Kilang Roti Segar Kuala Kangsar Dalam Agro Pelancongan


Kuala Kangsar, 12.12.2017 – Mamable bersama Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) bersama sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) kini beralih ke Roti Segar.

Pengenalan Roti Segar, Kuala Kangsar

Roti Segar telah mula beroperasi pada tahun 1981 dengan berkonsepkan perniagaan keluarga. Roti Segar ialah pengeluar dan pengedar pelbagai jenis roti, kek, pastri dan pizza.

Kini ia mengorak selangkah ke arah agro pelancongan dan ini membuktikan Roti Segar mempunyai identiti yang tersendiri. Sebagai pengeluar produk yang berasaskan tepung, kawalan kualiti yang tinggi serta usaha pengurusan pasaran yang konprehensif membuatkan Roti Segar mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.

Image may contain: plant and outdoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person

Map of roti segar kuala kangsar

Kedai Roti Segar

Seperti yang kita ketahui, Kuala Kangsar  merupakan Bandar DiRaja dan bersejarah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) yang menarik. Ini termasuklah Kilang Roti Segar.

Jenama Roti Segar membuktikan usahawan bumiputera dan Islam mampu menghasilkan produk makanan halal berkualiti.

Roti Segar telah menguasai kebanyakan pasaran yang melibatkan makanan seperti roti, kek, pastri dan juga pizza. Ia hanya ingin dikenali sebagai sebuah kilang pengeluaran produk makanan bumiputra yang berkualiti tinggi.

Roti yang dijual di sini dibuat segar pada setiap hari. Buat hari ini, jual hari ini. Diuli dan dibakar di kedai ini juga.  Bau roti yang dibakar itulah yang menarik pelanggan datang.

Image may contain: indoor

 Pemprosesan Roti, Kek Dan Biskut

Trend penggunaan mesin pembuat roti dan biskut semakin meningkat ketika ini. Ini kerana mesin pembuat roti dan biskut mampu menghasilkan pengeluaran yang lebih banyak untuk tujuan pasaran yang besar dan luas.

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting

Image may contain: indoor

Image may contain: one or more people, food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: one or more people

Image may contain: dessert and food

Image may contain: food

 

Minum Petang Di Roti Segar, Kuala Kangsar

Image may contain: dessert and food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Dari tadi Mamable non-stop makan. Di Kilang Roti Segar ini, Mamable diberi pendekatan dalam pembuatan roti dan biskut. Pengembaraan Mamable bersama MTC tidak berakhir di Kilang Roti Segar tetapi kami akan meneruskan perjalanan ke Pusat Kraftangan Cawangan Negeri Perak di Enggor. Nantikan yer…..

Info :

Kilang Roti Segar, Bt. 34 (Jln Taiping (Simpang Mardi))
33000 Kuala Kangsar, Perak

Advertisements
Gallery

Menu Negeri Pahang Di Genting


I am what I am………..

Genting Highland, 08.12.2017 – Festival makan-makan di Resorts World Genting yang bertemakan “Taste of Darul Makmur, Hogoh Pahang” diadakan sempena “Visit Pahang Year”. Negeri Pahang mempunyai pelbagai makanan tradisional antaranya Gulai Tempoyak Ikan Patin, Sambal Hitam, Opor Daging, Puding Diraja dan banyak lagi.

Taste of Darul Makmur

Rambang mata ni! Itu yang dapat diperkatakan tatkala mata ‘menujah’ satu persatu lauk-pauk sajian tradisional Pahang yang menjadi hidangan bufet untuk makan tengahari dan malam di Coffee Terrace, Resorts World Genting bermula 08.12.2017 hingga 17.12.2017.

Bukan mata sahaja terpaku melihat sajian yang berderet, tetapi hati juga sukar membuat pilihan sajian berkonsepkan selera kampung itu.

Image may contain: food and text

No automatic alt text available.

Image may contain: hat, text and outdoor

Cef Disamping Masakan Negeri Pahang

Image may contain: 1 person, eating, sitting, food and indoor

Cef Rosidi Ahmad merupakan cef yang diberi tanggungjawab dalam penyediaan masakan Pahang ini. Renyah dan susah terpaksa ditolak belakang dalam menjayakan promosi ini. Beliau tidak sombong dalam senyuman sentiasa diringi ketika diaju beberapa soalan daripada rakan media.

Menu Tradisi Negeri Pahang

Tempoyak Ikan Patin

Image may contain: food

Daerah Temerloh merupakan tempat terdapatnya Ikan Patin yang banyak dan ia juga diternak di sepanjang Sungai Pahang.

Gulai Tempoyak Ikan Patin sememangnya menu yang popular dan ia menjadi kegemaran rakyat Malaysia khususnya di negeri Pahang. Selain rasanya yang enak, cara membuatnya juga mudah dan bahan yang diperlukan cukup ringkas. Paling penting, mestilah ada tempoyak. Lagi banyak tempoyak, bertambah sedap hasil gulainya.

Pertama kali merasa menu Tempoyak Ikan Patin walaupun kemasyhurannya meniti di setiap bibir penggemar menu tersebut. Isinya yang lembut, empuk, tidak berbau hanyir, rasa pedas dan manis tempoyak menambahkan selera.

Sambal Hitam

Image may contain: food

Sambal hitam terkenal di daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Makanan unik ini diperbuat dari belimbing buluh dan ikan bilis sebagai bahan utama. Makanan tradisi turun temurun ini dikatakan hanya boleh dihasilkan oleh mereka yang mahir berikutan proses penghasilan yang agak rumit.

