Agro Tourism Talkshow Bersama Maria Tunku Sabri Anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) Di MITA Travel Fair 2018


I am what I am……

Agro pelancongan kian mendapat tempat di dalam hati pelancong dari dalam dan luar negara. Ia merupakan satu konsep pelancongan yang berkembang pesat di Malaysia, menawarkan para pelancong pelbagai aktiviti luar bandar seperti lawatan ke dusun buah-buah dan ladang ternakan, penyelidikan, rekreasi dan riadah. Pelancong juga berpeluang untuk tinggal di chalet atau inap desa dan melakukan aktiviti-aktiviti harian masyarakat luar bandar.

Pada 19.01.2018 yang lepas Mamable telah menghadiri satu talkshow agro pelancongan yang bertajuk Potensi dan Cabaran di MITEC Kuala Lumpur. Ia diadakan bersempena MITA Travel Fair 2018 dan dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Talkshow ini telah dihoskan oleh selebriti pengacara terkenal TV3 iaitu Maria Tunku Sabri.

Membariskan para panel yang dihormati seperti :

  • Y.Bhg Dato’ Musa Hj. Yusof (Pengarah Tourism Malaysia)
  • Y.Bhg Dato’ Sahariman Bin Hamdan (Pengerusi Homestay Malaysia)
  • Encik Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia)
  • Puan Norafizah Rahman (COO Mardi Maeps Serdang)
  • Prof. Madya Dr. Faridah Qamaruz Zaman (Timbalan Pengarah Edu Tourism – UPM Serdang)
  • Encii Abdul Kharim Abdul Hamid (Pensyarah Jabatan Hospitaliti & Pelancongan PIS)
  • Cik Goh Xin Ning (UK Farm Sdn Bhd)
  • Encik Mohd Effendy Yusof (Johor Nature Tourist Guide)
Image may contain: 1 person, standing
Hos Agro Tourism Talkshow – Maria Tunku Sabri
Image may contain: 10 people, people smiling, people standing
Gambar dari kiri : Encik Mohd Effendy Yusof (Johor Nature Tourist Guide) – Encik Aminuddin (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) – Encik Abdul Kharim Abdul Hamid (Pensyarah Jabatan Hospitaliti  & Pelancongan PIS) – Encik Uzaidi Udanis (Presiden Majlis Pelancongan Malaysia) – Maria Tunku Sabri (Hos Agro Tourism Talkshow) – Dato’ Musa Hj. Yusof (Pengarah Tourism Malaysia) – Prof Madya Dr. Faridah Qamaruz Zaman (Timbalan Pengarah Edu Tourism UPM Serdang) – Cik Goh Xin Ning (UK Farm Sdn Bhd) dan Dato’ Sahariman Hamdan (Pengerusi Homestay Malaysia)
Image may contain: 8 people, people smiling, people standing
Kredit gambar kepada Marcus Osmand

Mendiskusikan beberapa objektif program seperti :

  • mengenal pasti cabaran dalam sektor pelancongan agro
  • mencetuskan idea dan halatuju dalam sektor pelancongan agro
  • membina jaringan dan rantaian
  • mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan agro domestik

Produk-produk agropelancongan pula terdiri daripada:-

  • Agropelancongan yang berasaskan warisan agro/ berasaskan ladang atau kilang seperti ladang warisan, taman botani, ladang ternakan, lawatan / aktiviti ladang dan pemprosesan agro

  • Agropelancongan yang berasaskan perdagangan dan pertanian seperti hasil kraftangan dan pengeksploitan kebermusinan hasil

  • Agropelancongan berasaskan kulinari seperti masakan tradisional negeri /etnik

  • Agropelancongan berasaskan kesihatan dan kesejahteraan seperti spa, rawatan alternatif yang mungkin terdiri daripada spa ikan, bekam lintah dan sebagainya

Di dalam talkshow tersebut Dato’ Musa Hj. Yusof berkata, wa­laupun sub sektor pelanco­ngan itu sudah lama wujud di negara ini, potensinya masih tidak dikomersial dan dipopularkan sepenuhnya dan de­ngan cara tersusun. Salah satu trend yang sedang berkembang pada masa kini adalah minat orang ramai yang gemar keluar daripada kesibukan kota untuk menikmati alam semulajadi sambil melakukan aktiviti-aktiviti menarik yang jarang dicuba sebelum ini. Secara umumnya saya lihat sektor ini mempunyai potensi yang tinggi dan boleh mendatangkan kesan pengganda (multiplier effect) kepada rantaian produk agro negara,’’ katanya.

Dalam pada itu Dato’ Musa berkata, kementeriannya turut bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dalam usaha menyokong dan membantu usahawan yang berminat membangunkan industri agro pelancongan. Usaha itu termasuk proses mengenal pasti dan memberi khid­mat nasihat kepada golo­ngan pengusaha yang mempunyai minat untuk mengembangkan perniagaan agro pelancongan mereka.

Suasana Sekitar Agro Tourism Talkshow

Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, on stage, standing and text

Image may contain: 7 people, people sitting and crowd
Kredit gambar kepada Marcus Osmand

Image may contain: 19 people, people smiling, people standing

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
Penyanyi Sharifah Zarina yang popular dengan lagi Langit Ke 7 turut hadir dalam talkshow tersebut.

Kami Disajikan Dengan Hidangan Set Nasi Bendang Dan Galore Seafood Oleh MAEPS Serdang

Seperti makan di tepi sawah padi dengan hidangan Nasi Bendang. Teringin nak mencuba Nasi Bendang ini bolehlah ke Maeps Serdang dan rasailah sendiri. Sajian nasi putih bersama ikan masin; ulam-ulaman dan lauk pauk kampung yang sedap seperti makan dari air tangan ibu.

Image may contain: indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, table and indoor
Bersama Maria Tunku Sabri dan Puan Norafizah Rahman Maeps Serdang

Image may contain: 2 people, people eating, people sitting, drink, table, food and indoor

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting
Bersama rakan-rakan media

Image may contain: food

Image may contain: food

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Kiensara Kitchen yang menyajikan Galore Seafood bagi mereka yang mencintai makanan laut ala-ala shell  out di MITEC Kuala Lumpur lepas. Mamable sebenarnya dah lama mengidam nak makan shell out ini. Langkah kananlah nampaknya sambil-sambil bolehlah review sekali.

Mamable suka dengan sosnya yang pekat dan makanan lautnya yang segar. Habis hingga menjilat jari.

Image may contain: 1 person

Image may contain: text

Image may contain: food

Info Kiensara Kitchen :

15, Jalan Jernang Jaya 1, Kampung Teras Jernang, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Hubungi : 013-245 6880

Facebook : https://www.facebook.com/seafoodlambakrm15

Suasana Di Mita Travel Fair 2018

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 4 people, indoor

Image may contain: 3 people, people smiling

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, people smiling, people sitting

Image may contain: one or more people and people sitting
Melukis batik
Image may contain: 2 people
Minuman jus buah-buahan – Juicelicious

MITA Travel Fair 2018 merupakan program tahunan selama tiga hari bermula 19 hingga 21 Januari 2018 itu mengetengahkan le­bih 1,000 gerai pameran pakej pelanco­ngan serta produk-produk makanan tempatan.

Program ini juga dilihat sebagai usaha mempromosikan IKS yang mengeluarkan produk tempatan sehingga dapat dikomersialkan sebagai produk global bagi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

 

Leave a comment