I am what I am……………

Pasaran Hartanah di Malaysia Pada 2020 :
2020 lebih 71 juta kes jangkitan wabak pandemik COVID-19 direkodkan dengan 1.6 juta kematian di seluruh dunia. Di Malaysia sahaja, terdapat 83,475 kes jangkitan dengan 415 kematian, manakala hampir 1 juta kehilangan pekerjaan. Beribu-ribu syarikat mengalami kerugian besar. Termasuklah pasaran hartanah terkena tempias Covid-19 ini.
Isu yang bermain di kepala, apa pula kesan COVID-19 terhadap industri hartanah di negara kita? Dilaporkan penganalisis pasaran hartanah bahawa impak daripada pandemik agak ketara apabila pasaran hartanah jatuh sehingga 25 peratus mengikut lokasi dan jenis hartanah. Kenapakah ini berlaku? Bagaimana pula tindakan kerajaan Malaysia memulihkan keadaan ini daripada terus berlanjutan dan mengelak pasaran hartanah jatuh merudum?
Daripada beberapa research yang Mamable buat…..
Pasaran hartanah bukanlah mudah difahami disebabkan tiada tempat atau lokasi khusus seperti pasaran biasa. Sebaliknya pasaran hartanah adalah satu situasi apabila pembeli dan penjual melakukan jual beli dan rundingan harga.
Harga terbaik dan tertinggi dipersetujui bersama melalui interaksi permintaan dan penawaran untuk mencapai titik keseimbangan adalah nilai pasaran terbuka. Jika sebaliknya, nilai jualan paksa mungkin pula berlaku.
Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta Malaysia menyatakan bahawa nilai pasaran terbuka dicapai apabila penjual dan pembeli sepakat selepas mengambil kira masa perundingan, tiada apa-apa tekanan, maklumat hartanah mencukupi, penjual dan pembeli rela tanpa apa-apa paksaan dan juga keadaan pasaran semasa yang statik ketika rundingan harga diadakan.
Namun masih lagi menjadi tanda tanya semua orang, bagaimanakah impak pandemik COVID-19 boleh menjatuhkan nilai pasaran hartanah? Ini jawapannya…apabila pandemik COVID-19 melanda, ramai kehilangan pekerjaan dan kuasa beli mereka juga jatuh disebabkan pendapatan rendah. Mereka tidak mampu membeli rumah dengan harga mahal. Bank pula sukar untuk memberi pinjaman kerana risiko mendapatkan bayaran balik yang tinggi. Akibatnya, pasaran merudum apabila permintaan jatuh sedangkan penawaran melambak. Lambakan penawaran atau bekalan rumah menyebabkan hartanah tidak dapat dijual di pasaran (overhang). Apabila berlaku lebihan hartanah mewah di pasaran, pihak pemaju hartanah akan mengalami kerugian kerana mereka tidak dapat menjual hartanah dibina dan kerugian.
Di negara kita pula, dilaporkan banyak sekali rumah mewah yang harganya melebihi RM500,000 yang siap tetapi tidak laku di pasaran. Justeru, pemaju mengalami kerugian.
Pasaran Hartanah di Malaysia Pada 2021 :
Walaupun negara kita masih bergelut dalam memerangi wabak Covid-19, sektor hartanah yang turut terjejas teruk akibat pandemik dijangka pulih secara berperingkat pada separuh pertama tahun ini. Jangkaan pemulihan pasaran hartanah itu dibuat berdasarkan ekonomi negara yang semakin pulih dan peningkatan sentimen pasaran.
Mengikut sumber data yang diperoleh, separuh tahun pertama (H1) 2021 mencatatkan transaksi bagi sektor kediaman sebanyak 32,442 unit manakala H1 2019 (sebelum pandemik) dan H1 2020 (semasa pandemik), masing-masing merekodkan transaksi sebanyak 53,175 dan 35,602 unit.
Perubahan itu mungkin disebabkan pembeli yang menaik taraf kediaman daripada rumah bertingkat (high-rise) ke rumah bertanah (landed) kerana berasa lebih selesa dan selamat dalam mencegah dan mengawal penularan Covid-19.
Jika anda berminat untuk membeli rumah, jom semak dulu jumlah komitmen bulanan yang anda mampu untuk membeli rumah baharu dengan kalkulator kami.
Pasaran Hartanah di Malaysia Pada 2022 :
Ramalan 2022 yang mengatakan harga rumah akan meningkat, sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk mereka yang ingin membeli rumah, lebih-lebih lagi pembeli rumah pertama.
Perumahan adalah pelaburan terbesar oleh seseorang individu. Jika ada perubahan pasaran ia akan mempengaruhi kewangan isi rumah, serta memacu pelaburan yang boleh memberikan keuntungan modal yang jauh lebih besar daripada pendapatan pekerjaan atau pelaburan lain dalam ekonomi sebenar.
Walaupun kemelesetan ekonomi yang disebabkan oleh pandemik sejak dua tahun lalu telah menjejaskan ekonomi global, harga dan permintaan rumah terus meningkat akibat kadar faedah yang sangat rendah, stimulus kerajaan, simpanan terkumpul semasa pelbagai sekatan, kekurangan bekalan perumahan dan perubahan gaya hidup. Menurut Indeks Harga Rumah Global Knight Frank, pasaran perumahan yang menyaksikan pertumbuhan harga tahunan melebihi 10% adalah 48.2% pada Q3 2021, berbanding hanya 10.7% pada Q1 2020 semasa awal pandemik.
Lonjakan harga rumah global dijangka akan berlanjutan pada tahun 2022 akibat varian virus baharu, inflasi yang lebih tinggi dan permintaan terpendam dari pembeli dan pelabur rumah. Lonjakan ini juga dijangka akan didorong oleh kenaikan kos pembinaan berpunca dari masalah rantaian bekalan bahan binaan dan tenaga kerja. Kenaikan harga komoditi seperti simen, bijih besi, aluminium dan tembaga adalah fenomena global yang tidak boleh dihentikan. Akibatnya, ramai yang bimbang tentang ledakan harga rumah dalam masa terdekat.
Inisiatif Kerajaan Menerusi PENJANA Rancakkan Lagi Pasaran Hartanah Di Malaysia