Menurut Cef Rosidi, ‘Sambal Hitam ini diperbuat daripada belimbing buluh rebus dan ditumis dengan bawang, ikan bilis dan cili. Ia dimasak hingga hitam dan enak rasanya. Penyediaan amat rumit kerana buah belimbing buluh perlu direbus dahulu selama lapan jam, sebelum ditumis dan selama enam jam lagi bagi sambal basah serta sepuluh jam bagi sambal yang kering’, katanya.

Sambal Tempoyak

Image may contain: food

Apabila tibanya musim durian pasti berlakunya lambakan buah sehingga ada yang dibuat tempoyak untuk dijadikan sambal ataupun masakan yang lain. Kebiasaannya tempoyak akan dicampur dengan sambal cili dan dicicah bersama ulam-ulaman dan pasti akan membuka selera ramai orang.

Opor Daging

Image may contain: food

Penyediaan masakan Opor Daging yang merupakan makanan tradisi Pahang yang menggunakan daging, merupakan satu tugasan yang renyah dan memerlukan kesabaran tinggi kerana mengambil masa antara lima ke enam jam untuk disiapkan. Opor yang sedap mestilah seimbang rasa pedas, masin, manis dan paling utama sukatan rempah opor, pati santan dan santan cair yang digunakan mestilah mencukupi dengan jumlah daging.

Puding DiRaja & Kuih Lompat Tikam

Image may contain: food

Puding Raja sememangnya terkenal di negeri Pahang. Untuk menyediakan kuah puding ukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Cara menghidang pula, perlu aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk dan taburkan jala emas. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.

Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Pahang, Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dari tepung beras dan santan. Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama gula kabung.

Antara Menu Utama Lain Di Coffee Terrace

Image may contain: food

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and text

Image may contain: food

 Pencuci Mulut

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Artifak Negeri Pahang

Resorts World Genting telah membawa artifak dari Muzium Pekan dan diletakkan di Coffee Terrace bagi menyerlahkan suasana festival mempromosikan selera Negeri Pahang yang bertemakan ‘Taste of Darul Makmur’. Ia merupakan ihsan Yang Berhormat Dato’ Ahmad Farid bin Abdul Jalal yang merupakan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pahang. Sebanyak 14 jenis artifak asli dipamerkan.

Image may contain: text

Suasana Review

Image may contain: food

No automatic alt text available.

Image may contain: food

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting, people eating, table and food

Info bufet :

Harga bufet makan tengahari :
RM48 harga bersih untuk dewasa
RM24 harga bersih untuk kanak-kanak

Harga bufet makan malam :
RM82 harga bersih untuk dewasa
RM41 harga bersih untuk kanak-kanak

Coffee Terrace, Resorts World Genting

Menjamu selera di ketinggian 6,118 kaki bawah aras laut, Coffee Terrace terletak di aras lobi Hotel Grand Genting.

Melangkah masuk ke Coffee Terrace, terpegun dengan dekorasi dalaman yang kontemporari dan suntikan elemen air, kehijauan dan warna tembaga di segenap sudut membuatkan suasana yang selesa dan santai.

Terdapat 6 jenis dapur terbuka dan setiap dapur tersebut ditempatkan cef untuk menjaganya. Sajian yang dihidangkan adalah seperti masakan Melayu, Cina, Barat dan Jawa. Terdapat juga seleksi menu sihat iaitu salad. Pelbagai jenis salad dihidangkan, hanya terpulang pada citarasa masing-masing.

Teringin makan makanan Jepun, Coffee Terrace menyajikan banyak jenis menu Jepun seperti Sushi, Tempura, Mee Udon dan Sup Miso. Juga makanan signaturi menu India iaitu Tandoori, Kari Masala dan banyak lagi menu yang dihidangkan.

Ruang restoran ini mampu mengisi sebanyak 680 lebih orang dalam satu-satu masa. Sesuai untuk keluarga, rakan taulan dan perbincangan korporat di adakan di sini.

Image result for coffee terrace genting highlands
Sumber gambar dari Google

Operasi Coffee Terrace :

Bufet Sarapan – 7.00 pagi hingga 10.30 malam

Bufet Makan Tengahari – 12.00 tengahari hingga 2.30 petang

Bufet Makan Malam – 5.00 petang hingga 9.30 malam

Harga Bufet :

Bufet Sarapan –                                                                                                                              Setiap hari : RM41.00 bersih (dewasa) & RM20.00 bersih (kanak-kanak)

Bufet Makan Tengahari –                                                                                                              Isnin hingga Jumaat : RM42.00 bersih (dewasa) & RM 21.00 bersih (kanak-kanak)                Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Awam : RM48.00 bersih (dewasa) & RM24.00 bersih (kanak-kanak)

Bufet Makan Malam –                                                                                                                            Ahad hingga Khamis : RM79.00 bersih (dewasa) & RM39.00 bersih (kanak-kanak)              Jumaat, Sabtu dan Cuti Awam : RM82.00 bersih (dewasa) & RM41.00 bersih (kanak-kanak)

Info : Hubungi 03-27181118 atau lawat laman web http://www.rwgenting.com

Image may contain: text

 

 

Gallery

D’Bellezza Produk Kecantikan Yang Anda Perlu Ada


I am what I am…….

D’Bellezza – Cantik untuk yang tersayang

Kuala Lumpur, 06.12.2017 – Mamable bertuah kerana dapat menghadiri majlis pelancaran produk D’Bellezza di Matrade Meec, aras 2 semalam.

Cantik adalah anugerah. Fitrah wanita ingin memiliki dan menyukai kecantikan. Sebab itu cantik dan kosmetik adalah sangat sinonim.

