Rawatan Oxygen Infusion Di Skin Master


I am what I am……..

Wajah yang sempurna dan berseri menampilkan keyakinan dan daya tarikan seseorang. Namun, kesan pendedahan matahari dan impak alam sekeliling mampu menjejaskan kulit kita.

Setiap hari malahan beberapa kali dalam sehari Mamable pasti tengok diri Mamable di cermin. Bukan Mamable sahaja, malahan wanita lain juga lelaki pasti akan berkelakuan sebegini.

Semakin usia meningkat ia membuatkan kulit wajah memerlukan penjagaan yang rapi terutama bagi mereka yang sering terdedah pada cuaca panas, cahaya lampu, penyaman udara dan udara yang kurang bersih.

Tetapi di Skin Master, mereka boleh membantu kerana mempunyai rangkaian rawatan yang lengkap untuk menghilangkan ketidaksempurnaan dan mengembalikan wajah yang muda, sihat dan berseri kepada anda.

Image may contain: text

Masalah Kulit Wajah Yang Dihadapi Oleh Mamable :

Penuaan Kulit

Muka bercorak bagai peta dunia. Masa berlalu umpama air sungai yang mengalir deras. Sebagai sebahagian daripada proses penuaan, kesan pendedahan matahari dan impak alam sekeliling mula meninggalkan tanda-tanda mereka di permukaan kulit kita.

Kedutan dan garis-garis halus mula muncul – kulit kehilangan kolagen dan elastin, menjadi lebih nipis, kering, kurang elastic… Akhirnya, cermin memancarkan wajah Mamable yang layu.

Wajah Kering & Kusam

Wajah kering dan mengelupas? Walau banyak air yang Mamable minum, namun ia hanya menambahkan rasa ingin ke tandas. Minum air memang penting tetapi air yang kita minum tidak akan disalurkan secara langsung ke lapisan kulit kita. Kulit yang kering lebih baik jika dirawat dari luar. Pembersih muka yang tidak sesuai, minyak wangi, mandi atau berenang terlalu kerap, penghawa dingin, cahaya matahari, perubahan iklim dan faktor-faktor yang lain akan mempengaruhi kekeringan kulit kita sebenarnya. Kekeringan kulit tidak terhad kepada keadaan kulit yang ketat atau mengelupas. Tanpa penjagaan yang betul, kulit yang kering akan menyebabkan garis-garis halus, kedutan dan penuaan pra-matang. Oleh itu, meningkatkan kelembapan kulit dan fungsi halangan kulit serta aplikasi sunscreen yang sesuai adalah cara yang lebih berkesan.

Lingkaran Hitam & Kantung Mata

Nampak macam Beruang Panda? Mamable pernah mencuba menutupi lingkaran gelap di bawah mata dengan solekan yang tebal, tetapi hasilnya ialah serupa penampilan zombie yang mengerikan dan boleh menyertai pesta Halloween pada bila-bila masa? Hahahaha…………

Lingkaran gelap di mata boleh membuat seseorang kelihatan tua, letih, sakit, tertekan atau hodoh. Faktor genetik, pembentukan melanin yang disebabkan oleh matahari, kurang tidur dan proses penuaan boleh memburukkan keadaan lingkaran gelap mata. Selain itu, Hyperpigmentation (pembentukan melanin yang berlebihan) juga boleh menyebabkan lingkaran gelap mata.

Jerawat, Parut & Pori-pori 

Berani keluar tanpa mekap? Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang biasa muncul di wajah, sering dikenali sebagai bintil-bintil merah, radang bernanah, atau pun bonjolan besar. Tetapi Mamable taklah sampai bernanah bagai……cuma parut jerawat saja yang sering kali menghantui diri. Walaupun ia tidak mampu mengancam nyawa seseorang, jerawat boleh menyakitkan dan menyebabkan impak dari segi fizikal dan emosi. Bukan saja remaja yang mengalaminya, ada banyak orang dewasa yang bekerja meminta bantuan rawatan jerawat.

Faktor yang menyumbang kepada jerawat termasuk hormon tidak seimbang, gaya hidup yang tidak sihat, tekanan, penjagaan kulit yang tidak betul, pendedahan kepada bahan kimia, kosmetik, ubat-ubatan dan tekanan fizikal di muka (misalnya: tali dagu topi keledar, kolar, cermin mata dan pemakaian tudung).

Parut jerawat dan pori-pori yang besar juga boleh dikurangkan dengan rawatan laser. Haaaaaa untuk rawatan ini, Mamable kena melalui rawatan Oxygen Infusion dulu.

