Jalan-Jalan

Taman Negara Pahang – The Door To Eco Education Awareness Anjuran Han Rainforest Resort


I am what I am……

Mamable nak berkongsi pengalaman Mamable bercuti ke Taman Negara Pahang baru-baru ini. Kalau nak tahu, Taman Negara Pahang merupakan salah satu tempat yang berada di dalam ‘wishlist’ Mamable. Menyimpan azam semenjak berada di sekolah menengah lagi. Juga pengalaman pertama bagi Mamable.

Pada tahun lepas dalam bulan November 2017, Mamable telah membuat perancangan untuk ke Taman Negara Pahang bersama beberapa rakan media tetapi dibatalkan kerana musim banjir. Oleh kerana itu, Mamable ‘hold’ dulu untuk ke Taman Negara.

Kami ke Taman Negara Pahang….macam tak percayakan

Pada bulan Febuari yang lepas, Mamable meneruskan semula perancangan untuk bercuti ke Taman Negara dengan dibantu oleh Kak Anna. Pada 21 Mac hingga 23 Mac 2018, Mamable bersama 9 orang rakan media telah bertolak ke Taman Negara Pahang dengan menaiki van Han Travel dari Matic Jalan Ampang. Segala penginapan dan pengangkutan telah ditaja oleh Han Rainforest Resort.

Sebelum nak ke Taman Negara, Mamable awal-awal dah ‘search’ barang apa yang perlu dibawa dan yang paling penting cara untuk mengelak dari terkena pacat dan lintah. Terbayang-bayang naik sampan lalu bawah pokok-pokok sambil menikmati kehijauan hutan macam yang mereka selalu tunjuk dalam tv dan iklan-iklan Tourism Malaysia.

Perjalanan sejauh lebih kurang 250km yang mengambil masa lebih kurang 4 jam dari Kuala Lumpur ke Taman Negara telah memberikan satu pengalaman yang tak akan Mamable lupakan kerana ini merupakan trip pertama yang dianjurkan oleh Mamable.

Terdapat 2 cara nak ke Taman Negara, antaranya menggunakan jalan darat melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) – exit Temerloh – Jerantut – Taman Negara. Dan yang lagi satu ialah melalui jalan air dengan menaiki bot dari Kuala Tembeling – 3 jam setengah naik bot). Parking kereta anda di Jeti Kuala Tembeling dan ambil tiket pergi dan balik. Lebih kurang RM40/hala. Masa bot bertolak 9.00 pagi dan 1.30 petang.

Image may contain: outdoor
Pintu gerbang Kuala Tahan
Image may contain: text
Kami menginap di sini – Han Rainforest Resort

Image may contain: tree, plant, sky, grass, outdoor and nature
Terdapat 3 blok di Han Rainforest Resort ini. Kami menginap di Blok B
Image may contain: outdoor
Balkoni di setiap bilik. Boleh duduk sambil menikmati angin pagi dan petang Taman Negara Pahang
Image may contain: indoor
Inilah bilik kami selama 3H2M di sini. Seorang satu bilik tau

Apa aktiviti kami di sini? Bercuti sambil mengikuti Program ‘The Door To Eco Education Awareness’

Bercuti ke Taman Negara sambil mengikuti program anjuran Han Rainforest Resort iaitu The Door To Eco Education Awareness. The Door To Eco Education Awareness adalah program yang menekankan penglibatan para pengunjung supaya lebih mesra dengan masyarakat sekeliling dan alam sekitar. Apa yang penting adalah untuk mendidik sambil bercuti dalam menjaga alam sekitar dan terus mengaplikasikannya di dalam kehidupan pada masa akan datang.

Jika sebelum ini mungkin majoriti rakyat negara ini hanya mengetahui Taman Negara Pahang melalui kemegahan Gunung Tahan. Kini siapa sangka Taman Negara Pahang merupakan hutan hujan tertua di dunia dan dianggarkan berusia lebih 130 juta tahun mampu menjadi salah satu tarikan pe­lancong yang gemarkan keindahan semula jadi. Kepelbagaian alam semula jadinya menjadikannya sebuah ekosistem paling kompleks dan terkaya di dunia. Kekayaan flora dan fauna menjadi nadi utama tarikan pelancong ke Taman Negara Pahang.