Kemunculan produk D’Bellezza Beauty & Skin Care yang hadir dalam bentuk yang ringkas, warna, rasa serta baunya yang semulajadi dan selamat digunakan tanpa was was telah meletakkannya sebagai produk pilihan para wanita masakini.

Image may contain: 1 person

D’Bellezza Lipmatte

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Produk pertama dari D’Bellezza adalah Lipmatte dengan koleksi 4 warna yang neutral, menarik dan ringkas. Teksturnya yang ringan, tahan lama, tidak mengeringkan dan ia mengandungi Vitamin C & E (pelindung).

Antara bahan yang terdapat dalam Lipmatte ni adalah :

Kolagen – berfungsi untuk memberikan kelembapan kulit bibir dan mengelakkan              daripada masalah kulit kering.

Minyak Argan – melembabkan bibir yang kering dan pecah-pecah.

Vitamin C – Vitamin C mampu menghindarkan bibir daripada bertukar warna                    menjadi gelap.

Vitamin E – Vitamin E bertindak sebagai antioksidan, mencegah kerosakan sel                    kulit dan membantu melindungi bibir dari sinar UV.

 

Terdapat 4 jenis warna Lipmatte mengikut kod. Warna-warnanya memang cantik, menarik dan ringkas.

Image may contain: one or more people and closeup
Lipmatte DB-02 (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)
Image may contain: one or more people and closeup
Lipmatte DB-04 Sexy (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)
Image may contain: one or more people
Lipmatte DB-06 Darling (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)
Image may contain: one or more people
Lipmatte DB-08 Vouge (Sumber gambar dari FB page D’Bellezza)

Kod warna D’Bellezza Lipmatte ini adalah kod warna yang menjadi pilihan trend masakini. Warnanya yang tidak terlalu garang atau terlalu pudar, boleh digayakan mengikut kesesuaian si pemakai.

Menurut Encik Aj Azril yang merupakan pengasas D’Bellezza berkata, ‘tak sangka dengan keluaran pertama beliau iaitu Lipmatte sebanyak 1000 unit yang dijual online melalui FB laris dijual dan mendapat permintaan yang tinggi’. Lipmatte dijual dengan harga mampu milik iaitu RM39.90 seunit.

Diamond Foundation – Perfecting Blend SPF35 PA+++

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Bedak Asas D’Bellezza ini mempunyai adunan sempurna SPF35 PA+++ (5 dalam 1) dengan fomulasi serbuk mutiara ini memberi kemasan sederhana dengan warna kulit sebenar kita, mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan, membantu mencerahkan kulit muka dengan perlindungan UV dan juga menganjalkan kulit. Bedak asas ini dijual dengan harga RM69.90 seunit.

Apa itu SPF35 PA+++ ?

Mengikut standard perlindungan UV antarabangsa, produk yang mengandungi kadar SPF 18 hingga 50 dan PA+ (rendah) hingga PA+++ (tinggi), sekali gus berkesan mengelak daripada kulit kering dan kasar akibat pancaran UV.

Apa itu UV ?

UV ialah sinar lembayung ungu dari matahari dan ia merupakan faktor utama penuaan. Sinar UV lazimnya dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada jarak pancaran. Jarak paling jauh dikenali sebagai UVA, diikuti oleh UVB dan UVC di mana setiap satunya memberi kesan yang berbeza-beza. Lebih pendek jarak pancaran tersebut lebih berbahaya kepada kulit. Bagaimanapun, UVC dan sebahagian daripada UVB tidak sampai ke permukaan bumi kerana ia akan diserap oleh lapisan ozon. Oleh itu, hanya UVA dan sebahagian UVB yang mempunyai kesan terhadap kulit. Oleh itu adalah penting bagi kita melindungi kulit dengan produk yang mengandungi SPF (Faktor Perlindungan Matahari) dan PA (gred Perlindungan UVA).

Berus Automatik 3 dalam 1 (Bedak Asas/Pemerah Pipi & Bedak/Terapi Muka

No automatic alt text available.

Jangan lupa pula untuk dapatkan berus automatik 3 dalam 1 ini untuk penggunaan bedak asas, pemerah pipi dan terapi muka. Fungsi berus automatik ini adalah meratakan dan menyerap dengan lebih mudah, mengurut kulit muka supaya peredaran darah dan oksigen dimuka lebih stabil, menjimatkan masa dan penggunaan yang optimum. Harga seunit berus ini adalah RM190.90 sahaja.

Mengenai D’Bellezza

Encik AJ Azril merupakan pengasas produk D’Bellezza Beauty & Skin Care. Produk komestik ini telah berada di pasaran pada bulan April tahun ini. Dengan berbekalkan keberanian dan semangat untuk menjadi seorang Usahawan berjaya, Encik AJ Azril atau lebih mesra dengan panggilan Abam AJ telah mengeluarkan produknya yang pertama iaitu Lipmatte.

Menurut Encik AJ Azril, ‘D’Bellezza telah berdaftar dengan Matrade supaya senang untuk mempromosi produknya dan meletakkan jenama dan syarikat beliau di pasaran global dan ini adalah impiannya’.

Berniaga secara online menerusi Facebook, membuatkan nama D’Bellezza lebih cepat dikenali. Dengan bantuan dan rundingan daripada Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO) dan sistem myfAD, Lipmatte kini menjadi viral dikalangan wanita dan merupakan produk paling laris dijual.

Seperti produk-produk kosmetik yang lain, produk D’Bellezza juga tertakluk kepada pematuhan terhadap peraturan dan keperluan yang ditetapkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Garis panduan bagi Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia dan ini membuktikan produk D’Bellezza amat selamat digunakan.

