke bahagian leher. Mamable menyarankan serum digunakan sebanyak dua kali sehari. Kalau pemakaian serum pada waktu, cara yang betul, 30 minit sebelum tidur supaya ia meresap ke dalam kulit dan tidak melekat pada bantal dan sebagainya ketika anda terlelap.

Antara Kebaikan Glow-C Super Boosting Serum :
✔Membuat struktur kulit lebih tegang dan anjal
✔Melembabkan kulit muka
✔Menyamarkan kedutan pada muka hingga leher
✔Mencegah penuaan semulajadi
✔Menutrisikan kulit
✔Memberikan sensasi kulit muka yang lebih bersinar dan cerah
✔Menghaluskan serta mencerahkan warna kulit muka yang kusam
✔Menghilangkan tompok-tompok hitam pada muka

Kebaikan serum memang tiada tandingannya. Memakai serum secara rutin dapat membuatkan kulit muka kita lebih lembab dan dapat menyamarkan pelbagai macam tanda-tanda penuaan.

Step 4 : Glow-C Brightening Moisture Solution

Brightening Moisture Solution

Bila saya patut guna pelembap ? Pastikan sebaik sahaja selepas pakai serum, ini kerana kulit masih lagi dalam keadaan lembap, memakai pelembap boleh mengekalkan kelembapan kulit dan kulit lebih lembap dalam tempoh yang lama, kulit yang lebih lembap mempercepatkan proses pemulihan kulit sebab nutrient produk dapat diserap sepenuhnya.

Mulakan dengan calit pelembap letak di beberapa bahagian muka , sapu nipis sahaja seluruh muka, kerana kebiasaan pelembap dengan satu kali sapuan kulit dah rasa lembap, boleh juga ulang proses ini sehingga 2-3 kali sapuan, tapi setiap kali sapu, sapu nipis sahaja. Jangan lupa bahagian  leher, kerana leher boleh menjadi yang mula-mula menunjukkan tanda penuaan, calitkan pelembap dua kali ganda lebih banyak daripada sapu kat muka, kemudian tepuk-tepuk secara lembut. 

Ia bukan sesuatu yang sukar dipercayai; Vitamin C (juga dikenali sebagai asid askorbik!) sering dianggap sebagai vitamin serba guna, dan ia membantu tubuh anda dari segi membekalkan tenaga dan merangsang sistem imun. Paling bagus, ia ditunjukkan paling jelas melalui kulit wajah anda.

Dalam kajian makmal, produk skincare yang mengandungi vitamin C seperti Cosmoderm Glow-C mampu mengurangkan penghasilan pigmen yang diberi nama melanin. Melanin merupakan pigmen yang menyebabkan kulit berwarna gelap. Dengan menggunakan vitamin C, pigmentasi dapat dikurangkan dengan merencatkan fungsi enzim tyrosinase di dalam sel melanocytes. Selepas ini terjadi, penghasilan melanin akan berkurang sekaligus menjadikan wajah lebih cerah.

Sekiranya anda ingin membuat pertanyaan mengenai produk Cosmoderm Glow-C ini, konsultasi atau pembelian produk, boleh hubungi :  

May be an image of text that says 'cosmoderm For Healthier Beautiful Skin'

cosmoderm.com.my

ws-logo-full.jpg

https://www.watsons.com.my/all-brands/b/154179/cosmoderm

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s