Majlis Pelancaran ‘Save Our Rainforest Race 2018’ Oleh PEKA Malaysia


I am what I am…….

Kuala Lumpur, 06.02.2018 – PEKA Malaysia atau Pertubuhan Khazanah Alam Sekitar Malaysia telah melancarkan secara rasmi ‘Save Our Rainforest 2018 atau SORR 2018 yang merupakan edisi kali ke enam yang telah berlangsung di Hotel Concorde, Kuala Lumpur yang lepas.

Seperti yang kita ketahui, Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok sepertimana komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.

SORR 2018 dijangka akan mengumpulkan seramai 2,000 orang peserta dari pelbagai peringkat seluruh negara bagi menyasarkan penanaman sebanyak 1,000 batang pokok hutan pelbagai jenis.

27868059_1749320578444875_8058287141741225631_n

Negeri Selangor Sebagai Tuan Rumah

Negeri Selangor telah dipilih sebagai tuan rumah SORR 2018 yang bakal diadakan di Hutan Simpan Gading, Hulu Selangor pada 24.03.2018 nanti. Menurut Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil selaku Presiden PEKA Malaysia, SORR 2018 pada kali ini akan melibatkan laluan sejauh 15km bermula dan berakhir di Pusat latihan Khidmat Negara (PLKN), Kem Pelangi Hill Resort dengan beberapa check point, di mana terdapat pelbagai aktiviti menguji minda peserta dan pastinya ia memberikan pendedahan kepada para peserta terhadap pentingnya hutan hujan tropika di negara kita ini.

Ia bukan saja melibatkan laluan hutan malahan ia melibatkan laluan di kawasan rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Hulu Selangor. Visi utama SORR adalah untuk mendedahkan dan memberi ilmu kepada para peserta  berkenaan penjagaan dan pemuliharaan hutan di negara ini. Sepertimana yang kita ketahui, Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna.

Menurut Puan Sri Sariffa Sabrina Syed Akil, beliau berharap SORR 2018 akan menjadi platform kepada masyarakat khususnya golongan muda agar lebih menjiwai dan mempunyai kesedaran dalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan hujan tropika di negara ini. Beliau juga turut menyatakan kebimbangan PEKA Malaysia mengenai aktiviti pembalakan tidak terkawal dihampir keseluruhan negara seperti Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan beberapa negrea sehingga menjejaskan kawasan tadahan air yang menjadi number air mental dan kepupusan habitat dan hidupan liar di negara ini.

Pada tahun lepas, Jabatan Perhutanan Pahang diarah segera memantau isu pembalakan dan pembukaan hutan seluas 668 hektar di Mukim Batu Yon, Merapoh, Lipis yang dibimbangi menjejaskan sektor eko pelancongan dan khazanah alam seperti flora dan fauna unik.

 

Memperjuangkan Isu Alam Sekitar

Di atas kesedaran tersebut, PEKA Malaysia akan terus memperjuangkan isu kemusnahan  khazanah alam sekitar di negara ini dan dalam masa yang sama turut melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok-pokok hutan seperti acara SORR 2018 ini dan edisi-edisi yang lepas.

Kemuncak Gimik Pelancaran SORR 2018

Persembahan pentomin yang bertajuk ‘Cut The Greed, Not The Green’ yang merupakan kemuncak gimik bagi pelancaran SORR 2018 oleh para pelajar dari Sekolah Antarabangsa Cempaka.

Turut hadir di majlis pelancaran SORR 2018 ialah wakil-wakil dari para penaja seperti UMW Toyota sebagai penaja utama, Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebagai penaja bersama, Concorde Hotel Shah Alam dan Women’s Sport And Fitness Foundation Malaysia dan beberapa para penaja sebagai penaja sokongan SORR 2018.

27867902_1749320171778249_7167601018999239466_n

27751564_1749320138444919_1055361901931385903_n

Suasana Sekitar Majlis Pelancaran

27858051_1749320358444897_6528780112511294164_n
Rakan media mendaftar masuk untuk menghadiri Majlis Pelancaran SORR 2018

27971583_1749320288444904_8593650903682050764_n

27972737_1749319855111614_2724871108658700793_n

27972392_1749319691778297_8064086720812581452_n
Namable bersama Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil (Presiden PEKA Malaysia)

Kesimpulan Mamable

Alam sekitar merupakan segala benda hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Ia juga merupakan ciptaan tuhan yang indah. Keselesaan hidup manusia dan haiwan akan wujud dalam alam sekitar yang berkualiti. Alam sekitar yang berkualiti juga amat penting untuk memelihara hubungan antara satu organisma dengan organisma yang lain. Sebarang kesan buruk daripada persekitaran akan menjejaskan hidupan lain. Contohnya, udara perlu bersih untuk pernafasan haiwan dan tumbuhan. Udara yang tercemar akan mengganggu proses ini. Pencemaran udara akan menyebabkan penyakit yang menyerang sistem respirasi. Air yang bersih juga penting untuk kehidupan. Kira-kira 70% daripada kandungan sel adalah air. Air sungai yang dicemari dengan sisa kilang dan kawasan perlombongan pula merosakkan habitat hidupan akuatik dan seterusnya mengakibatkan kematian.

Selagi minda masyarakat tidak berubah, selagi itu masalah seperti pemanasan global , pencemaran sungai , pembalakan dan sebagainya tidak akan dapat diatasi. Oleh itu , kesedaran masyarakat untuk mengurangkan berlakunya masalah yang akan mengancam nyawa dan kehidupan kita adalah amat penting. Menghargai , memulihara dan memelihara alam sekitar merupakan tanggungjawab kita. Kita semua hidup dalam satu bumi dan langit yang sama , kita hendaklah sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

Info SORR 2018 :

Setiap pasukan yang ingin menyertai SORR 2018akan terdiri daripada dua orang peseta dengan bayaran sebanyak RM80.00 seorang tau RM160.00 untuk pasukan.

Orang ramai yang ingin menyertainya bolehlah mendaftarkan diri melalui online di website PEKA Malaysia tau menghubungi terus Encik Haikal di 017-9019920, Encik Andy di 017-3302633, Cik Bazlinda di 019-2422625 tau Encik Rahman di 017-9019920.

Sebarang pertanyaan juga boleh dibuat melalui email pekaSORR@gmail.com atau menghubungi pejabat di talian 03-55240316.

peka malaysia

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s