Image may contain: 1 person, standing and text
Encik AJ Azril (Pengasas D’Bellezza)

Matrade Membantu Para Peniaga

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merupakan satu Agensi Promosi Perdagangan Kebangsaan Malaysia. Misi MATRADE adalah untuk mempromosikan eksport Malaysia dan membolehkan banyak syarikat tempatan berada dibarisan hadapan di pasaran global. Kini ia terus meletakkan syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi pada taraf antarabangsa.

Ia membantu para peniaga dari segi program latihan dan pameran.

Info mengenai Matrade – http://www.matrade.gov.my

No automatic alt text available.

Serba Ringkas Mengenai Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO)

Dengan gaya hidup kini, penggunaan media sosial merupakan platform, trending dan pengaruh yang kuat dengan sogokkan iklan-iklan produk kosmetik yang sangat mengujakan di Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, WhatsApp dan sebagainya. Sebab itulah pentingnya Centre for Artificial Intelligence & Robotics (CAIRO) dalam sistem komunikasi media sosial kini.

Ulasan daripada Cik Nenny Ruthfalydia Rosli, (Pegawai Penyelidikan UTM – CAIRO) berkata, ‘CAIRO mula ditubuhkan pada 1997 dan dah 20 tahun dalam industri Kecerdikan Buatan dan juga Robotik. Ia menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan bersama-sama dengan industri dan institusi lain’ katanya.

Info mengenai CAIRO – http://kl.utm.my

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Cik Nenny Ruthfalydia Rosli (Pegawai Penyelidikan UTM – CAIRO)

Ringkasan – Sistem myfAD – Malaysian Facebook Advertising

Apa itu sistem myfAD ?

Malaysian Facebook Advertising (myfAd Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat pengiklanan yang menghubungkan perniagaan dengan pengguna facebook. Ideologi utama adalah menganggap bahawa peniaga sanggup membayar (pengguna facebook ) Ahli supaya Ahli akan berkongsi(‘share’) post facebook peniaga (yang mempromosikan produk peniaga / perkhidmatan) di facebook dinding pelanggan. Dengan berkongsi post peniaga, ia membolehkan rakan-rakan Ahli itu untuk melihatnya dan mereka mungkin berminat untuk membeli produk / perkhidmatan. Oleh itu myfAD mencipta satu sistem yang dipanggil myfAd sebagai platform untuk merealisasikan ideologi ini.

Objektif sistem ini adalah membantu para peniaga FB untuk memviralkan post iklan.

Kelebihan myfAD kepada para peniaga FB – penyertaan sebagai ahli adalah percuma, para peniaga mendapat rundingan dan nasihat percuma, tersenarai pada iklan di laman web myfAD, post iklan boleh disunting dan ia menjana pendapatan sebagai Promoter dan Subcriber.

Info mengenai sistem myfAD – https://www.myfad.my

Suasana Majlis Pelancaran Produk D’Bellezza

Image may contain: 1 person, standing and text

Image may contain: 4 people, people standing and text

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and suit

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and text

Image may contain: 4 people, people smiling
Sumber gambar oleh Kak Hanny – http://www.diarymama.com

Ikuti D’Bellezza sekarang untuk info & produk di :

Facebook: https://m.facebook.com/Dbellezzabeauty/

Instagram: dbellezzabeauty

WhatsApp: 011 12890009

Web: www.dbellezzabeauty.com

Gallery

Letusan Rasa Di Old Spice Cafe, Ampang


I am what I am….

No automatic alt text available.

Old Spice Cafe memilih untuk tampil dengan hidangan berkonsep fusion, autentik, western dan local iaitu gabungan citarasa yang unik di antara Timur dan Barat. Ini merupakan percaturan berani Puan Hani (owner) dan beliau telah membuktikan bahawa sesuatu yang mustahil boleh menjadi kenyataan.

Terletak di Jalan Ampang merupakan lokasi yang strategik kerana ia terletak berdekatan dengan kawasan pejabat-pejabat seperti RISDA, syarikat perbankan di Ampang Point, Taman Nirwana dan Ampang Jaya.

Baru saja enam bulan beroperasi, Old Spice Cafe mempunyai banyak menu yang mempunyai keistimewaan baik dari segi rasa mahu pun rupa. Bukan itu sahaja, nama setiap sajian turut menarik perhatian Mamable dan rakan-rakan media yang lain.

Melalui pemerhatian Mamable, kafe ini bukan sahaja mampu menarik perhatian para penghuni M City Residence dan masyarakat tempatan bahkan sajiannya menjadi pilihan generasi muda hari ini.

Image may contain: 2 people, night and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

 

Letusan Sajian Old Spice Cafe

Visi Old Spice Cafe untuk memastikan setiap masakan yang dihidangkan dapat memenuhi citarasa semua golongan masyarakat tanpa mengira umur.

Kalau nak tahu, setiap sajian yang dihidangkan kepada para pelanggan adalah masakan on the spot dan fresh dari dapur. Menampilkan kelainan bagi setiap sajian yang disediakan agar ia tidak sama dengan kafe atau restoran sedia ada hari ini.

Menurut Encik Taufik (Orang Perantaraan Old Spice Cafe) memberitahu, bahawa mereka menggunakan perkhidmatan tukang masak yang tidak mempunyai pengalaman sebagai seorang cef. Ini lagi sekali membuktikan bahawa Puan Hani berani mempertaruhkan sesuatu yang mustahil.

Sajian terbahagi kepada beberapa kategori iaitu sarapan pagi, hidangan utama yang terdiri daripada western dan local serta pencuci mulut.