Skin Master Boleh Membantu :

Mamable Diberi Rawatan Wajah – Wap Muka, Microdermabrasion, Serum, Oxygen Infusion & Mask

Sebelum rawatan oksigen bermula, wajah Mamable dibersihkan terlebih dahulu untuk memastikan ia bebas daripada kotoran dan solekan.

Steaming – Wap panas boleh mengecutkan pori-pori kulit dan mengurangkan pengeluaran sebum minyak. Dibiarkan wap itu meresap dalam kulit lebih kurang 5 – 7 minit.

Image may contain: 1 person, closeup

Microdermabrasion – Microdermabrasion adalah salah satu kaedah keremajaan kulit secara fizikal yang sangat sering dilakukan. Prosedur sedutan seperti vacuum bahagian kulit paling luar. Tujuan mikrodermabrasi adalah membuang lapisan kulit mati, menampakkan kulit baru sehingga kulit tampak lebih cerah dan lembut. Penggunaan vakum dalam sistem ini juga membantu untuk meningkatkan peredaran darah di kulit. Ia juga sesuai untuk menarik keluar whitehead dan blackhead. Doktor Nasha kata semua orang ada blackhead dan whitehead di muka. Hahahah Mamable tak terfikir pula sampai ke situ…….

Image may contain: 1 person, closeup

Image may contain: 1 person, closeup

Rawatan Oxygen Infusion – Kalau nak tahu, kekurangan kemasukkan oksigen dan nutrien ke kulit juga boleh menyebabkan dehidrasi kulit. tanda kulit kekurangan oksigen apabila timbul kedut halus dan kuli wajah tampak kusam tak bermaya. Rawatan wajah Oxygen Infusion ini bukanlah rawatan yang menggunakan laser, suntikan atau bahan kimia. Rawatan ini amat sesuai untuk kulit orang Asia seperti kita. Salah satu terapi wajah yang baik untuk meremajakan kulit adalah rawatan muka oksigen. Prosedur ini tidak menyakitkan dan ia membekalkan oksigen ke dalam kulit supaya boleh bertindak lebih pantas untuk kecantikkan dan kesihatan kulit wajah. Menggunakan 100% Oxygen Infusion ke dalam kulit muka dan memberikan 1001 manfaat seperti:
– melancarkan peredaran darah dan kesegaran pada kulit muka.
– mengawal lebihan minyak pada wajah.

– meningkatkan keanjalan kulit agar lebih sihat, halus dan mulus.

– mencerahkan kulit serta mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata.

– mengawal kadar penuaan dan kedutan di wajah.

Image may contain: 1 person, closeup

Peptide Serum & Herbal Serum – Serum merupakan suplemen yang baik untuk kulit seperti membantu kulit kekal anjal dan mengurangkan atau menghilangkan garis halus dan kedutan pada wajah. Serum yang digunakan adalah bebas dari bahan kimia. Baunya yang harum membuat Mamable lena dibuai mimpi.

Image may contain: 1 person, closeup

Mask – Bukan rawatan mask muka seperti menempelkan sesuatu di muka kita tetapi muka yang ditutupi dengan penutup lutsinar. Kiranya macam ala-ala angkasawan nak berlepas. Hehehe…..lawak saja. Tujuan mask adalah untuk merehatkan muka daripada segala prosedur yang kita lalui tadi.

Image may contain: 1 person

Sunblock – Dr. Ravin & Dr. Nasha nasihatkan Mamable memakai sunblock untuk melindungi kulit dari sinaran matahari seperti UVA & UVB. Ia juga melindungi protein di bawah permukaan kulit seperti keratin, elastin dan kolagen. Juga menjaga kulit dari kecepatan kadar penuaan kulit seperti kedutan, kenduran, bintik-bintik hitam & jeragat.

Image may contain: 1 person, selfie, closeup and indoor

Pusat Kecantikkan Skin Master

Skin Master menawarkan perkhidmatan profesional oleh doktor perubatan bertauliah dan peramah yang pastinya menjamin keselamatan dan kebersihan tanpa keraguan terhadap kesan sampingan. Bagi menjamin kepercayaan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan, Dr. Ravin akan mengenal pasti masalah yang dihadapi pelanggan sebelum rawatan diberikan. Jenis rawatan bergantung kepada keadaan kulit yang sudah dianalisis. Dalam usaha memastikan rawatan yang diperoleh berkesan atau sebaliknya, Skin Master akan sentiasa mengikuti perkembangan para pelanggannya.

