Motorino Pizza Di Sky Avenue, Resort World Genting


No automatic alt text available.

I am what I am………

Pizza merupakan antara makanan barat yang popular di Malaysia dan sering kali menjadi pilihan ramai untuk menjamu selera.

Shoutout kepada mereka yang penggemar Pizza, kalau ingin merasai Pizza citarasa Neopolitan haruslah berkunjung ke Restoran Motorino Pizza di Sky Avenue Genting. Restoran Motorino Pizza ini dimiliki oleh Cef Mathieu Polambino yang merupakan cef yang ‘handsome’ dan kelakar yang berketurunan Itali dan Belgium.

Image may contain: 3 people, people sitting
Cef Mathieu Polambino – diinterview oleh beberapa blogger

Image may contain: 7 people, people sitting and indoor

Image may contain: 10 people, people sitting and indoor

Yang paling menarik perhatian Mamable mengenai Restoran Motorino Pizza ini ialah ketuhar yang mereka gunakan untuk memasak pizza. Kalau nak tahu, ketuhar kayu  dan penyodok untuk memasak pizza tersebut telah ditempah dan diimport khas dari Itali.

Image may contain: one or more people, people standing and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting, hat and indoor

Sebenarnya Mamable  cukup bertuah kerana dapat menikmati pizza enak ini di Malaysia. Mana taknya, restoran ini sebenarnya  amat popular di Brooklyn, New York dan diiktiraf sebagai pembuat pizza Neopolitan yang terbaik di sana.

Para pengunjung juga boleh membuat pilihan dari 10 jenis pizza yang terbaik di sini. Antara pizza yang disediakan ialah Marinara, Margherita, Pepperoni, Amatriciana, Meatball, Del Popolo, Arugula dan Bresaola, Heirloom Tomato Pizza dan Cherry Stone Clam. Dengan topping tambahan pula terdiri daripada Onions, Olives, Grape Tomatoes, Mushrooms, Brussels Sprouts, Beef Pepperoni, Chicken Sausages, Rosted Peppers, Cured Anchovy, Clams, Buffola Mozzarella, Fior Di Latte dan Fresh Arugula menaikkan lagi aroma pada pizza yang disediakan. Bahan-bahan dalam menghasilkan pizza semestinya mempunyai citarasa tinggi dan berkualiti. Malahan setiap jenis pizza yang  dihidangkan mempunyai cita rasa yang pastinya tidak mengecewakan setiap pengunjung yang mengunjungi Restoran Motorino Pizza

Selain iturestoran ini juga mempunyai pelbagai hidangan sampingan yang lain seperti Rosted Chicken Wing, Caesar Salad, Clams Al Biancho, Mixed Greens Salad, Motorino’s Meatball dan Arugula and Bresaola.

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Penat mengambil gambar  bagai, Mamable telah order Watermelon Juice. Minuman Watermelon Juice yang disediakan juga amat segar dan sihat. Tidak terlampau manis cuma biasa-biasa saja.  Memang sesuai dengan tekak Mamable yang sememangnya mementingkan penjagaan kesihatan diri. Ada juga minuman lain seperti Orange Juice, Cappuchino dan sebagainya. Mengikut citarasa masing-masing.

Image may contain: people sitting, drink, food and indoor

Image may contain: drink, food and indoor

Image may contain: coffee, coffee cup, drink and food

Agak kekok juga kalau restoran pizza tidak menyediakan kepak ayam. Oleh itu Restoran Motorino Pizza telah menyajikan kepak ayam yang enak dengan beberapa kombinasi rasa iaitu ayam yang berperisa lemon, pudina dan serbuk cili.

Image may contain: food
Roasted Chicken Wing

Pengunjung juga boleh menikmati Motorino’s Meatball yang dimasak dengan sos tomato serta ditambah dengan hirisan keju dan  daun selasih. Serius! Sekali makan pasti nak tambah lagi.

Image may contain: food
Motorino’s Meatball

Image may contain: food

Harga pizza yang cukup berpatutan dan berbaloi iaitu di antara RM45.00 hingga RM67.00. Restoran Motorino Pizza pastinya pilihan terbaik untuk anda menikmati pizza yang enak, sedap dan disediakan panas dari ketuhar kayu. Jadi tunggu apa lagi, ayuh berkunjung ke Restoran Motorino Pizza. Amat di RECOMMEND!!

Motorino Pizza, Aras 1 Sky Avenue, Resort World Genting.

Beroperasi setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam

2 thoughts on “Motorino Pizza Di Sky Avenue, Resort World Genting

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s