Sajian Utama Old Spice Cafe

Sajian utama yang Puan Hani pilih untuk dipromosikan ialah Lamb Soy Sauce, Chili Chicken dan Chili Prawn yang dihidangkan bersama nasi putih. Grill Chicken Chop with Peri Peri Sauce dan Fajita Wrap. Menu-menu ini amat sesuai disajikan ketika makan tengahari dan makan malam.

Menu Lamb Soy Sauce

Image may contain: food

Masakan Lamb Soy Sauce yang dimakan dengan nasi putih merupakan hero yang telah menawan hati Mamable. Ini kerana daging kambing bukan pilihan Mamable. Serik dengan bau hamisnya membuatkan Mamable tidak menggemarinya. Tetapi menu Lamb Soy Sauce di Old Spice Cafe telah merubah segalanya. Rasanya membuatkan Mamable ingin mencubanya berkali-kali. Gabungan rasa lada hitam dan kicap soya sebati dengan daging kambing tersebut.

Menu Chili Chicken

Image may contain: food and text

Apabila merasa suapan pertama Chili Chicken, terus Mamable teringat Ayam Masak Rendang. Rasanya seakan-akan rendang, tetapi ia bukan rendang sebab ada kentang. Sememangnya gabungan rasa yang susah Mamable nak jelaskan. Memang ianya menu yang unik dan sedap.

Menu Chili Prawns

Image may contain: food

Wow masakan ini lain dari yang lain, apabila terung digandingkan dengan udang. Rasanya seakan-akan masakan kari. Tapi bukan kari….hahaha macam-macamlah Mamable ni kan. Kepedasanya berakhir dihujung lidah. Fresh, sedap, udangnya besar dan keseluruhan Mamable puashati.

Menu Grilled Chicken Chop With Peri Peri Sauce

Image may contain: food

Rasa ayamnya yang lembut bersebati dengan rasa rempah ratus cair di dalam mulut. Hirisan sayur lobak dan kacang peas yang segar dan manis membuatkan Mamable makan sampai tak ingat dunia. Rasa kuah Peri Peri yang masam dan pedas kemudiannya membuatkan ia gandingan yang seimbang di dalam pinggan.

Menu Fajita Wrap

Image may contain: food and text

Tak ingat berapa gulung Mamable dah makan. Hirisan daging bersama cili benggala nerupakan gadingan hebat. Dicampur dengan rasa rempah ratus membuatkan sesiapa yang merasainya seperti berada di padang pasir hahahahaha….

Minuman Pilihan Old Spice Cafe

Tiga jenis minuman yang menjadi pilihan Puan Hani untuk direview kali ini iaitu Virgin Mojitos, Iced Coconut Sea with Longan dan Irresistible Ferrero Rocher.

Virgin Mojitos

Image may contain: drink and indoor

Minuman yang bagus bagi mereka yang mementingkan diet dan penjagaan badan. Rasa perahan limaunya membuka selera. Terpikat dengan namanya iaitu Virgin Mojitos. Ia menarik perhatian pada sesiapa saja yang ingin mencuba minuman ini.

Iced Sea Coconut With Longan

Image may contain: drink, indoor and food

Segar dan terasa manis buahnya. Seperti berada di tepi pantai sambil bersantai menunggu matahari terbenam. Gandingan di antara longan dan air kelapa laut…membuatkan Mamable jatuh cinta pandang pertama.

Irresistable Ferrero Rocher

Image may contain: drink and indoor

Terasa kesedapan coklat Ferrero Rocher masuk ke tekak Mamable. Minuman berkategori kelas atasan sebab ada gabungan coklat, kacang dan krim. Anak-anak mesti suka minuman ini.

Pencuci Mulut Terbaik Dari Old Spice Cafe

Tidak dilupakan juga menu-menu pencuci mulut yang pastinya membuatkan anda teruja untuk mencubanya ialah Night of Passion dan Pengat Pisang.

Pengat Pisang

Image may contain: food

Satu sudu, dua sudu, tiga sudu sampaikan leka Mamable makan Pengat Pisang ini. Manis gula melaka dan buah pisang membuatkan Pengat Pisang ini menjadi kegemaran ramai rupanya.

Night Of Passion

Image may contain: food

Aiskrim di dalam buah markisa. Persembahannya membuatkan Mamable sangka ia adalah buah manggis. Gabungan ideal di antara vanila dan buah markisa. Sedap, sedap dan sedap…terbaiklah.

Kesinambungan Dekorasi Kotemporari Dan Tradisional

Melangkah masuk ke Old Spice Cafe membuatkan Mamable teringat suasana di rumah. Suasana santai dengan susun atur dekorasi hiasan menggambarkan seolah-olah kita berada di rumah.

Old Spice Cafe menampilkan dekorasi kotemporari dan tradisional serta membawa masuk suasana kampung dan urban dalam satu masa merupakan gabungan elemen yang memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Kafe ini mampu memuatkan sehingga 50 pelanggan pada satu-satu masa. Kafe ini juga amat sesuai mengadakan majlis-majlis korporat, sambutan harijadi, perjumpaan rakan taulan dan ahli keluarga untuk berkumpul.

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

 

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person, sitting, living room and indoor

Image may contain: people sitting, living room, table and indoor

Image may contain: 1 person

No automatic alt text available.

Ruang Makan 

No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Image may contain: people sitting, table and indoor

Ruang Makan Di Tingkat Atas

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 1 person, smiling, text

Ulasan Mamable

Tanggapan pertama Mamable seperti jatuh cinta pandang pertama apabila Mamable mencuba menu-menu tersebut. Betullah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata.

Apabila nak dibandingkan dengan harga yang amat berpatutan, terkedu Mamable apabila sajian yang dihidangkan sememangnya sedap, unik dan super awesome.

