Tempat-Tempat Menarik Di Perlis Yang Wajib Anda Lawati


I am what I am…….

‘Perlis is so Small’…… yes it is true tetapi ia mempunyai pelbagai tarikan menarik yang mesti diterokai. Hanya mengambil masa kira-kira lima jam dari Kuala Lumpur ke Perlis, perjalanan yang jauh itu seperti tidak terasa dengan keselesaan pemanduan kereta tajaan Perodua Myvi GearUp.

Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan kehijauan alam semula jadi yang cukup mengasyikkan. Oleh itu, bagi anda yang ingin bercuti di Perlis, Mamable kongsikan beberapa tempat menarik yang wajib anda kunjungi.

Sebelum memulakan penerokaan anda, Mamable nasihatkan agar dapatkan bantuan daripada team Perlis Nature & Wildlife (PNW). Kerana dengan merekalah dalam masa 5 hari Mamable berjaya menakluk Perlis.

Tempat Menarik Di Perlis Yang Wajib Anda Lawati

Gua Kelam No. 2 – Jangan terkejut kalau Mamable katakan ada Gua Kelam 2. Ia merupakan lokasi melombong bijih timah yang kedua tertua di dunia selepas Brazil. Aktiviti perlombongan di Gua Kelam ini bermula dari tahun 1930-an dan berakhir pada 1970-an kerana kekurangan hasil bijih timah yang dilombong. Mungkin masih ramai pengunjung luar belum tahu yang sebenarnya terdapat Gua Kelam yang ke 2. Sebenarnya posisi gua tersebut tidak jauh dari Gua Kelam 1. Merupakan gua batu kapur yang terletak di Banjaran Nakawan di kawasan Kaki Bukit, kira-kira 33km dari Kangar, Perlis.

This slideshow requires JavaScript.

Taman Negeri Perlis – Keunikan Taman Negeri Perlis bukan hanya pada flora dan fauna yang endemik iaitu pokok Bogak (Cycas clivicola) sejenis tumbuhan zaman purba dan Beruk kentoi (Macaca arctoides) yang masih boleh ditemui di kawasan Taman Negeri Perlis, tetapi termasuk formasi geologi kawasan itu sendiri. Sebahagian besar bukit-bukit batu kapur yang terdapat di sepanjang Banjaran Nakawan adalah terdiri daripada Formasi Setul yang tertua di Malaysia dan dianggarkan berusia lebih 500 juta tahun.

This slideshow requires JavaScript.

Kaki Bukit – Pemandangan negeri Perlis dan sempadan Malaysia-Thailand menjadi tarikan utama di sini. Melihat Wang Kelian, Taman Negeri Perlis, Tasik Timah Tesoh dari Kaki Bukit ini membuatkan diri ini begitu kerdil bila berhadapan dengan semua ini.

This slideshow requires JavaScript.

Kampung Kaki Bukit – Pernah dengar or melihat pokok durian yang berusia 120 tahun ini. Pokok ini hanya satu-satunya di Perlis dan Malaysia. Apa yang lebih istimewa, pekan ini terdapat seorang peniaga yang menjual buah durian kampung asli dari pokok berusia 120 tahun yang ditanam oleh moyangnya di kawasan tersebut. Tham Ngui Long atau dipanggil Along berkata, pokok berusia 120 tahun yang tingginya kira-kira 25 meter itu mampu menghasilkan lebih 1,000 biji durian setiap musim.

This slideshow requires JavaScript.

Bukit Chabang – Bukit Cabang…haaaaa jangan pikir ‘blue’ yer…satu tarikan yang korang kena lihat ketika melawat Perlis. Terletak di Jalan Kaki Bukit-Padang Besar, Beseri. Bukit setinggi 390m ini dikategorikan sebagai antara bukit yang tough kerana laluan pendakian yang dapat dikatakan 90% berbatu dan mencanak lebih 70⁰. Pendakian yang tidak terlalu jauh untuk ke puncak bagi menikmati pemandangan yang indah telah menyebabkan ia menjadi pilihan para pelancong memburu pemandangan matahari terbenam dan masa tu bukan rezeki Mamable nak lihat matahari terbenam.

