Event

Majlis Perasmian Road To Agro Tourism Siri 3 Dan Makan Malam


Image result for majlis pelancongan malaysia

I am what I am……

Kampong Bharu – 31.01.2018 – Mamable dikalangan 50 rakan media yang berlainan latar belakang dan beberapa agensi yang terlibat telah menjadi saksi malam bersejarah iaitu majlis perasmian Road To Agro Tourism Siri 3 bagi Kuala Lumpur – Putrajaya.

Raod To Agro Tourism merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC). Dengan kerjasama daripada Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Perbadanan Putrajaya (PPJ), dengan sokongan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP).

Terdapat 10 siri Road To Agro Tourism mengikut zon iaitu :

  • Siri 1 – Zon Selatan
  • Siri 2 – Zon Tengah – Kuala Kangsar dan Cameron Highlands
  • Siri 3 – Zon Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Siri 4 – Zon Utara – Kedah, Perlis dan Langkawi
  • Siri 5 – Zon Edisi Perak
  • Siri 6 – Zon Sabah
  • Siri 7 – Zon Sarawak
  • Siri 8 – Zon Kelantan
  • Siri 9 – Selangor
  • Siri 10 – Wilayah Persekutuan dan Pahang

Ada kelainan untuk program Road To Agro Tourism pada kali ini iaitu penglibatan selebriti Maria Tunku Sabri sebagai hos program. Bagi menjayakan program ini, RTA3 turut bekerjasama dengan MARDI-MAEPS, Hotel Tamu & Suites, Bas Hop On Hop Off, Pulse Grande Group, Nafas Cube, Cyberview Resort & Spa, Universiti Putra Malaysia, DSSM, Cam Caravan dan Jabatan Warisan Negara (JWN).

Seperti yang kita tahu, agro adalah pertanian atau peladangan. Sebenarnya agro pelancongan merangkumi aktiviti pelancongan yang berkaitan dengan perladangan, pertanian, penternakan, perikanan, industri asas tani (makanan berproses dan bukan makanan), perkhidmatan dan aktiviti berkaitan dengan destinasi agro, hospitaliti dan pengurusan acara.

Mamable tertanya-tanya mengapa memilih Kampong Bharu sebagai salah satu tempat untuk pelancongan agro. Salah satu sebabnya ialah perasmian Program Pencahayaan Masjid Jamek Kampong Bharu pada Julai 2016 yang lepas, di mana ia telah mengangkat imej masjid tersebut menjadi bangunan ikonik dan tumpuan para pelancong. Juga pembinaan pintu gerbang yang menjadi identiti Kampong Bharu. Antara perancangan lain pula adalah pembangunan masa depan di Kampong Bharu termasuklah membina Saloma Link, iaitu laluan yang bakal menghubungkan kawasan itu dengan KLCC, selain mewujudkan tiga kampung warisan.

Tahukah anda Kampong Bharu merupakan sebuah petempatan Melayu di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur yang sering menjadi tumpuan bukan sahaja warga ibu kota malah turut menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia. Pelbagai jenis hidangan menarik boleh didapati di Kampong Bharu. Ia adalah sebagai langkah untuk mempergiatkan lagi aktiviti promosi industri makanan di Kampong Bharu.

Kini barulah Mamable faham mengapa Kampong Bharu terpilih sebagai destinasi pelancongan agro di Malaysia.

Image may contain: 5 people, people smiling, indoor
Dari kiri : YBrs. Tuan Haji Zulkurnain Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu), YB. Datuk Affendi Zahari (Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu), YB. Datuk Mohd Khay Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan Zikay) dan Encik Aminuddin Mohamad (Exco Majlis Pelancongan Malaysia)

Datuk Mohd Khay Ibrahim (Pengarah Urusan Kumpulan Zikay) berkata,’kini Zikay Group telah berkembang pesat sebagai pemaju hartanah yang komited dan menyumbang kepada proses transformasi ekonomi demi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Zikay kini telah memperluaskan sayap perniagaannya dengan menceburi di dalam bidang hospitaliti. Terbinanya Hotel Tamu & Suites yang merupakan sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan perkhidmatan yang mesra dengan menyediakan penginapan dan kemudahan kelas bertaraf antarabangsa. Produk hospitaliti yang bercirikan moden kotemporari tetapi tetap menyelitkan motif-motif hiasan dalaman yang bercirikan tradisional. Tidak lupa juga sajian hidangan tradisi melayu yang disajikan di 5 outlet F&B di hotel ini.

Exco Majlis Pelancongan Malaysia iaitu Encik Aminuddin Mohamad menegaskan bahawa objektif program ini adalah mempromosikan destinasi-destinasi agro pelancongan domestik, memperkenalkan penginapan yang baru, unik, selesa dan menarik. Mempromosikan makanan etnik mengikut daerah masing-masing, kesenian dan hasil kraftangan tempatan, acara-acara yang bersifat ‘Agrotainment’, mengetengahkan produk dan persembahan baru berkaitan agro serta melebarkan jaringan dalam industri agro pelancongan.

Image may contain: 1 person

Menurut YB Dato’ Affendi Zahari selaku Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), beliau berasa amat bangga kerana memilih Kampong Bharu sebagai salah satu destinasi pelancongan agro di Malaysia. Ribuan terima kasih daripada beliau kepada Majlis Pelancongan Malaysia dibawah pimpinan Encik Aminuddin (Exco Majlis Pelancongan Malaysia) di atas usaha dan inisiatifnya. Ini kerana ia memberi satu pengiktirafan yang besar kepada Kampong Bharu dan ia bakal membantu menambah jumlah pelancong dalam dan luar negara ke kawasan itu.

Dengan ucapan semoga Kampong Bharu terus cemerlang, gemilang dan maju seiring dengan pembangunan bandar utama Kuala Lumpur, maka YB Dato’ Affendi Zahari telah merasmikan program Road To Agro Tourism Siri 3 bagi Kuala Lumpur – Putrajaya 2018.

Suasana Makan Malam Di Hotel Tamu & Suites

Selepas perasmian program Road To Agro Tourism Siri 3, kami telah dijemput untuk makan malam di Suasana@27 yang terletak di aras 27 Hotel Tamu & Suites. Kami telah disajikan hidangan bufet bertemakan masakan Melayu.

Mamable makan sambil menikmati pemandangan bandaraya Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.

Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: food and indoor

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: table, food and indoor

Image may contain: plant and food

Image may contain: dessert and food

Image may contain: food

Image may contain: fruit, sky and food

Image may contain: 1 person

Info Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu : 

Lot 61, Aras Bawah & Aras 2 Rumah ROHAS, Jalan Raja Abdullah, Kampong Bharu 50300 Kuala Lumpur

Lawat laman web : www.pkb.gov.my

Hubungi : 03-26926733

Facebook : https://www.facebook.com/KampongBharu

 

No automatic alt text available.

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s