I am what I am……
4Play Seafood & Co memilih untuk tampil dengan hidangan makanan laut berkonsep fusion, iaitu gabungan cita rasa Timur dan Barat, percaturan Cef Desmond Augustus Fernandez yang merupakan Ketua Cef bagi restoran 4Play Publika dilihat menjadi. Bukan sahaja mampu menarik perhatian masyarakat setempat, bahkan sajiannya menjadi pilihan generasi muda hari ini.
Restoran yang baru beroperasi, 4Play Publika mempunyai pelbagai menu yang kesemuanya mempunyai keistimewaan baik dari segi rasa mahu pun nama. Bercerita lebih lanjut mengenai restoran ini, Cef Desmond sememangnya seorang cef yang muda dan teruja dengan apa juga makanan baharu. Menimba pengalaman dengan bekerja di Two Sons Bistro selama beberapa tahun telah menjadikan pekerjaan itu sebagai batu loncatan untuk melangkah lebih jauh.
Menurut Encik Mune (Ketua Pemasaran) di 4Play Publika, mereka tampilkan kelainan bagi setiap sajian yang disediakan agar ia tidak sama dengan kafe-kafe atau restoran-restoran sedia ada hari ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membuat R&D (penyelidikan dan pembangunan) untuk memastikan setiap masakan yang dihidangkan dapat memenuhi cita rasa semua golongan masyarakat tanpa mengira umur.
Menawarkan harga serendah RM14 hingga RM45, 4Play Publika boleh memuatkan sehingga 150 pelanggan pada satu-satu masa. Restoran tersebut turut menampilkan dekorasi yang memikat hati dan ringkas sesiapa sahaja yang melihatnya.
Sajian Menu Yang Anda Mesti Cuba Dan Rasa Di 4Play Publika
Pumpkin Soup

Wild Mushroom Soup

Butter & Garlic Mushroom

Garlic Bread

Golden Salted Egg Yolk – Calamari

Golden Salted Egg Yolk – Prawns

Golden Salted Egg Yolk – Chicken

Crabs, Mussels & Clams (500gm)
Coconut Cream & Chili Crab

Creamy Butter Chili & Curry Leaves Clams

Spicy Chili Mussels

Menu-menu di atas merupakan menu ‘signature’ yang memberikan letusan kepada anda. Terdapat 6 menu mengikut citarasa dan pilihan anda.
Creamy Spinach Stuffed Mushroom

Jalapeno, sundried tomato, cream cheese stuffed chicken

Pemanis Mulut – Tiramisu

Suasana Di 4Play Publika
Info 4Play Seafood & co
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-62119908 atau datang terus ke 4PLAY Seafood & Co (dulu dikenali sebagai Butcher Cafe), A1-G2-07 Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur.
Facebook : https://www.facebook.com/4playpublika