Sukar nak digambarkan dengan kata-kata dan pujian, adalah eloknya jika anda semua datang ke Old Spice Cafe dan rasainya sendiri.

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling
Mamable bersama Luqman, rakan media yang turut hadir merasai sendiri sajian di Old Spice Cafe

No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Info Old Spice Cafe : R05-G M City Ampang
No. 326 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur

Hubungi 019 6912815

Atau lawati laman web http://oldspicecafe.my/

FB : https://www.facebook.com/oldspicecafe.my

IG : https://www.instagram.com/oldspicecafe

Gallery

Pelayaran Bersama The Black Pearl Ke Selat Johor


I am what I am……….

Image result for majlis pelancongan malaysia

Mamable tak pernah mengimpikan percutian pelayaran di atas sebuah kapal mewah. Umpama orang mengantuk disorongkan bantal apabila baru-baru ini Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) telah menjemput Mamable untuk membuat liputan acara Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) di Puteri Harbour, Johor Bahru.

Apa yang berlegar-legar difikiran apabila sebut tentang Black Pearl Cruise? Semestinya teringat kembali filem The Pirates of the Caribbean. Berangan jadi lanunlah….hahahaha. Dan bagaimana pula mereka yang pernah berlayar dengan cruise, apakah perasaan anda? Apakah pendapat anda? Adakah anda rasa seronok? Kalau diberi peluang, adakah anda mahu  berlayar lagi?

Mesti ramai yang tertanya-tanya apa yang ada di dalam cruise atau apa agaknya aktiviti semasa pelayaran di atas cruise nanti. Kali ini Mamable berbesar hati untuk berkongsikan pengalaman pelayaran Mamable bersama Black Pearl Cruise.

Jadi, kepada sesiapa yang memasang impian untuk merasai percutian pelayaran sebegini, mari kita baca ulasan beliau selengkapnya.

Pelayaran Media Bersama Tetamu VIP Dengan The Black Pearl 

Kalau tak kerana program Iskandar Puteri Kayak Challenge 2017 (IPKC 2017) ini, jangan haraplah Mamable dapat merasai naik cruise ini.

Sebelum menaiki kapal ini, Mamable dan rakan-rakan media yang lain telah diberi jaket keselamatan. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan membuktikan keprihatinan FCMS dalam menjaga keselamatan para penumpangnya. Manalah tahukan, malang itu tak berbau.

Para penggiat media telah diberi penghormatan untuk belayar bersama tetamu VIP dan merasai sendiri cabaran yang dilalui oleh para peserta kayak yang mendayung sejauh 40 kilometer. The Black Pearl yang dikemudikan oleh Encik Zaher Sipon dari Flying Colours Marine Solutions (FCMS) telah membawa kami melayari Selat Johor atau dahulunya lebih dikenali sebagai Selat Tebrau. Menggamit kembali sejarah Melayu lama antara Johor, Riau dan Lingga. Ini mendekatkan kami dengan alam semulajadi serta pembangunan yang diolah dengan seimbang telah meletakkan Puteri Harbour sebagai produk pelancongan.

Image may contain: 2 people, people smiling, sky, sunglasses, outdoor and water
Mamable bersama Encik Zaher Sipon – beliau yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi dan membawa kami berlayar
Image may contain: 2 people, people smiling, ocean, outdoor and water
Para rakan media dan Puan Ezani (MTC) di hadapan dek kapal
Image may contain: ocean, sky, boat, outdoor, water and nature
Pemandangan Puteri Harbour
Image may contain: sky, bridge, ocean, cloud, outdoor, water and nature
Jambatan Linkedua

Suasana Semasa Pelayaran 

 

Image may contain: 4 people, people smiling, sky, cloud and outdoor
Rakan media dan Puan Ezani dari MTC yang sedang bersantai di dek hadapan kapal
Image may contain: 1 person, ocean, sky, outdoor, water and closeup
Mamable di belakang dek kapal
Image may contain: 1 person, sky, ocean, outdoor, water and nature
Mamable mengelamun di bahagian bawah dek kapal
Image may contain: one or more people, people standing, outdoor and water
Mamable sambung mengelamun di bahagian atas kapal pula

Apa Ada Di Dalam The Black Pearl

Bahagian dalam The Black Pearl merupakan sebuah kabin tunggal yang terdiri daripada bilik bersaiz queen, ruang dapur, ruang makan yang luas. Di bahagian hadapan kapal  pula terdapat dek besar dan platform untuk berenang. Untuk bahagian atas kapal dilengkapi dengan meja mahogani dan mampu memuatkan 10 orang dalam satu masa. 

Di bahagian atas The Black Pearl, kita boleh menikmati keindahan laut dan menikmati pemandangan persisiran pantai. Sambil menikmati keindahan alam, FCMS juga menyediakan minuman sejuk dan makanan ringan untuk para pelanggan. Ia juga adalah 45 footer ikonik kerana ia mempunyai watak tersendiri yang membolehkan semua penumpang berasa selesa sambil belayar.  

No automatic alt text available.

Image may contain: bedroom and indoor

Pendapat Mamable Mengenai The Black Pearl?

Bagi Mamable, ini adalah pengalaman yang pertama. Mungkin selepas ini tiada lagi peluang bagi Mamable untuk menikmati pelayaran seperti ini lagi. Dari segi faktor keselamatan luaran dan dalaman, membuatkan Mamable rasa puashati dan yakin dengan kredibiliti FCMS.  Cara layanan yang mesra dan pengemudian kapal oleh Encik Zaher Sipon membuatkan Mamable seperti seorang bangsawan dalam filem Titanic…hehehe.

