Moh Kita Ke Sungai Besar, Selangor


Dari Bagan Datoh, Perak,  kami singgah di Sungai Besar, Selangor. Papa kata kalau teringin nak makan seafood bolehlah datang ke sini tetapi tak taulah tempat ini sepopular Jeram di Kuala Selangor atau Umbai di Melaka. Pertama kali Ros datang ke sini. Suasana di sini sibuk sedikit kerana Pilihanraya Kecil Parlimen Sungai Besar akan diadakan. Agaknya lagi sebulan kot.

Cerita sedikit pasal Sungai Besar ni….Sabak Bernam merupakan salah satu dari 9 daerah besar di negeri Selangor. Daerah Sabak Bernam juga terletak di arah paling utara negeri Selangor dan bersempadan dengan negeri Perak. Dalam daerah Sabak Bernam ada 3 pekan utama iaitu Sungai Besar, Sekinchan dan juga Pekan Sabak Bernam sendiri.  Kawasan di sini dibahagikan mengikut parit. Tak banyak yang Ros tau atau cuba korek info berkenaan Sungai Besar ini.

IMG_20160529_163757

Selamat datang ke Sungai Besar….Ros yang ulang alik dari Bagan Datoh ke Kuala Lumpur, Kuala Lumpur ke Bagan Datoh pun tak singgah di Sungai Besar ni. Apa yang ada di Sungai Besar ni, Ros pun tak tau…jom kita terjah.

IMG_20160529_163506IMG_20160529_163451

Hurmmmm cantikkan…walaupun keadaan panas terik, Ros pujuk Papa untuk berhenti di sini dan bergambar. Bot-bot nelayan di Sungai Besar. Ada lagi tempat-tempat menarik yang boleh kita bergambar…sekejapnya.

IMG_20160529_161424.jpg

Wahhhh hijaukan…sejuk jer mata memandang. Lagi sekali Ros suruh Papa berhenti memandu dan parking ke tepi. Papa hanya menurut ajer. Dah macam pelancong pulak rasanya. Terpegun dengan kecantikkan alam semulajadi di sini..Subhanallah..

Apa tunggu lagi, Ros pun dengan excitednya mengambil beberapa gambar dengan berlatarbelakangkan sawah padi yang sedang menghijau.

IMG_20160529_161325IMG_20160529_161353

Susah juga nak bergambar dengan Papa ni….kena ugut baru nak bergambar sekali. Dia pikir dia handsome…bluekkkkkkk. Hehehe…..

IMG_20160529_161500.jpg

Inilah aku….Ros yang sebenarnya memang suka bergambar but not selfie yer….selfie pun ikut mood. Huhu…puashati dapat berjalan di Sungai Besar, Selangor. Tapi kerana kami nak cepat balik ke Kuala Lumpur…tak sempat nak makan seafood di sini. Inshaallah dilain hari ok….itu pun kalau ada mood.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s