Image may contain: 1 person, mountain, outdoor and nature

Bukit Merbok – Melalui bawah rimbunan Buluh Madu untuk ke Bukit Merbok. ketinggian Bukit Merbok setinggi 180 meter sesuai untuk mereka yang suka hiking secara santai. Walaupun perjalanan ke puncak ia tetap memerlukan emosi, mental dan fizikal yang kuat. Memerlukan fokus, fokus sampaikan kita sendiri boleh terkentut tau….tetapi dengan bantuan dan guide dari team Perlis Nature & Wildlife (PNW), anda pasti boleh! Terdapat 2 gua di Bukit Merbok antaranya Gua Bunian dan Gua Tembus. Kalau nak tau, lokasi Bukit Merbok ini masih belum dikenali ramai termasuklah mereka yang tinggal di Perlis.

This slideshow requires JavaScript.

Nat Pokok Getah – Pasar pagi paling popular di Perlis. Bermula pukul 8 pagi hingga 2 petang. Nat dalam bahasa Siam bermaksud pasar pagi. Faktor tarikan pengunjung ke situ adalah kerana lokasinya dalam ladang getah dan redup. Dua kali seminggu kebun getah yang nyaman itu sesak dengan orang ramai membeli-belah pelbagai barangan keperluan dapur, pakaian, makanan, buah-buahan, benih pokok dan sesekali ada pertunjukan ular.

This slideshow requires JavaScript.

Chuping – Chuping merupakan kawasan terpanas di Malaysia. Suhu tertinggi pernah direkodkan 40.1 C pada 9 April 1998. Ini kerana berlakunya pertembungan 2 musim. Cuaca dan tanah di Perlis agak unik dan berbeza daripada negeri-negeri lain di Malaysia.

This slideshow requires JavaScript.

 

Jambatan Tuanku Syed Putra – Berdiri di Jambatan Tuanku Syed Putra bersaksikan hamparan Laut Andaman dan Kuala Perlis. Terdapat 2 perkampungan terapung – disebelah kanan Kg. Seberang Tuk Pi dan sebelah kiri pula Kg. Seberang Ramai.

This slideshow requires JavaScript.

Kuala Perlis – Merupakan port untuk melihat panorama matahari terbenam. Bersaksikan hamparan Laut Andaman dan ia bersempadan dengan Thailand. Kuala Perlis juga popular sebagai lokasi memancing dan tempat melepak di waktu petang orang setempat.

39700620_2022199914490272_87993378700001280_n

Jeti Kampung Sungai Padang – Sebuah kampung yang terletak di Simpang Ampat dan bersempadan dengan Thailand. Juga merupakan port yang cantik untuk melihat matahari terbenam.

This slideshow requires JavaScript.

Masjid Al-Hussain – Merupakan masjid terapung di Kuala Perlis. Terletak bersebelahan dengan Jeti Kuala Perlis dan berhadapan dengan Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis. Tersergam indah dengan penampilan seni bina Islam berciri moden resort tropika. Nama masjid ini diambil sempena nama cucu Rasulullah SAW yang bermaksud baik, bagus, mempunyai tarikan dan keunikannya tersendiri. Masjid al-Hussain antara masjid yang memiliki menara berkembar pertama di dunia.

This slideshow requires JavaScript.

Muzium Kota Kayang – Muzium tersebut merupakan tapak Kota Istana Kesultanan Kedah. Pakar geologi yang menjalankan kajian di sini menyatakan batuan yang ada di sekitar muzium ini adalah berasal kawasan air. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Kedah / Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik.

This slideshow requires JavaScript.

Taman Ular Dan Reptilia – Fobia sebenarnya bila datang ke sini. Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia. Di sinilah terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh dilihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang terbuka. Ia memberi peluang kepada pengunjungnya untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.

Bayaran masuk
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak (5-12 tahun): RM2.00
Kanak-kanak (bawah umur 5 tahun): Percuma
Kamera: RM1.00
Kamera video: RM2.00

This slideshow requires JavaScript.

Berada di Perlis selama 4 hari 3 malam dirasakan belum mencukupi untuk Mamable membongkar ‘kandungan’ negeri terkecil di Malaysia ini. Terima kasih Borakkita.com, Perlis Nature & Wildlife, UPEN, Tourism Perlis dan Perodua kerana andalah Mamable jejakkan kaki ke ‘Perlis is so small’…..hehehe Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s