Yang paling menarik, pusat kecantikan Skin Master yang terletak Q Sentral, Kuala Lumpur ini sedang menawarkan rawatan oksigen pada harga PROMO ISTIMEWA iaitu RM199 (harga originalnya ialah RM350). Untuk mendapatkan harga promo tersebut Mamable hanya perlu klik LIKE & FOLLOW  Skin Master KL di Facebook dan Instagram.

Facebook – https://www.facebook.com/skinmasterkl/

Instagram – htpps://www.instagram.com/skinmasterkl/

No automatic alt text available.
Facebook – https://www.facebook.com/skinmasterkl/
No automatic alt text available.
Instagram – htpps://www.instagram.com/skinmasterkl/

Bersama Skin Master menerokai potensi kecantikkan kita dan mengembalikan semula keyakinan dalam diri kita.

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Image may contain: 2 people, people smiling, text

Image may contain: 1 person, smiling, closeup
Wajah Mamable sehari selepas menjalani rawatan Oxygen Infusion di Skin Master. Wajah ternyata lebih sihat dan segar. Terima kasih Skin Master.

Info Skin Master

 

Skin Master – 13-03, Aras 3, Q Sentral, Jalan Stesen 2, 50470 Kuala Lumpur.
Hubungi – 03-2720 1380 / 011-3383413
Beroperasi pada hari Isnin – Sabtu pukul 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

 

 

 

Advertisements
Gallery

Majlis Pelancaran Urutan Malaysia ‘Proudly Malaysia, Inspired Tradition’


Image may contain: 2 people, text

I am what I am……….

Setiap orang tidak kira wanita atau lelaki, mereka lebih mementingkan penjagaan kesihatan badan, kulit dan wajah. Ini akan memberi kesan yang positif dari dalam diri dan meningkatkan keyakinan terutamanya untuk berurusan dengan orang ramai.

Oleh itu, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) memperkenalkan teknik Urutan Malaysia sebagai produk baru bagi pelancongan negara.

Image may contain: one or more people and indoor
Pendaftaran di Aras 3 – Grand Hibiscus di Swiss Garden Residences Kuala Lumpur.
Image may contain: 3 people, people standing
Para tetamu yang hadir

Image may contain: one or more people, people walking, people standing and indoor

Kuala Lumpur, 02.10.2017 – Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama oleh Malaysian Association of Wellness and Spa (MAWSpa) dan Association of Malaysia Spas (AMSpa) telah melancarkan Urutan Malaysia. Majlis ini telah disempurnakan oleh Timbalan menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia iaitu YBhg. Datuk Mas Ermiyatie binti Samsuddin. majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan MOTAC, Agensi dan Jabatan Kerajaan yang berkaitan serta penggiat-penggiat industri spa Malaysia.

Gambar oleh Denai.my
Image may contain: 12 people, people smiling, people standing
Pelancaran muzik tradisonal ‘Therapy & Healing’.

Bertemakan ‘Proudly Malaysian, Inspired Tradition’, Urutan Malaysia dibangunkan untuk menambahkan kepelbagaian produk spa sebagai tarikan pelancongan baharu Malaysia yang akan berkembang gah serta menjadi salah satu’Malaysia Signature’ dan akan ditawarkan di spa-spa seluruh Malaysia.

Menurut YBhg. Datuk Mas Ermiyatie, Urutan Malaysia ini adalah gabungan teknik terbaik urutan tradisional kaum Melayu, Cina, India, Peranakan dan etnik Pribumi Sabah dan Sarawak ini bakal bersaing dengan urutan negara lain yang kini membanjiri premis spa di negara ini.  Seramai 20 orang tenaga pengajar Urutan Malaysia yang bertauliah melalui Program latihan Tenaga Pengajar Urutan Malaysia. Urutan Malaysia ini juga diwajibkan bagi memperoleh penarafan bintang ahli terapi spa.

Image may contain: 6 people, people sitting
Sidang media

Teknik urutan Melayu untuk belakang badan, Cina (pernafasan dan rendaman kaki), India (kepala) dan pribumi pula untuk kaki, bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan.

Untuk teknik urutan Melayu, minyak untuk mengurut yang digunakan adalah daripada minyak kelapa yang dicampurkan dengan rempah ratus seperti halia, kunyit hidup, serai, lengkuas, pandan, kayu manis, ketumbar, kayu merah dan lada. Teknik urutan Melayu adalah pada urat di seluruh badan dan bahagian kaki.

Bagi elemen Cina, penggunaan ‘tui na’, iaitu kaedah memicit dan tarik digunakan dalam urutan tradisional Cina bagi mengurangkan ketegangan otot dan sistem saraf serta mempengaruhi jalur meridian tubuh manusia.

