Lawatan Dan Review Homestay Kampung Taman Sedia


I am what I am………

Image result for majlis pelancongan malaysia

Cameron Highlands, 13.12.2017 – Misi ‘Road To Agro Tourism 2 – Zon Tengah merupakan program khas anjuran oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan sokongan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) untuk mempromosikan destinasi agro pelancongan domestik yang menarik. Kini tiba giliran Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands untuk Mamable jelajah dan ingin mengetahui apa tarikan yang ada di sini.

Sejarah Ringkas Mengenai Kg. Taman Sedia

Merupakan kampung penempatan melayu yang pertama di daerah ini. Ianya dibuka oleh orang-orang melayu pada tahun 1959 dan dimajukan oleh LKNP pada 1969. Nama “Taman Sedia” diperolehi daripada keadaan asal tempat kampung tersebut sebelum diterokai. Menurut penduduk asal Camaron Highlands, kawasan tersebut penuh dengan bunga-bungaan liar yang cantik dan dipercayai merupakan tempat taman permainan puteri bunian. Maka, dengan kerana itulah kampung ini dinamakan Kampung Taman Sedia yakni “Taman yang telah tersedia ada”.

Kampung yang terletak di sebuah lembah di antara pekan Tanah Rata dan Brinchang telah dibuka secara rasminya oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1970-an. Kampung ini ditubuhkan atas ilham Allahyarham Tun Abdul Razak, mantan Perdana Menteri Malaysia. Beliau mengilhamkan sebuah kampung berbentuk seakan-akan Felda bagi penduduk Melayu di Tanah Tinggi Cameron yang rata-rata bekerja dalam sektor kerajaan memiliki rumah dan sedikit tanah bagi menjalankan kegiatan pertanian.

Daya Tarikan Kampung Taman Sedia

Keunikan Kampung Taman Sedia menurut Haji Saifulazli b. Mohamad Nor (Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pembangunan Daerah) adalah seperti seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.

Konsep inap desa juga merupakan salah satu faktor utama Kampung Taman Sedia menarik perhatian ramai pengunjung dan ia dapat menambah pendapatan penduduk tempatan.

Bagi mereka yang gemar melakukan atau ingin mencuba aktiviti mendaki gunung boleh ke Gunung Brinchang. Laluan mendaki gunung ini bermula dari Sungai Palas hingga ke puncak Gunung Brinchang. Pendakian ini boleh disempurnakan dengan mudah dan menawarkan pemandangan hutan dan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan yang spesifik dan jarang kita dengar atau dilihat sebelum ini.

Sungai Pauh yang terletak di dalam kawasan Kompleks Pejabat Hutan Daerah Cameron Highlands iaitu dua kilometer dari pekan Tanah Rata ataupun hanya bersebelahan Kampung Taman Sedia dan Kem Slim. Kem Sungai Pauh ini amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan bagi kalangan pengembara dan juga penuntut-penuntut institusi pendidikan.

Image may contain: 1 person, standing
Haji Saifulazli b. Mohamad Nor (Ketua Penolong Pegawai Daerah – Pembangunan Daerah)

Homestay Kampung Taman Sedia

Kementerian Pelancongan Malaysia telah mengiktiraf beberapa buah rumah di kampung ini bagi menyediakan perkhidmatan “Homestay” kepada para pelancong yang berkunjung ke Cameron Highlands. Setiap rumah menyediakan bilik yang mempunyai kemudahan asas yang mencukupi serta selesa dengan situasi perkampungan Melayu tradisional. Menarik serta berbeza Homestay Kampung Taman Sedia, Cameron Highlands daripada homestay lain ialah suasana nyaman dikelilingi bukit-bukau menyerupai perkampungan Inggeris di England.

Marina Chalet  – Marina Chalet adalah Homestay yang pertama di Cameron Highlands. Mul beroperasi pada tahun 1996. Ianya terletak di Kampung Taman Sedia, satu-satunya perkampungan Melayu di Cameron, yang berada di antara Pekan Brinchang (2km) dan Tanah Rata (1km).

Para pengunjung Marina Chalet boleh berjalan kaki atau bersiar-siar ke kebun-kebun strawberi yang berhampiran. Mempunyai tempat letak kereta yang terbesar di kampung ini. Menawarkan pelbagai unit dan saiz bilik untuk pilihan pelanggan. Kadar bilik adalah sangat berpatutan dan mengikut kadar homestay yang lain.

Marina Chalet juga mempunyai dewan terbuka, pantri dan ruang masak ( +BBQ pit). Seperti bilik-bilik hotel yang lain, mereka juga  ada menyediakan TV dan “Hot Shower” di setiap bilik. Jangan risau mereka juga menyediakan wifi percuma.

Image may contain: plant, outdoor and nature

No automatic alt text available.

Image may contain: outdoor

Image may contain: indoor

Image may contain: bedroom and indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: outdoor

Image may contain: people sitting, table, living room and indoor

Image may contain: indoor

Image may contain: table

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing

Image may contain: 1 person, smiling, plant, outdoor and closeup

Homestay Orchid – Semua ada di homestay ini. Ada bilik ada ladang strawberi. Ladang Encik Rostam Odin merupakan salah satu lokasi yang menjadi pilihan para pengunjung. Untuk makluman, Encik Rostam terlibat dalam penanaman strawberi, pemprosesan produk hiliran strawberi dan homestay.
Image may contain: plant, outdoor and nature
No automatic alt text available.
Image may contain: 2 people, people sitting
Image may contain: plant and outdoor
Image may contain: people sitting and outdoor
Image may contain: plant, flower, nature and outdoor
Image may contain: plant, flower, nature and outdoor
Image may contain: food
Info Homestay Orchid : No. 25, Taman Sedia, Cameron Highlands
Pahang, Pahang, Malaysia
013-635 8322

Homestay Moden Di Kampung Taman Sedia

Image may contain: house, plant, flower and outdoor

Image may contain: plant, outdoor and nature

Image may contain: flower, plant, outdoor and nature

Image may contain: plant, flower, tree, outdoor and nature

Image may contain: flower, plant, nature and outdoor

Image may contain: flower, plant, nature and outdoor

Image may contain: flower, plant, nature and outdoor

Suasana Di Majlis Taklimat Dan Persidangan Akhbar Kampung Taman Sedia

Image may contain: 2 people, people sitting and table

Image may contain: 4 people, people sitting

Image may contain: food
Makan tengahari kami….terbaik sambal tempoyak

Suasana Persekitaran Homestay Kampung Taman Sedia

Image may contain: plant and outdoor

Image may contain: flower, plant, tree, nature and outdoor

Image may contain: flower, plant and outdoor

Tak puas rasanya melawat homestay di Kampung Taman Sedia ini. Banyak bunga yang cantik dan berwarna-warni. Kebersihan persekitaran kampung ini terjaga dengan rapi. Rugi kalau tak menginap di sini. Semuanya ada di depan mata. Nantikan misi Mamable ke MARDI Cameron Highlands.

 

 

Leave a comment