SAFI MICELLAR NATURAL CLEANSING WATER


I am what I am……..

Tak pakai makeup pun boleh guna makeup remover untuk membersihkan muka. Semua orang tau makeup remover merupakan item wajib bagi menanggalkan kesan solekan pada wajah. Pengalaman Mamable yang betul-betul bersolek semasa majlis perkahwinan, Mamable akui nak menanggalkan kesan solek agak sukar. Sampaikan Mamable menggunakan baby oil untuk membersihkannya. Pastu terasa berminyak pulak muka ni. Selang beberapa hari, ruam mula tumbuh kat muka. Stress melanda………

45801746_2144966928880236_6482304718633697280_n

Puas mencari makeup remover tau. Sampailah terjumpa Safi Micellar ketika buat facebook walking. Wah! tak sangka ramai jugak yang mengatakan Safi  Micellar ni sesuai untuk semua kulit dan ia berasaskan air serta 100% bahan semulajadi. Yang paling best ia tak pedihkan mata. Dengan 1 sapuan, segalanya bersih. Mudah didapati kat hypermarket, supermarket malah online shopping pun ada. Murah dan senang digunakan. Terdapat 3 variasi iaitu Mentimun, Ros dan Neem. Pilihan Safi Micellar Mamable ialah Ros.

This slideshow requires JavaScript.

Ramai yang tak tau Safi Micellar ni boleh juga digunakan sebelum mencuci muka. Tanpa makeup di muka pun, Safi Micellar masih boleh membersihkan muka daripada kekotoran peluh bagai. Mamable guna Safi Micellar dua kali setiap hari. Seperti sebelum masuk tidur pada waktu malam bagi menanggalkan segala kotoran, habuk dan alat kosmetik yang kita pakai pada siangnya. Dan pada waktu pagi untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang terkumpul pada permukaan kulit semasa kita tidur malam. Kulit juga akan jadi lebih segar.

Di sini Mamable sarankan bagi mereka yang memiliki jenis kulit yang nipis, penggunaan makeup remover sekali sehari pun dah memadai.

Meh sini Mamable nak story mory fungsi Safi Micellar ni………..

  • Membersihkan segala kotoran dan habuk yang melekat serta bahan kosmetik / bedak / sunblock lotion yang digunakan pada wajah.
  • Mengurangkan risiko ditumbuhi jerawat, blackhead, whitehead dan lain-lain akibat penyumbatan pori-pori kulit oleh kotoran.
  • Merangsang proses penggantian sel-sel baru  (skin renewal) melalui penyingkiran sel-sel kulit lama yang telah mati (dead skin cells removal)
  • Membantu kulit untuk bernafas pada waktu malam

Info yang korang perlu tau mengenai Safi Micellar………….

  • Diformulasikan dengan 100% Bahan Aktif Semulajadi, ianya menanggalkan solekan dengan 1 sapuan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat. Hasilnya kulit segar dan berseri.
  • Diuji secara Dermatologi
  • Tidak mengandungi SLES/SLS, Alkohol, Minyak Mineral, Paraben, Pewarna, Propylene GlycolDirectionsTuangkan pada kapas. Lap solekan hingga bersih. Tidak perlu bilas.IngredientsWater, Propanediol, PEG-6 Caprylic/Capric Glycerides, PEG-7 Glyceryl Cocoate, Betaine, Sodium PCA, Glycerin, Disodium EDTA, Sodium Citrate, Xanthan Gum, Rosa Centifolia (Rose) Flower Water, Sodium Hyaluronate, Citric Acid, Fragrance, Phenoxyethanol, Chlorphenesin.
  • Tiada bahan yang membahaya, ianya dijamin selamat
  • Dengan tiga varian yang berbeza, iaitu Mentimun, Ros dan Neem, pastinya pilihan terbaik untuk anda!

Dah bacakan, tunggu apa lagi tu jom kita cuba?

maxresdefault

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s