I am what I am…………….
Assalamualaikum dan hai korang

Ok first of all nama aku Rosmawati aka Achik aka Mamable berumur 43 tahun. Aku ni taklah kerap buat aktiviti luar dan banyak masa aku habiskan kat rumah je, so secara autonya rasa diri tu secure sangat, secure daripada sinar UV matahari. Pastu rutin penjagaan wajah pun sambil lewa aje. Bab permakanan jangan cakaplah….semua aku tibai hahahahaha.
Sekarang apa dah jadi, jerawat tumbuh dengan ‘meriahnya’. Tangan pulak tak reti nak duduk diam, nak dipicit je jerawat kat muka ni. Pastu tinggalkan parut luka dan kekal pulak tu. Sekarang aku kena hadap masalah ‘dark spot’ pulak.
Aku kena relaks dan settlekan problem 1 per 1.
Dark Spot Buat Aku Rasa..
- Lebih tua dari umur sekarang
- Kurang yakin berjumpa orang sekeliling
- Kulit semakin kusam
- Hilang seri wajah
Mungkin korang yang ada masalah sama macam aku je tahu perasaan tu macam mana. Betul kan?
So aku pun buatlah research kat google BAGAIMANA NAK HILANGKAN DARK SPOT? DARK SPOT DAN JERAGAT NI SAMA KER? SO APA PUNCA DAN FAKTOR…….. apa yang aku jumpa ialah dark spot terjadi disebabkan perubahan warna pada kulit. Sama seperti jeragat, sinar UV matahari juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan terjadinya dark spot. Selain itu, parut hitam disebabkan jerawat yang dipicit, bekas luka, tanda lahir atau faktor genetik juga dikatakan penyebab lain terjadinya dark spot.
Dark Spot ni general tau…jeragat pun sama je, Jeragat berlaku apabila melanin terhasil berlebihan dari sepatutnya. Lebih banyak kita terdedah kepada matahari, lebih banyak melanin ini terbentuk. Apa itu melanin? Melanin ialah tisu kulit berwarna gelap yang dihasilkan Sel Melanosit sebagai tindak balas kepada sinaran UV. Tugas melanin ini sebenarnya melindungi kulit kita daripada sinar UV yang bahaya. Adakah lebih melanin bermakna kulit lebih gelap? Ya, semakin banyak tisu melanin, semakin gelap kulit. Jadi bila melanin terhasil terlalu banyak, wajah kita kelihatan bertompok hitam, kusam dan tak sekata. Melanin inilah yang kita selalu panggil sebagai JERAGAT. Skop terjadinya dark spot itu lebih luas dan berbentuk kekal jika nak dibandingkan dengan jeragat. Semakin kita berusia, semakin tinggi risiko untuk jeragat tumbuh dimuka. Biasanya jeragat akan mula tumbuh pada usia awal 30an, tapi ada juga yang mula berjeragat seawal hujung 20an. Apa persediaan yang anda boleh buat? Pastikan anda buat rutin harian penjagaan kulit muka. Penggunaan produk anti penuaan juga sangat membantu.
Faktor lain terhasilnya melanin ini ialah:
- lama terdedah kepada handphone, tablet atau pc
- peningkatan umur dan perubahan hormon
- guna produk timbang kilo
Ohhh baru aku faham. Sekarang ada masalah lain pulak. Ini yang buat aku ghisau dan yang paling aku geruni ialah KERUGIAN BESAR YANG TAK DISEDARI. Sebab aku dah nekad nak kembalikan kulit yang bebas dark spot, jeragat, cerah dan bersih so aku pun terus google produk skincare yang sesuai dengan kulit wajah aku serta masalah yang aku alami. So apa yang aku jumpa ialah HANYA DENGAN MENCUCI MUKA, WAJAH 10 TAHUN LEBIH MUDA. cara natural + paling simple untuk hilangkan jeragat, bintik hitam, kedutan dan tanda penuaan pada muka serta leher. Tanpa perlukan foundation, mekap tebal-tebal, vitamin dan produk kulit lain. Ia terbukti berkesan. Produk yang dimaksudkan ialah COSMODERM LUMINOUS A (RETINOL) .
Alhamdulillah aku dah jumpa produk untuk masalah kulit wajah aku ni.
Sebelum aku nak beli produk ni, aku kena buat research lagi. Takut nanti kalau tersalah beli dan pilih, kulit wajah akan jadi kemerah-merahan dan mengelupas. Sakit tau. Sebab produk tersebut mengandungi retinol kannnnnn.
Hasil daripada kajian yang aku dapat menunjukkan jika kita menggunakan produk yang mengandungi Retinol, kita wajib follow cara penggunaannya yang betul. Dan juga ekstra fokus tau. Pada asasnya, retinol merupakan bahan yang diekstrak dari vitamin A ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Tetapi terdapat situasi dimana retinol menyebabkan iritasi, seperti kulit merah dan menggelupas, sehingga tidak selesa digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif. Sebenarnya retinol boleh digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif jika digunakan dengan cara yang betul.
Now barulah aku faham. Cukuplah segala kaji selidik aku, aku dah puas hati dengan segala info tadi. Nak beli produk COSMODERM LUMINOUS A (RETINOL) ni pun senang ajer, purchase terus dari website dia kat https://www.cosmoderm.com.my/luminous-a-series dan ada free shipping for orders over RM40.00 tau or boleh jugak beli kat mana-mana farmasi Watson yang berdekatan dan wow Instant rebate RM3 off with purchase of RM40 & above laaaa…..so aku decide beli kat website Cosmoderm jela, asalkan dia boleh menghilangkan masalah dark spot or jeragat kat muka aku ni.