Urutan yang diamalkan oleh masyarakat India pula adalah urutan pada bahagian kepala, tengkuk dan bahu.

Urutan ini mengambil masa selama 90  minit dengan penggunaan herba dan rempah tradisional yang sememangnya sinonim dengan masyarakat majmuk Malaysia. teknik Urutan Malaysia mampu memberi ketenangan, menyegarkan malah ia juga melegakan tubuh kita. Urutan ini banyak menggunakan tapak tangan untuk menyebarkan tekanan secara sekata.

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting and indoor

Image may contain: food

Image may contain: plant and food

No automatic alt text available.

Dalam masa yang sama, muzik ‘Therapy & Healing’ dan Roadshow TOT telah dilancarkan. Ini bermakna Urutan Malaysia akan dibawa terus ke London semasa World Tourism Mart pada 06.11.2017 hingga 08.11.2017 bagi mempromosikan secara meluas ke luar negara dan bakal membawa revolusi baru dalam industri kesihatan.

 

 

 

 

 

Gallery

Anna Perfumes Wangian Berinspirasikan Jenama Popular


I am what I am…….

flower_01.gif

Untuk makluman semua, minyak wangi sebenarnya telah diguna pakai sejak berkurun lamanya oleh wanita dan lelaki dengan haruman semula jadi dan sejajar dengan perkembangan teknologi masakini. Seperti cendawan tumbuh, berlambak minyak wangi inspirasi daripada jenama terkenal di pasaran.  Pening kepala nak buat pilihan.

8in1 - WS3.jpg

Masih ingat dengan haruman One Drop Perfumes pada tahun 2015. Haruman tersebut sememangnya popular. Jenama tersebut tampil dengan koleksi wangian jenis semburan tanpa alkohol yang pertama di dunia.

20170518_215304

20170518_215153.jpg

Begitu juga dengan Anna Perfumes. Anna Perfumes dengan keharuman berinspirasikan wangian popular untuk penampilan sejati yang menyerlah. Dengan keharuman yang mempersonakan sepanjang hari. Terdapat 12 jenis wangian untuk wanita dan 10 wangian untuk lelaki. Isipadu sebanyak 5 liter membuatkan ia senang dibawa ke mana-mana.

Wangian Untuk Wanita Bombshell, Vanilla, Gucci Flora, Apple Blossom, Forbidden Rose, Marry Me, Cherry In The Air, Justin Bieber, Midnight Fantasy, Incanto Shine, Victoria Secret dan CK IN 2U.

Wangian Untuk Lelaki – Aqua Di Gio, Mont Blanc, Paco Rabanne, CK BE, Dunhill Blue, Hugo Boss, Lacoste Style, D&G Classic, Invictus dan Bvlgari.

20170518_214631

20170518_214402

Selain dari wangian badan, Anna Perfumes juga membekalkan produk lain seperti Air Freshener untuk wangian rumah dan kereta. Isipadu sebanyak 9 liter.

Wangian Untuk Rumah dan Kereta – Vanilla, Sakura, Honey Dew, Pandan, Apple Blossom, Lavender, Sparkling Lemon, Sophia, Grape, Tutty Fruity, Lemon Lime, Tokyo Orange, Escalade, Aqua, Strawberry, Love Speel, Winter Sonata, Fresh Lychee, Ocean Blue, CK Air, Country Garden dan Island.

Semua haruman Anna Perfumes mendapat jaminan kualiti dan halal juga tidak mengandungi sebarang unsur haiwan atau bahan-bahan lain  yang boleh memudaratkan kesihatan.

Ramai yang beranggapan bahawa wangian inspirasi seperti ini bauannya tidak tahan lama. Sebenarnya salah. Kalau nak diikut Mamable sebenarnya lebih suka minyak wangi berjenama. Tetapi sampai bila lagi pun ini semuanya hanyalah kehendak hati kita sendiri. Di sini, Mamable ingin berkongsi tip untuk pemakaian minyak wangi yang betul.

MEMAKAI LOTION SEBELUM MENYEMBUR MINYAK WANGI – Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untukk membantu mengekalkan bau kegemaran anda.

GUNAKAN VASELINESapukan Vaseline pada nadi sebelum menyembur atau rollkan minyak wangi.

TEMPAT SIMPAN – Jika anda mahu minyak wangi anda untuk tahan lebih lama, jangan simpan dalam bilik air atau tempat yang lembap dan panas. Haba, cahaya, dan kelembapan akan memecahkan partikel minyak wangi dan mengurangkan kualiti wangian. Sebaliknya, menyimpannya di dalam sejuk tempat, kering seperti di meja solek di dalam bilik tidur anda, dan jauh dari tingkap.