Sejarah The Black Pearl

Black Pearl memulakan hidupnya di United Kingdom pada tahun 1978 sebagai kapal pengukur. Ia mempunyai kotak pemacu gear – 8 Clutch Servo-Gear yang disokong oleh turbo 375HP yang dikenakan Iveco 6 silinder enjin diesel. Pemacu Servo-Gear direka untuk membolehkan kapal ini bergerak ke depan dan ke belakang tanpa menukar revolusi motor.

Ia merupakan sebuah kapal pengukur yang hebat dan pernah menjadi kapal tinjauan untuk memerhatikan pertandingan kapal layar. Pada tahun 2009, The Black Pearl telah dihantar ke Thailand selama dua tahun dan ia kekal sebagai sebuah kapal biasa hingga hari ini. The Black Pearl masih mengekalkan pemacu Iveco Motor, Servo-Gear dan mempunyai 3 penjana diesel silinder sendiri yang boleh memacu semua kuasa dan keperluan elektrik di atas kapal.

Serba Sedikit Mengenai The Black Pearl Dan Flying Colours Marine Solutions (FCMS)

Image result for black pearl ship
Gambar oleh Wikipedia

The Black Pearl, merupakan sebuah kapal penjelajah yang berukuran 45 kaki persegi yang dimiliki oleh Kapten Jones dan ia dinamakan sempena filem terkenal The Pirates of the Caribbean. Kapten Jones adalah pengasas kepada FCMS dan beliau bersemangat ingin berkongsikan pengalaman beliau melalui pelayarannya ke seluruh dunia.

Penubuhan FCMS adalah untuk menawarkan perkhidmatan sewa bot yang mampu dimiliki untuk para pelanggan di Malaysia dan Singapura. Selain perkhidmatan sewa bot, FCMS juga menawarkan khidmat penyelenggaraan (Perkhidmatan Chandler), iaitu satu penyelesaian sehenti untuk bekalan, penyelenggaraan dan bantuan untuk semua pelaut.

Pakej Pelayaran Yang Ditawarkan Oleh Flying Colours Marine Solutions (FCMS)

General Cruises | Indonesia & Singapore Gateways | Adventure Cruises | Luxury Cruise | Event Cruises | Customized Cruises | Escape with a Last Minute Deal

Pelayaran yang berkualiti bersama orang tersayang.  Ingin lari dari kesibukan hiruk pikuk kota metropolitan, FCMS menawarkan percutian dan pelayaran dengan kadar diskaun istimewa serta beberapa tawaran bonus yang terhad dan tersedia. Pelayaran keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang yang menyeronokkan dan menarik ini mempunyai pelbagai aktiviti seperti  memancing, snorkeling dan menyelam. Anda juga boleh melawat tempat-tempat yang indah seperti Bintan, Pulau Riau, dan banyak lagi Pulau Indonesia dan Singapura.

Hanya melalui pakej FCMS ini anda berpeluang untuk merasai percutian dan pelayaran yang lengkap dengan tawaran diskaun harga yang rendah.

 

Info : General Cruises | Indonesia & Singapore Gateways | Adventure Cruises | Luxury Cruise | Event Cruises | Customized Cruises | Escape with a Last Minute Deal
Boleh hubungi:
Encik Michael, Kapten – +6016-775 5783
Cik Gill, Pengarah Urusan – +6016-775 5782 | +6016-754 4041
atau email:
bookings@flyingcoloursmarinesolutions.com

Untuk Corporate Cruises dan Corporate Events On Board
Boleh hubungi:
Cik Suan, Pengarah Urusan Bahagian Business Development  – +6016-232 4772
atau email:
suan@flyingcoloursmarinesolutions.com

Info Flying Colours Marine Solutions (FCMS)

Laman web http://www.flyingcoloursmarinesolutions.com

FB https://www.facebook.com/FlyingColoursMarineSolutions

Gallery

Makan Malam Di Puteri Harbour Dan Review Cam Caravan


I am what I am…..

Image result for majlis pelancongan malaysia

Makan Malam Di Puteri Harbour

Image may contain: food

Image may contain: 2 people, people smiling, outdoor

Selesai check in di Somerset Puteri Harbour, kami makan malam dengan sajian Nasi Briyani bersama Ayam Masak Merah di Puteri Harbour.

Kedatangan kami para penggiat media dari Kuala Lumpur telah disambut dengan ucapan ‘Selamat Datang’ dari Tourism Johor.

Taklimat dari Encik Aminudin dan Puan Mahani dari Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) mengenai acara Kayak Challenge 2017 dan sempena pengistiharaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada 18 November 2017.

Selepas taklimat daripada Encik Aminudin dan Puan Mahani, kami dihiburkan dengan persembahan muzikal daripada Peter dan Marcis juga paluan kompang yang di bawa khas dari Kuala Lumpur.

Image may contain: one or more people and people on stage

Image may contain: 1 person, on stage and indoor

Review Cam Caravan

Home

Para penggiat media dijemput oleh Encik Mahadzir untuk review Cam Caravan. Seperti yang kita tahu, di Malaysia penggunaan karavan mungkin dilihat agak pelik, malah mungkin juga ada yang tidak pernah melihatnya di jalan raya di negara ini. Namun ini tidak menjadi penghalang bagi pengedar China Auto Manufacturers (M) Sdn Bhd menerusi Sendok Group, dalam memperkenalkan caravan jenama Huanghai Plutus Cam Caravan ini.

Harga di pasaran Malaysia dianggarkan RM 206,980.00 seunit.

Huanghai Plutus Caravan dibina secara CKD di Malaysia oleh R&A Commercial Vehicles Sdn Bhd yang bertempat di Klang, Selangor dengan kesemua variannya dijanakan oleh enjin jenis 8-valve turbodiesel yang mampu menghasilkan output sehingga 75/3600 dan tork 230/2200 Nm.

