I am what I am…..
Genting Highland, 11 November 2017 – Eksplorasi Mamable pada hari ini ialah “The Adventures of the Monkey King and the Golden-Hooped Rod”, “Tour the World with Snoopy” and “Justice League DC Cosplay Gathering” di Resorts World Genting.
Bagai bulan jatuh ke riba apabila Mamable sekali lagi dijemput oleh Cik Irene Chua (Penolong Pengurus Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG) dan Encik Jay-Ang Tan ( Eksekutif Bahagian Perhubungan Awam dan Komunikasi RWG).

Menikmati Menu Terbaru Di Motorino Pizza, SkyAvenue
Sebelum memulakan eksplorasi yang penuh ‘adventure’ ini, Mamable menikmati 3 menu terbaru di Motorino Pizza, SkyAvenue Resorts World Genting.
Tiga menu tersebut ialah:
– Egg, Bacon & Chilli
– Lamb Sausage Calzone
– Fried Calamari
Egg, Bacon & Chilli – Mozzarella / Pecorino / Egg / Beef Bacon / Basil / Olive Oil
Lamb Sausage Calzone – Eggplant / Lamb Sausage / Mozzarella / Oregano / Garlic / Olive Oil
Fried Calamari – Calamari / Basil / Lemon / Chilli / Parsley
http://www.motorinopizza.com https://www.facebook.com/motorinomalaysia/ https://www.instagram.com/motorinomalaysia/
Jelajah Dunia Pertama Mamable Bersama Snoopy & The Peanuts Gang

Siapa yang tidak teruja apabila Snoopy kini berada di SkyAvenue, Resorts World Genting. Bagi mereka yang membesar dengan karakter animasi Charlie Brown dan anjingnya, Snoopy pasti tahu akan keletah dua sahabat ini yang melucukan.
Jika anda sukakan Snoopy dan The Peanuts Gang, Resorts World Genting telah menawarkan peluang untuk bertemu mereka secara lebih dekat menjelang cuti sekolah ini. Jadilah yang pertama menyaksikan Jelajah Dunia Pertama bersama Snoopy dari 52 buah negara pada 1 November hingga 1 Januari 2018 termasuk perarakan dan pelbagai aktiviti menarik serta patung belon Snoopy setinggi 6 meter di SkyAvenue.
Perarakan ini bakal menggegarkan puncak Resorts World Genting pada 25 November 2017 setiap hari di SkyAvenue dan Genting Grand.
Para pengunjung juga boleh bergambar dan berswafoto bersama patung Snoopy yang yang memperagakan kostum mengikut beberapa negara dan ia di pamerkan di SkyAvenue aras 3 dan First World Rainforest. Bakal memberi impak yang tak dijangka iaitu patung belon Snoopy setinggi enam meter akan dipamerkan di SkyAvenue, Aras 1.
Paling ketara semasa eksplorasi Mamable bersama Snoopy ini adalah nilai-nilai kemesraan, keterujaan, persahabatan dan kesetiaan di antara Snoopy dan para pengunjung terutamanya kanak-kanak. Ia seperti sebuah kisah di antara dua orang sahabat yang mempunyai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Snoopy…….Biarpun ia hanya sebuah filem animasi, namun mesej-mesej positif yang dipaparkan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada penonton.
Kepada pemegang kad Genting Rewards (Ahli) boleh memiliki barangan eksklusif dan edisi terhad Snoopy dengan menembus Genting Points untuk memiliki edisi terhad Snoopy lanyard, membeli belah sebanyak RM400 ke atas di SkyAvenue akan memiliki buku nota Snoopy dan membeli belah sebanyak RM600 ke atas pula akan memiliki tote beg Snoopy.
Kepada pemegang kad Genting Rewards (Ahli) boleh memiliki barangan eksklusif dan edisi terhad Snoopy dengan menembus Genting Points untuk memiliki edisi terhad Snoopy lanyard, membeli belah sebanyak RM400 ke atas di SkyAvenue akan memiliki buku nota Snoopy dan membeli belah sebanyak RM600 ke atas pula akan memiliki tote beg Snoopy.