SELEPAS MANDI – Semburkan wangian sebaik sahaja selepas mandi dan sebelum memakai baju. Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian  atau barang kemas.

JANGAN LAP WANGIAN – Jangan lap wangian di pergelangan tangan selepas disembur. Jika anda menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama, baunya akan hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian anda tidak bertahan lama.

Dengan konsep nak membantu untuk jana pendapatan sendiri, Anna Perfumes memberi peluang berniaga kepada wanita dan lelaki. Ini telah memberi Mamable peluang menjadi agen untuk mencari duit tepi dan juga merupakan pengguna wangian Anna Perfumes.

18622356_1449279801777171_8590233134695226526_n.jpg

Anda juga ingin menjadi agen atau anda ingin berbau wangi, sila hubungi Puan Anna Cameelia Yusof di 012-6646298. Juga boleh lawati IG – anna_pefumes dan FB  – http://www.facebook.com/anna.c.yusof untuk melihat sendiri produk-produk wangian Anna Perfumes.

“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’i dari Abu Hurairah)
Ini bermaksud wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya. Termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

Gallery

Nak Kurus Dan Cantik Bersama Toscana Medi Clinic


I am what I am …………

Image result for metabolite

Apa itu metabolisme? metabolisme bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga atau kalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.

Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah? Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat.

Ingin kelihatan cantik dan langsing secara sihat bukanlah susah, tetapi kita sendiri harus tahu tips-tips yang betul agar kesihatan kita tidak terabai. Terdapat banyak produk menguruskan badan dipasaran tetapi tahukah anda akibat daripada salah pemilihan produk? Akibat inginkan cantik dan langsing dengan cepat, ramai yang membeli produk tanpa membaca kandungan bahannya. Tetapi jangan risau, Toscana Medi Clinic akan membantu anda menyelesaikan masalah anda.

20170225_110422

20170225_135012.jpg

20170225_142841.jpgToscana Medi Clinic ialah pusat pengurusan berat badan secara sihat dan juga merupakan pusat estetik. Tetapi di sini, Ros akan lebih tekankan mengenai pengurusan berat secara sihat. Klinik ini terletak di dalam Suria Dutamas (Publika) dan ia mudah diakses dari Mont Kiara, Hartamas, Damansara dan Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur.

Toscana Medi Clinic ingin berkongsi cara pengurusan berat badan secara sihat iaitu “THE METABOLIGHT SLIMMING”.

20170225_122145.jpgKenal pasti BMI anda. BMI ialah ukuran statistik terhadap skala lemak badan berdasarkan kepada tinggi dan berat ideal. Ia terdiri daripada 5 kategori seperti berikut: Kurang berat keterlaluan, kurang berat, normal, berat berlebihan dan obesiti.

Image result for fat burning foods for men
Makanan untuk pembakaran lemak. Percaya atau tidak tubuh kita sebenarnya tidak ingin menyimpan lemak. Gambar di atas adalah contoh makanan yang perlu kita ambil sebagai pembakaran lemak.

Related image

Toscana Medi Clinic mempunyai pasukan yang bukan sahaja mahir dan berpengalaman malahan secara peribadi dari pemerhatian saya, mereka mengambil berat dengan cara berkongsi rahsia mereka untuk sihat dan berkeyakinan. Setiap soalan yang diberikan, mereka telah menjawabnya dengan penuh keyakinan dan jujur.

20170225_120352
Ini adalah Doktor Lashela Dharmadass.
20170225_122208
Kanan – Doktor Kanwal Gill

20170225_120307.jpgPengakuan Marcus Osmand – “Amazing treatment that make your jaw dropping!! Up to 10kg in a month.It’s seriously change my entire life….
*This is my real weightloss journey!”

20170225_121937
Wendy Pua – masih single dan muda – beliau mengamalkan penurunan berat badan secara Metabolight Diet di Toscana Medi Clinic

Pengakuan Wendy Pua – “You will understand more about Aesethic Services that Makes You Glamorous & Confident ! I will be sharing how I lose 5kg in a month!

Perkhidmatan terbaik dan harga sememangnya puashati. Anda tidak percaya, sila datang ke Toscana Medi Clinic dan untuk keterangan lebih lanjut mengenai Metabolight Diet boleh hubungi :

TOSCANA MEDI CLINIC
Block D5-G4-01 & 02 Suria Dutamas
No 1 Jalan Dutamas 1
50400 Kuala Lumpur.

+603 6143 8866

atau email ke info@toscanamed.com

http://www.toscanamed.com


 



			
Gallery