7 Tempat Makan Yang Patut Anda Cuba Di Perlis


I am what I am…….

Tercari-cari tempat makan best di Perlis? Takkan mangga dan seafood saja yang menarik di Perlis ni…..tidak sama sekali. Kali ini, Mamable ingin membawa anda ke tempat makan best yang anda boleh kunjungi di Perlis, so jangan pandang Perlis sebelah mata tau. Jom baca!

BOSSKU HOUSE

Nak makan makanan ala barat di Perlis? Mai sini Mamable nak habaq! Di Bossku House bukan sahaja menyajikan masakan western malah ada masakan Italy, Asean dan Melayu. Lokasinya yang berdekatan dengan Hotel Regency, Kangar memudahkan para penggemar masakan western malah pelancong untuk datang ke sini. Menu pagi, tengahari dan makan malam ada disediakan. Waktu operasi adalah dari seawal jam 7 pagi hingga 12 malam. Dengan slogannya “The Best Western Food In Town”.

This slideshow requires JavaScript.

Alamat : Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar.

Hubungi : 017-4844950

Facebook : https://www.facebook.com/bosskuhousekangar/

PELO KITCHEN YIBIN FOOD & BEVERAGES

Segalanya adalah homemade oleh Chef Kenneth. Pelo Kitchen ini menyajikan sajian fusion halal dan baru sahaja beroperasi. Fusion adalah sajian barat yang diberi olahan semula ikut selera Asia dan juga Melayu. Kebanyakan hidangan Chef Kenneth dibuat sedikit pedas bagi disesuaikan dengan selera masyarakat tempatan. Selain makanan berkonsepkan ‘fusion’ yang menonjolkan keaslian rasa tersendiri, cara setiap hidangan disajikan di Pelo Kitchen pasti meninggalkan kesan pada setiap pelanggan. Pelo Kitchen ini beroperasi setiap hari bermula 12 tengahari sehingga 10 malam.

This slideshow requires JavaScript.

Alamat : 315,Tingkat Bawah ,Jalan Kangar-Alor Setar,Taman Pengkalan Asam,01000 Kangar Perlis.

Hubungi : 012-5534667

Facebook : https://www.facebook.com/Pelo-kitchen-yibin-food-and-beverages-2133391156929127/

BIG TAS’TEA ARAU

Korang mesti pernah dengar drive-thru McD kan….tapi kalau drive-thru Big Tas’Tea, pernah tak? Kalau nak tau, drive-thru ni yang pertama di Perlis yer. Tapi yang ni special sikit sebab ia adalah kedai makan tempatan. Tak dinafikan mungkin tidaklah sepantas dan secanggih restoran fast-food tapi inovasi daripada anak tempatan yang menjadi bualan rakyat Perlis terutamanya, memang patut kita puji.

Terdapat lebih dari 20 jenis pilihan minuman dan makanan di sini. Untuk menu minuman ada Horlicks Series, Signature series, Juice Series, Topping Series, Ice Blended Series, Soda Series dan Coffee Series. Menu makanan pula ada Tast Pizza, Machicken MealSetfast dan Western Set. Haaaa…..ada dessert juga yer antaranya Oreo Crunchy Ice Cream, Hawaiian Coconut Ice Cream, Vanilla Caramel, Choc Ice Cream dan Dark Choc Ice Cream.

Lokasinya Bumbung Lima, Batas Liku Arau Perlis. Kalau dari Kangar, lepas turun flyover nak ke Arau tu, selepas traffic light rapat sebelah kiri.Kalau dari Arau, kena buat u-turn kat traffic light Batas Liku dan rapat kiri selepas buat pusingan u-turn. Dibuka setiap hari bermula pada pukul 11.40 pagi hingga 10.00 malam.

Hubungi : 012-9455433

Facebook : https://www.facebook.com/bigtasteaarau/

This slideshow requires JavaScript.

THE HOUZE CAFE

Rasa-rasanya The Houze Cafe ini merupakan cafe butik dan hipster. Sebab masa makan tengahari banyak budak-budak sekolah datang makan di sini. Menu yang disediakan pun ada style K-Pop tau seperti Aiskrim Bingsu…haaa terbaik. Kebanyakkan menu di sini boleh Mamable katakan menu fusion.

This slideshow requires JavaScript.

Alamat : Lot 1632 Jalan Abi Tok Hashim, 01000 Kangar

Hubungi : 013-533 1859

Facebook : https://www.facebook.com/TheHouzeCafe/

WAFFLES BAR

Ingin rasa sesuatu yang lain tapi sedap, cubalah Waffles Bar ni. Nak katakan burger bukan burger. Selalunya kita makan waffle dengan kaya, mentega atau peanut butter kan tapi yang ini makan dengan keju, ayam. Tak percaya tengok gambar kat bawah ni.

This slideshow requires JavaScript.

Hubungi : 012-5264672

Facebook : https://www.facebook.com/WafflesBarOfficial/

SAMUDERA BISTRO

Pernahkah anda mencuba Nasi Ayam Brasmana? Atau Cucur Udang…..sedap dan terbaik! Samudera Bistro dibuka setiap hari. Nak tau kat mana Samudera Bistro ni, cuma dalam Hotel Putra Brasmana saja. Merupakan salah satu outlet F&B hotel ini.

Alamat : Jalan Kg. Perak, 02000 Kuala Perlis

Facebook : https://www.facebook.com/PBHKualaPerlis/

This slideshow requires JavaScript.

AL-DIEYORK FOOD TRUCK

Food truck kat Kangar, Perlis…hurmmm sama ajer food truck yang ada di Kuala Lumpur cuma yang bezanya ianya di Perlis hahahahaha. Apa ada di sini? Kalau tengok mesti korang terkejut sebab saiznya yang besar-besar. Tapi yang penting korang puashati.

This slideshow requires JavaScript.

Lokasi : Dataran 350, Dato Syeh Ahmad, Kangar Perlis

Hubungi : 017-9040515

Facebook : https://www.facebook.com/Roti-John-KingKong-131044294329544/

 

 

 

Advertisements

One thought on “7 Tempat Makan Yang Patut Anda Cuba Di Perlis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s