Korang tau tak…..pelbagai usaha positif untuk membina rumah mampu milik pada masa akan datang, tetapi masih banyak langkah boleh diambil kerajaan untuk memastikan rumah ini dapat sampai ke tangan pihak yang tepat. inisiatif kerajaan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) sesuatu yang sangat dialu-alukan.
Pengecualian duti setem untuk pembelian rumah bernilai RM300,000 hingga RM2.5 juta dapat menggalakkan pembelian rumah dan merancakkan industri pembinaan di negara ini. Namun pada masa sama, ia memberi cabaran kepada pembeli muda kerana pada ketika ini bank sangat berhati-hati memberi kemudahan pinjaman baharu. Keadaan ini mengakibatkan tidak banyak urus niaga pembelian baharu.
Manakala, dalam belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk membina 14,000 rumah untuk golongan berpendapatan rendah kategori B40.
Lagi satu, mesti korang tak terfikirkan…..ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech dan Sinovac pada bulan lalu memberi sinar baharu kepada sektor hartanah di negara ini. Vaksin ini dilihat dapat membasmi penularan pandemik ini yang sudah berlarutan sejak tahun lalu sekali gus memberi impak positif kepada sektor ekonomi di negara ini. Keadaan ini mewujudkan sentimen positif untuk mereka melabur dalam sektor hartanah khususnya dalam membuat keputusan membeli atau melabur dalam semua sektor hartanah.
Dengan itu kita dapat menyusun kembali pelbagai aktiviti perniagaan termasuk pekerjaan, pelaburan dan pelancongan untuk kembali beroperasi seperti sedia kala. Keadaan ini sekali gus meningkatkan keyakinan dan mendorong kepada peningkatan permintaan terhadap sektor perumahan.

Untuk meningkatkan peluang permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan selepas ni, kami telah menyediakan panduan paling LENGKAP untuk membantu anda melalui keseluruhan proses dengan mudah!
Anda mungkin mempunyai pelbagai impian yang ingin dicapai, dan seperti kebanyakan orang-orang di luar sana, mempunyai rumah sendiri adalah salah satu benda yang paling diingini. Bayangkan, setelah semua penat lelah, anda akhirnya dapat membeli kediaman sendiri dan boleh memadam ‘Membeli Rumah Impian’ daripada senarai impian anda!
Malangnya, masih ramai rakyat Malaysia yang tak mampu mengejar impian tersebut, kecualilah orang-orang kaya yang memang dah ada semuanya tersedia depan mata (senang cerita, petik jari saja, boleh beli rumah). Disebabkan kita bukan dari golongan sebegitu, perlulah memohon pinjaman perumahan bank untuk membiayai hartanah baru yang ingin dibeli. Keseluruhan proses mungkin nampak sangat rumit dan menyusahkan, tetapi jangan risau dulu, okay!
Sebaik sahaja anda dapat mempelajari dan memahami selok-belok untuk mengambil pinjaman perumahan, memohon pinjaman perumahan akan dapat berjalan dengan lancar.
https://www.mortgagecalculator.uk/
Mortgage Calculator UK adalah pengiraan ansuran gadai janji berdasarkan harga rumah. Simulasi https://www.mortgagecalculator.uk/ ini adalah berdasarkan kepada harga rumah yang dicadangkan. Sila masukkan kos yang kemudian akan muncul dalam gadai janji anda. Simulasi ini hanya sebagai anggaran. Untuk pengiraan yang lebih jelas sila hubungi syarikat kewangan yang berhampiran.
What Mortgage Can I Afford Calculator?
Calculate Your Mortgage Qualification Based on Income

In this calculator you can include investments, annuities, alimony, government benefit payments in the other income sources. Be sure to select the correct frequency for your payments to calculate the correct annual income.
Calculating Monthly Fixed Rate Amortising Mortgage Payments
Calculating regular amortising monthly repayments is easy using the following formula.
Mortgage Payment = P x (r / n) x [(1 + r / n)^n(t)] / [(1 + r / n)^n(t) – 1]
where:
- P = principal
- r = mortgage interest rate as decimal
- n = number of payments per year (12 for monthly)
- t = loan term in years
Mortgage Calculator UK is a simulation loan estimation tool. You can simulate your monthly loan payments.
You can estimate how many period you should pay monthly or yearly. You will know total interest paid and total paid, just input your mortgage amount, interest rate, term and loan start date.
This simulation predicts how given payments and interest rate will affect the balance over time. Please note that this simulation is just a simulation. This simulation is intended as a free community service to teach personal finance and the dynamics of compound interest.
Calculate Your Monthly Repayments