Aktiviti & Jadual – Perarakan Oleh Snoopy, Charlie Brown, Santa Claus – Meet And Greet
Perarakan bermula pada 25 November 2017.
Jadual* | Lokasi* |
---|---|
11.00 pagi – 11.30pagi | SkyAvenue Aras 1 |
1.00 tengahari – 1.30 tengahari | SkyAvenue Aras 3 |
3.00 petang – 3.30 petang | SkyAvenue Aras 1 |
6.00 petang – 6.30 petang | SkyAvenue Aras 3 |
8.00 malam – 8.30 malam | SkyAvenue Aras 1 |
*perubahan subjek
Aktiviti Snoopy & The Peanuts Gang – https://www.rwgenting.com/entertainment/shows/
Eksplorasi Mamable Bersama Adiwira Justice League

Wah!!!! kali ini Mamable berada di kalangan adiwira Justice League di Resorts World Genting. Terasa kebangkitan kembali Superman, Batman, Wonder Woman, Cyborg dan Aquaman.
Berswafoto bersama watak-watak Justice League di Aras 3, SkyAvenue bermula 10 hingga 26 November 2017.
Terdapat pelbagai aktiviti diadakan antaranya:
1. Justice League Cosplay Gathering
Para pengunjung boleh menggayakan kostum mengikut watak pilihan yang digemari. Bermula pada : 10 November hingga 12 November 2017 (Jumaat – Ahad) 17 November hingga 19 November 2017 (Jumaat – Ahad) 24 November hingga 26 November 2017 (Jumaat – Ahad)
2. Justice League Merchandise
Sambil berswafoto bersama adiwira, terdapat juga pelbagai barangan eksklusif Justice League yang terkini dan anda bolehlah memilikinya sebagai satu momento anda di SkyAvenue, Genting.
3. Tayangan Premier Filem Justice League
Pada 16 hingga 26 November 2017, Resorts World Genting akan menayangkan filem Justice League di PictureHouse Cinema di Aras 1, SkyAvenue.
Filem Justice League :
Watak Superman (Henry Cavill) setelah kematiannya ditangan Doomsday membuat Batman (Ben Affleck) mencari method baru dan mulai mengumpulkan team superhero untuk melindungi bumi dari berbagai macam ancaman. Bersama-sama dengan Wonder Woman (Gal Gadot), Cyborg (Ray Fisher), The Flash (Ezra Miller) dan Aquaman (Jason Momoa).
Mereka harus berhadapan dengan Steppenwolf (Ciarán Hinds) anak buah kepercayaan dari penguasa alien Darkseid. Steppenwolf diperintah Darkseid untuk menemukan 3 artifak yang tersembunyi di bumi.