Masalah alam sekitar kini boleh dianggap semakin menjadi dan wajar diberi perhatian memandangkan masyarakat kita tidak begitu mengambil berat mengenai penjagaan dan pemuliharaan yang sepatutnya. Justeru sasaran pendidikan dan kesedaran perlu ditujukan kepada golongan muda kerana mereka masih boleh dibentuk dan diberi bimbingan mengenai pentingnya penjagaan alam sekitar. Menerusi program The Door To Eco Education Awareness ini merupakan satu peluang yang disediakan kepada generasi muda untuk merasai pengalaman berada di dalam hutan untuk tempoh-tempoh tertentu. Kaedah pembelajaran di luar lebih berkesan bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu perkara, sekali gus membolehkan amalan penjagaan alam sekitar dan hutan dapat diamalkan dalam kehidupan.

Dengan bantuan daripada Encik Bakar selaku Pengurus Besar Han Rainforest Resort, beliau telah membawa Mamable dan rakan media yang lain mengeksplor Taman Negara.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, outdoor, nature and water
Taman Negara Pahang lokasi yang sesuai untuk aktiviti yoga. Terasa suasana nyaman dan kehijauan alam sekitar dekat dengan kita

Klik link video di bawah : Aktiviti Mamable sepanjang berada di Taman Negara Pahang.

Image may contain: sky, tree, cloud, plant, outdoor and nature
Suasana senja di Taman Negara Pahang
Image may contain: one or more people, sky, outdoor, water and nature
Pertembungan dua kuala iaitu Kuala Tembeling dan Kuala Tahan

Rapid Shooting dan Menjala Ikan

Image may contain: one or more people, outdoor, nature and water
Aktiviti Rapid Shooting dan menjala ikan di Sungai Kuala Tahan
Image may contain: Wan H Burn, outdoor, nature and water
Rapid Shooting

Melawat Kampung Orang Asli Batek di Kampung Dedari

Image may contain: one or more people, sky, mountain, outdoor and nature
Lawatan ke Kampung Orang Asli Kaum Batek di Kampung Dedari yang terletak di tepi Sungai Kuala Tahan
Image may contain: tree, sky, outdoor and nature
Kehidupan orang asli Kaum Batek 
Image may contain: tree and outdoor
Kampung mereka juga disediakan kemudahan tandas dan mereka juga maju seperti kita. Mereka diajar cara menjaga kebersihan dan menjaga alam sekitar
Image may contain: outdoor and nature
Anak-anak lelaki diajar cara bina rumah dan cara membuat sumpit supaya senang nanti dijadikan calon suami
Image may contain: 1 person, outdoor
Mereka faham dan fasih berbahasa Melayu Baku dan mereka juga pemalu orangnya

Image may contain: 2 people, people standing, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, standing, child and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, tree, child, outdoor and nature
Kebetulan sebenarnya. Wendy Pua memandang ke arah kameranya, manakala Mamable berswafoto memandang belakang
Image may contain: shoes and outdoor
Belajar dan melihat cara mereka menghidupkan api

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor
Mereka mahir membuat sumpit

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

Image may contain: 1 person, outdoor
Gambar oleh Racheal Loh – http://www.foodilifecious.com. Belajar menyumpit dari Orang Asli Kaum Batek
Image may contain: 5 people, including Rosmawati Aboo Hassan and Azmi Rasa, people smiling, swimming, outdoor, water and nature
Kami sungai. Best dan sangat puashati. Rugi kalau datang Taman Negara tapi tak mandi sungai

Sungai Nadi Utama Penduduk 

Image may contain: sky, outdoor, nature and water

Image may contain: 1 person, outdoor, water and nature

Image may contain: mountain, sky, outdoor, nature and water

Pokok Tualang

Image may contain: tree, outdoor, nature and water

Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature
Melihat sendiri pokok yang tertua kedua di dunia yang berusia 500 tahun – Pokok Tualang

Image may contain: one or more people, people sitting, tree and outdoor

Image may contain: one or more people, people standing, outdoor and nature
Terasa sungguh kerdil diri ini bla berada di samping Pokok Tualang