Susunan Rutin Penjagaan Kulit Wajah Aku Yang Mudah Dan Cepat
Tidak perlu rutin penjagaan dua belas langkah atau tujuh mahupun enam. Kebanyakan wajah jauh lebih baik dengan produk yang lebih sedikit.
1. Pencuci Muka (Cleanser) – Luminous A Creamy Liquid Cleansing Gel
Pencuci muka adalah asas utama dalam penjagaan kulit muka dan kalau kita tengok rutin mana-mana jelitawan daripada seluruh pelosok dunia, kita akan jumpa yang mencuci muka adalah langkah pertama yang mereka lakukan.
Fungsinya simple, untuk mencuci segala kotoran yang ada di kulit wajah. Dan kenapa kita tak boleh cuci dengan air je…..jawapannya bukan semua kotoran boleh larut dengan air, sesetengah kotoran seperti lebihan minyak dan sisa makeup tidak boleh dibersihkan dengan air sahaja dan sebab itulah kita perlukan pencuci muka. Dan ironinya adalah, bila kita membasuh dengan air sahaja kulit kita akan menjadi lebih kering.
Pencuci muka yang baik akan mencuci kotoran, bakteria, peluh dan sisa-sisa makeup daripada muka kita dan menghalang liang pori daripada tersumbat.
2. Toner – Luminous A 3X Moisture Water Essence
Bila kita sebut hal toner ni, ramai akan melenting dan cakap toner ni mengeringkan muka. Selalunya yang akan claim benda ni adalah golongan yang baya akulah yang 40 tahun ke atas.
Kenapa macam tu? Sebab sejarah toner ni dulunya lebih kepada untuk merawat kulit berminyak dan berjerawat. Dan toner dahulu formulasinya mempunyai kandungan alkohol yang tinggi. Dan masih ada toner sekarang yang mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.
Jadinya suka untuk aku ingatkan: JANGAN pakai toner yang mempunyai kandungan alkohol langsung untuk selamat.
So sekarang ni aku guna toner Luminous A 3X Moisture Water Essence yang berasaskan air dan lebih dekat fungsinya untuk melembapkan. Secara saintifiknya, toner ni adalah cecair yang 3X cepat meresap ke dalam kulit yang melembapkan dan membantu mengembalikan kulit ke PH semulajadi.
Kalau nak ikut terminologi makeup, ni kira kita punya primer sebelum kita moisturizekan lagi dengan lebih mendalam.
3. Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion
Serum anti-jeragat yang diperkayakan dengan anti-oksidan dan aktif pencerahan terbaik dari sumber tumbuh-tumbuhan.
Ia memperbaiki keadaan kulit anda, menjadikan tona kulit yang lebih cerah dan sekata. Aku jadikan rawatan Luminous A Dark Spot Corrector Emulsion sebagai rutin pagi dan malam untuk dapatkan hasil yang pantas. Alhamdulillah, berkat kesabaran dalam masa 1 bulan parut-parut hitam berkurangan.
Serum yang ringan yang tidak mengandungi paraben, pewangi, silikon dan pewarna.
Diuji dengan teliti melalui pelbagai kajian teknikal, Luminous A Dark Spot Emulsion pastinya mengatasi masalah kulit jeragat anda!
Cara penggunaan:
- Sapukan secara merata pada kawasan jeragat atau tona kulit tidak sekata
- Biarkan Luminous A Dark Spot Emulsion berfungsi.
- TIada pengelupasan berlaku, menghilangkan kusam, kulit anda akan lebih cerah dan sihat.
- Digunakan sebagai langkah penting dalam kitaran pembaharuan kulit.

4. Sunscreen & SUNBLOCK: Lindungi Kulit daripada Sinaran Matahari – Luminous A Day UV Active Shield SPF25
Perlindungan, yang ni ramai yang abaikan. Bab perlindungan ni, kalau kita tinggal dekat Malaysia yang sentiasa mendapat sinar matahari sepanjang tahun memang kita tak boleh abaikan. Kesemua 3 langkah sebelum ni jadi sia-sia sahaja kalau kita tak melindungi kulit kita daripada sinar matahari.
Sebelum aku sembang lebih lanjut, elok kalau anda semua fahamkan istilah yang selalu digunakan dalam produk sunscreen dan sunblock ni. SPF ni adalah singkatan untuk Sun Protection Factor.
Persoalan di sini, adakah SPF25 ni bagus untuk kulit wajah kita? Ini jawapannya yer………When applied correctly, SPF 25 blocks 96% of UVB rays that come in contact with your skin. So yes, for everyday use, an SPF 25 is enough to keep you safe.
Sinaran UV matahari amat merbahaya pada kulit. Jadi, pemakaian sunscreen dapat melindungi kulit dari:
- Sunburn / hitam
- Jeragat / pigmentation
- Kulit kusam
- Kulit berkedut
- Kulit sensitif
- Risiko kanser kulit
Aku guna Luminous A Day UV Active Shield SPF25 dan ia cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Ianya juga sesuai untuk cuaca yang terik seperti di Malaysia. Dengan saiznya yang kecil, aku boleh membawanya kemana-mana sahaja.
Kelebihan:
- Memberikan kelembapan
- Seperti pelembap muka
- Bertekstur ringan


Nasihat aku pada semua, bacalah seribu satu tips penjagaan muka macam mana pun, kalau asasnya kita tak tahu, kita akan asyik mencuba itu ini dan akhirnya akan fed up bila satu pun tak menjadi.
“Kita ni elok membeli dengan tujuan, bukan untuk membazir.”