MBO Dan Coca-Cola Kini Bersama Melebarkan Sayapnya


I am what I am……

Ajakan Racheal Loh (‘founder’ untuk FoodiLIFEcious) untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian diantara MBO Cinemas dengan Coca-Cola Malaysia di MBO The Starling, Damansara pada 14 Mac 2018 yang lepas bagi menawarkan rangkaian minuman keluaran Coca-Cola di 27 pawagam MBO di seluruh negara.

Baru Mamable tahu bahawa kini, MBO Cinemas merupakan rangkaian pawagam ketiga terbesar di Malaysia dengan 27 pawagam dan 213 skrin panggung di 10 negeri seluruh negara kini sedang meninjau peluang untuk meluaskan pasarannya ke Terengganu dan Pulau Pinang dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lim Eng Hee berkata, syarikat itu kini dalam proses rundingan dengan pemaju pusat beli-belah di negeri terbabit untuk bekerjasama membuka cawangan baharu MBO Cinemas.

MBO Cinemas menawarkan dewan khas seperti BIG SCREEN, KECIL, MX4D dan PREMIER untuk memenuhi semua jenis filem untuk kepuasan bagi pengunjung yang berpasangan, berkeluarga dan keluarga bersama anak-anak kecil. 

Termeterainya perjanjian diantara MBO Cinemas dan Coca-Cola selama empat tahun itu, akan menyaksikan MBO Cinemas bakal menawarkan 13 rangkaian produk minuman halal keluaran CocaCola Malaysia seperti Coca-Cola Classic, Coca-Cola Zero Sugar, Sprite, Fanta Strawberry, A & W Sarsaparilla, Aquarius, Heaven and Earth Ice Lemon Tea, Minute Maid Refresh Orange, Minute Maid Pulpy Orange, Minute Maid Qoo Fuji Apple, Dasani Mineral Water, Glaceau Vitamin Water (Essential, Power C & Restore) dan Georgia Coffee.

Perjanjian itu ditandatangani secara rasmi oleh Encik Gareth McGeown merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei, dan Encik Lim Eng Hee selaku Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas.

Perjanjian berprestij itu disaksikan oleh Encik Eric Tan selaku Pengarah Komersial untuk Kumpulan Pelaburan Pelaburan Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola, Puan Wee Li Ying selaku Pengarah Transformasi Pembangunan Pelanggan & Digital Coca-Cola Malaysia dan Encik Cheah chun Wai merupakan Ketua Pegawai Operasi MBO.

Suasana Majlis Menandatangani Perjanjian Diantara MBO Dan Coca-Cola

Dari kiri : Encik Eric Tan ( Pengarah Komersial untuk Kumpulan Pelaburan Pelaburan Malaysia-Singapura-Brunei, Syarikat Coca-Cola, Puan Wee Li Ying (Pengarah Transformasi Pembangunan Pelanggan & Digital Coca-Cola Malaysia), Encik Gareth McGeown (Ketua Pegawai Eksekutif Coca-Cola’s Bottling Investment Group Malaysia-Singapura-Brunei), Encik Lim Eng Hee (Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas) dan Encik Cheah chun Wai (Ketua Pegawai Operasi MBO)

Image may contain: 3 people, including Taib Wahab, people standing

Image may contain: 2 people, including Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, text
Gambar oleh Racheal Loh – http://www.foodilifecious.com

Menonton Wayang – Tomb Raider 2018

Merasai sendiri pengalaman menonton dengan teknologi tercanggih dan terkini MX4D. dewan panggung hebat yang dilengkapi sistem empat dimensi yang menawarkan hiburan berciri realistik termasuk efek cahaya, asap, bau serta rasa sehingga membuatkan penonton terbuai dalam filem yang ditonton dalam satu-satu masa.

No automatic alt text available.

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan

Image may contain: food

Image result for tomb raider 2018

Untuk lebih info sila hubungi MBO Cinemas di http://www.mbocinemas.com/

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s