Untuk info lebih lanjut, sila klik https://rwg.genting/JusticeLeague
Eksplorasi Mamable Bersama Hikayat Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti
Antara mitos dan realiti, sekali lagi Resorts World Genting menganjurkan pertunjukan teater akrobatik yang menakjubkan dengan penggunaan kesan khas gabungan teknologi 3D bermula 11 November hingga 1 Januari 2018.
Pernah dengar kisah Raja Monyet? Dia merupakan watak utama dalam novel Xi You Ji (Journey to the West) yang terkenal dengan nama Sun Wu Kong. Novel ini diadaptasikan kepada filem dan banyak kali ditayangkan di kaca televisyen.
Persembahan berdurasi selama 65 minit ini bakal dipertontonkan di Genting International Showroom dan dijadualkan berlangsung setiap hari pada pukul 9 malam dengan pertunjukan tambahan pada pukul 4 dan 5 petang serta 8 malam pada tarikh-tarikh yang terpilih.
Pertunjukan teater ini bakal membawa para penonton mengimbau kembali keindahan seni persembahan akrobatik dan kebudayaan seni teater melalui pertarungan di antara Raja Monyet dengan Raja Iblis Kerbau (Chi You) yang berebutkan Tongkat Emas Sakti. Ia juga menjadi saksi pertembungan antara dua sifat semulajadi iaitu sifat baik dan jahat.
Encik Kevin Tann, Naib Presiden Promosi & Hiburan Resorts World Genting berkata, ‘Setiap tahun, pihaknya ingin membawa satu pembaharuan, berbeza dan unik apabila tiba musim cuti persekolahan buat para pengunjung yang berkunjung ke Resorts World Genting ini’.
Untuk tahun 2017 ini, Resorts World Genting dengan bangganya membawa Kumpulan Akrobatik Nanjing dengan persembahan teater 3D iaitu Pengembaraan Raja Monyet : Tongkat Emas Sakti.
Kumpulan Akrobatik Nanjing terdiri daripada mereka yang profesional dan telah menyertai banyak pertunjukan besar di pelbagai negara. Mereka pada awalnya merancang untuk mengadakan pertunjukan di China sebelum beraksi di peringkat antarabangsa, namun selepas melihat persembahan mereka, pihak RWG telah berjaya memujuk kumpulan ini untuk membuat persembahan di sini dan percayalah, bahawa persembahan mereka sememangnya luar biasa,” tambah Kevin Tann.
Harga tiket untuk pertunjukan ini adalah berharga RM176 (VIP), RM136 (PS1) dan RM96 (PS2). Ahli Kad Ganjaran Genting (GRC) akan menikmati diskaun sebanyak 10%.
Untuk info mengenai tiket sila klik http://www.rwgenting.com dan info mengenai pertunjukan sila klik https://www.rwgenting.com/entertainment/shows/Monkey-King/
Pengenalan Ringkas : Kumpulan Akrobatik Nanjing
Kumpulan Akrobatik Nanjing terdiri daripada ahli-ahli Seni Persembahan Akrobatik Kebangsaan.
Penolong Pengurus Besar Kumpulan Akrobatik Nanjing iaitu Encik An Nan memberikan pengenalan ringkas mengenai syarikat, kumpulan dan pertunjukannya. Dia berkata, ‘Kumpulan Akrobatik Nanjing telah ditubuhkan pada tahun 1957, dan wujud selama 60 tahun’.
Ia bukan perkara mudah untuk melatih bakat-bakat baru dalam bidang ini. Berbekalkan usaha, kerja keras dan berkat ketabahan, mereka telah menjelajah di kebanyakan tempat di China. Mereka juga telah mengembara ke lebih 40 buah negara termasuk Amerika Syarikat, UK, Perancis, Itali dan Rusia.
Kumpulan ini telah memenangi pelbagai anugerah daripada pertandingan akrobatik dan juga diberi penghormatan tertinggi di beberapa festival termasuk hadiah ‘Président de la République di Festival Mondial du Cirque de Demain (Worldwide Festival of the Circus of Tomorrow).’
Wish this was written in English. Nevertheless you guys seems to be having great fun and the food look awesome!
LikeLiked by 1 person
I wish too…but my english is not so good. Hope the pictures can tell…
LikeLike
walao.. got monkey king, got good food.. you win ! 😀
LikeLiked by 1 person
Hahaha..all in one package
LikeLike
Monkey King show looks so interesting. Snoopy is so cute. Can’t wait to see and enjoy there.
LikeLiked by 1 person
All cute…mostly Monkey king
LikeLike
Wow! This is like a Dayre post but I love it! Very detailed, u definitely had lots of fun! Awesome!
LikeLiked by 1 person
I love to share it with all my viewers.
LikeLike
comel betul snoopy tu, geram rasa nak bawak balik. huhu
LikeLiked by 1 person
Haha nanti irene kejar u sampai rumah
LikeLike
Wow! You guys seem had a lot of fun on that day! Must be excited and tired at the same time right?
LikeLiked by 1 person
Yup memang penat. Last2 kami tidur masa nak balik
LikeLike
what an exciting day… there are always so much fun things happening in Resorts World and this is no different…
LikeLiked by 1 person
Setiap kali ke genting mesti ada benda baru untuk kita eksplor
LikeLike
Setiap kali ke genting mesti ada benda baru untuk kita eksplor dan rasainya. Lagi2 musim sekolah bakal tiba..
LikeLike
There’s always so many interesting adventures at Resorts World Genting. I also caught the Justice League premier at RWG. The Snoopy tour is so cute. I can’t wait to be on the mountains again!
LikeLiked by 1 person
RWG always ada something untuk dipromosikan.
LikeLike
seronoknya dapat enjoy all this in one day. I love all the snoopy there.
LikeLiked by 1 person
all in 1 day….penat but it exciting. Ada Snoopy, Justice League, Monkey King dan makan pizza di Motorino Pizza
LikeLike
Dah rasa sotong goreng masa datang sini haritu. Memang sedap, tak sama rasa dia dengan yang selalu kita makan tu. Ada rasa macam campur dengan kentang pun ada gak.
LikeLiked by 1 person
eee! best nyer.. jelesla! lama x pegi genting… shud go soon! hehe
LikeLiked by 1 person
Dah cuti sekolah ni, masa yang sesuai untuk ambil udara sejuk kat atas nun.
LikeLike
Saya sangat ketinggalan. Tak menyampai lagi ke atas sana apatah lagi nak enjoy semua entertainment tu. Bestnya dapat tgk teater
LikeLiked by 1 person
You tak pernah ketinggalan beb. Cuma u tak berkesempatan saja. Nanti ada masa pergilah…
LikeLike
So many happening things can do at Genting, thanks for sharing these 🙂
LikeLiked by 1 person