Cam Caravan ini dibina mengikut spesifikasi yang diterima oleh pasaran Malaysia. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengklasifikasikan caravan ini sebagai MPV dan boleh dipandu oleh sesiapa sahaja yang memiliki lesen D secara sah.

Penggunaan caravan berpotensi besar dalam menyumbang kepada perkembangan positif industri pelancongan dan ia sesuai dengan fokus untuk mempertingkatkan kemudahan dan eksplorasi eco-pelancongan pada 2018 oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Caravan ini bakal menjadi pelengkap kepada kemudahan hotel, resort, homestay sediaada.

Cam Caravan yang sesuai untuk 4-5 orang ini mempunyai katil, bilik mandi, tandas, dapur memasak, meja yang boleh diubahsuai menjadi katil, sistem hawa dingin, sistem audio video, kanopi luar dan lampu.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Encik Mahadzir

No automatic alt text available.

Image may contain: outdoor

Image may contain: car

Image may contain: outdoor

Apa Ada Di Dalam Cam Caravan…Jom Jengah

Image may contain: indoor

Image may contain: people sitting

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Bayangkan bercuti bersama keluarga dan teman dengan menaiki caravan dan bermalam di dalamnya dengan mengunjungi pinggiran air terjun, kehijauan hutan, di tepian tasik, pantai dan tempat-tempat menarik di Malaysia.

Info Senduk Group :

Sendok Group Building,
Lot 1564, Batu 4,
Jalan Kapar,
42100 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Hubungi di 03-3345 5600 atau lawati laman web di http://www.sendokgroup.com

https://www.facebook.com/SendokGroup

 

 

Gallery

Penginapan Yang Selesa Di Somerset Puteri Harbour


I am what I am……

Image result for majlis pelancongan malaysia

Somerset Medini Iskandar Puteri

Setelah puas kami meneroka Iskandar Puteri, Bangunan Sultan Ismail, NMIT dan Legoland, sampaikan kami tak menyedari masa berlalu dengan cepat. Patutlah bau badan pun dah semacam hahahaha. Sudah sampai masanya untuk kami check in. Tapi di mana? Jawapannya Somerset Puteri Harbour.

Somerset Puteri Harbour

Penginapan kami selama 2H1M ini telah ditaja oleh Somerset Puteri Harbour dan Majlis Pelancongan Malaysia (MTC).

Somerset Puteri Harbour merupakan pangsapuri perkhidmatan mewah bertaraf 5 bintang, setinggi lima dan enam tingkat di Iskandar Puteri, Johor Bahru dibawah pengurusan operasi Ascott International Management (M) Sdn. Bhd.

Antara keunikan projek ini adalah penawaran gaya hidup mewah dengan pelbagai kemudahan seperti kedai makanan terbuka, peruncitan mewah, hotel antarabangsa dan pusat hiburan keluarga tertutup.

Somerset Puteri Harbour menawarkan 16 reka bentuk dengan pilihan sebuah bilik hingga tiga buah bilik selain penthouse dengan harga penginapan untuk semalam yang amat berpatutan.

Para pengunjung turut ditawarkan dengan kemudahan eksklusif berupa kolam renang, lobi, kawasan permainan kanak-kanak dan gimnasium.

Image may contain: house and outdoor

Image may contain: 1 person, standing, sitting and indoor

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: people sitting, living room, table and indoor

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, phone and indoor

Image may contain: one or more people

Bilik Penginapan Kami 

No automatic alt text available.

Image may contain: living room and indoor

Image may contain: indoor

Dapur Yang Lengkap Dengan Kemudahan Memasak

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Bilik Air

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Servis Room Delivery

No automatic alt text available.

Coffee House

Image may contain: one or more people and indoor

Image may contain: table and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, living room and indoor
Suasana di dalam coffee house
Image may contain: people sitting, table and indoor
Suasana di luar coffee house
Image may contain: people sitting, table and indoor
Suasana di luar coffee house
Image may contain: sky, grass, outdoor and nature
Sambil bersarapan atau makan malam, kita boleh menikmati pemandangan Iskandar Puteri dari Coffee House, Somerset Puteri Harbour

Link Bridge Ke Kolam Renang

No automatic alt text available.

Image may contain: indoor

Image may contain: people sitting, table, indoor and outdoor

Image may contain: sky, ocean, outdoor, water and nature

Lokasi Yang Strategik

Somerset Puteri Harbour terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Johor yang baharu selain terletak kurang daripada 25 minit perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lebuhraya Link Kedua Malaysia-Singapura.

Selain itu, antara tarikan utama adalah terletak hanya 10 minit ke taman tema Legoland yang pertama di Asia, Hello Kitty dan Educity.

Penginapan ini amat sesuai kepada individu yang sibuk dengan tugasan luar dan mereka yang inginkan percutian yang lengkap dengan segalanya.

No automatic alt text available.

Kemudahan Dan Keistimewaan Lain Yang Terdapat Di Sekitar Somerset Puteri Harbour

Image may contain: 1 person, smiling, outdoor
Restoran hanya bersebelahan dengan Somerset Puteri Harbour
Image may contain: outdoor
Tempat istirehat di belakang Somerset Puteri Harbour
No automatic alt text available.
Gambar yang di ambil dari linked bridge menunjukkan struktur rekabentuk Somerset Puteri Harbour

Info Somerset Puteri Harbour :

Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour
79000 Iskandar Puteri, Johor Darul Ta’zim, Malaysia.
Juga boleh dihubungi di 07-2871088 atau lawati laman web di https://www.somerset.com

Gallery