Image may contain: 1 person, tree, outdoor and nature

Pondok Cegar Anjing

Image may contain: one or more people and indoor
Mamable bersama rakan media di Pondok Cegar Anjing – pondok ini digunakan para pengunjung untuk melihat haiwan liar seperti gajah, rusa pada waktu malam

Santuari Kelah

Image may contain: tree, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: plant, outdoor, nature and water

Image may contain: outdoor
Ikan Kelah di sini besar dan jinak

Suasana Taman Negara Pahang

Image may contain: sky, mountain, cloud, outdoor, nature and water

Image may contain: tree, sky, cloud, outdoor and nature

Image may contain: tree, sky, plant, cloud, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: tree, plant, outdoor and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

Image may contain: tree, sky, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: tree, plant, outdoor, nature and water

Image may contain: plant, outdoor, water and nature

Image may contain: plant, tree, outdoor, nature and water

Image may contain: outdoor, water and nature

Gerai Makanan Mak Da merupakan pilihan kami

No automatic alt text available.

Image may contain: food
Tak sah kalau tak makan masak Ikan Patin Tempoyak

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Han Rainforest Resort – Resort terbesar di Taman Negara Pahang

Lokasinya yang strategik dan terletak berdekatan dengan sungai dan hutan namun yang pasti kemudahan dan servis yang ditawarkan oleh Han Rainforest Resort ini menjanjikan keselesaan yang sama seperti resort di bandar besar atau kawasan peranginan tanah tinggi di negara ini. Dengan kapisiti lebih 130 bilik di 3 blok bangunannya, Han Rainforest Resort adalah antara resort terbesar di Taman Negara.

Selain menyediakan penginapan, Han Rainforest Resort juga menyediakan pakej pengangkutan bagi mereka yang mahu ke Taman Negara dari Kuala Lumpur terus ke Resort berkenaan. Pengunjung juga mempunyai pilihan sama ada mahu memasuki Taman Negara melalui sungai atau terus ke resort dengan menggunakan jalan darat.

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting, table and indoor
Lobi resort
Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, shoes and outdoor
Dipping pool yang terletak di Blok A. Terdapat pula buaian yang digantung diantara dua batang pokok kelapa. Sememangnya kreatif dan menggunakan bahan kitar semula
Image may contain: bicycle and outdoor
Disediakan juga basikal bagi mereka yang sukakan cabaran
Image may contain: tree, plant, sky, outdoor and nature
Laluan jambatan ke Bistro
Image may contain: plant, tree, bridge, outdoor and nature
Ini juga merupakan laluan kanopi ke Bistro

Persekitaran Han Rainforest Resort

Image may contain: plant, tree, sky and outdoor

Image may contain: plant, tree, sky, outdoor and nature

Image may contain: plant, flower, nature and outdoor

Image may contain: plant, flower, nature and outdoor

Bilik Premier – ‘with/without adjoining room’

  • Terdapat 98 buah bilik dan termasuk dengan sarapan.
  • Jenis bilik – standard, superior, deluxe queen, deluxe king, superior triple dan deluxe triple.
  • Harga bilik yang berpatutan – bermula dengan harga RM180.00 hingga RM350.00 semalam.

Bilik Suite

Image may contain: bedroom and indoor
Bilik Suite. Selalunya bilik ini dijadikan bilik penginapan untuk para VIP

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Bilik Bajet

  • Terdapat 32 buah bilik bajet dan tiada sarapan disediakan.
  • Kemudahan bilik air yang terletak di luar.
  • Harga yang berpatutan – bermula dari RM25.00 hingga ke RM130.00 semalam.

Image may contain: indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: shoes and indoor

Image may contain: indoor
Kemudahan tandas yang sentiasa bersih – berada di luar bilik bajet

Image may contain: indoor

Info Han Rainforest Resort :

Alamat : Taman Negara, Kuala Tahan, 27000 Jerantut, Pahang

Hubungi :  09-266 7888 / 09-2667241 / 012-6478290 / 012-6838208 / 012-9882022

Email : contact@malaysia-tourism.com / enquiry@taman-negara.com

Laman web : http://www.han-rainforestresort.com

Facebook : https://www.facebook.com/hanrainforestresort/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s