I am what I am…….
Bangi, 24.02.2018 – Program Fit Hasil 2018 bersempena sambutan Hari Hasil ke 22 oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi.
Sebagai menyahut seruan kerajaan dalam membudayakan amalan hidup sihat dan cergas di antara kakitangan LHDNM. Program yang masuk pada tahun ketiga sejak ia dianjurkan pada kali pertama pada 2016 merupakan sebahagian daripada pengisian Sambutan Hari Hasil yang ke 22.
Menurut Dr. Sotimin Bin Muhalip (Pengarah Akademi Percukaian Malaysia merangkap Pengerusi Bersama Fit Hasil 2018) berkata, ‘beliau telah diberi tanggungjawab bagi mengadakan program ini. Sesuatu yang baru tetapi melalui perkongsian dan kerjasama 3 penjuru ini banyak yang dapat dipelajari bersama sepanjang persediaan program ini.
Yang Berbahagia Dato’ Sri Sabin Bin Samitah (Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM) berkata, ‘LHDNM telah mencatatkan pertumbuhan positif dalam kutipan cukai tahun 2017 iaitu suatu peningkatan sebanyak 8.15% berbanding tahun sebelumnya. Dalam momentum positif ini, LHDNM akan meneruskan tanggungjawab untuk mencapai sasaran kutipan yang telah ditetapkan untuk tahun ini iaitu RM134.713 billion.
Mengapa Di Akademi Percukaian Malaysia, Bangi
Akademi Percukaian Malaysia adalah pusat pembentukan dan pendidikan untuk para warga kerja LHDNM. Segala latihan dan kursus yang berbentuk pengurusan dan teknikal diadakan di sini bagi memastikan pegawai LHDNM sentiasa terlatih dan berwibawa dalam melaksanakan peranan mereka. Pada hari Fit Hasil ke 22 ini, telah melakar satu sejarah kepada Akademi Percukaian Malaysia kerana program sebegini dapat dilaksanakan di sini sebagai satu lagi peluang kepada masyarakat umum untuk melihat sendiri suasana dan persekitaran APM ini sendiri.

Perjalanan 22 Tahun LHDNM
Genaplah usia LHDNM 22 tahun iaitu peralihan status LHDNM dari sebuah jabatan ke sebuah badan berkanun pada 01.03.1996 yang lalu. Dalam tempoh 22 tahun ini juga banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dikecapi oleh LHDNM dan tidak kurang juga cabaran dan kekangan yang dihadapi oleh organisasi ini.
Peranan dan fungsi utama LHDNM adalah untuk mentadbir cukai langsung negara dengan efektif dan efisien dengan natijah utama untuk mengutip hasil yang mencukupi bagi pembangunan negara.
Program Dan Aktiviti
Terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang bagi memastikan ianya menepati dengan Fit Hasil itu sendiri. Semua aktiviti dan program di sini adalah lebih menjurus kepada amalan hidup sihat seperti yang diaspirasikan oleh kerajaan menerusi Kementerian Belia Dan Sukan. Program Fit Hasil ini turut mendukung hasrat memupuk semangat kerjasama dan mengeratkan sillarturrahim di kalangan Hasilian dan masyarakat setempat.
- Berzumba
- Playground kanak-kanak
- Sukaneka
- Memanah
- Menunggang Kuda
- Komuniti Foodtruck
- Persembahan daripada artis-artis jemputan seperti Ippo Hafiz, Ernie Zakri, Bell Ngasri dan Joey Lawak



Suasana Di Sekitar Program Fit Hasil Ke-22



Info Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Alamat : Ibu Pejabat LHDN Malaysia, Menara Hasil, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8
Cyberjaya 63000
Hubungi : 1-800-88-5436
Laman web : www.hasil.gov.my
Facebook : https://www.facebook.com/LHDNM/