Strategi Mempromosikan Pelancongan Di Negeri Sembilan


I am what I am……..

Kalau dapat bercuti ke Negeri Sembilan, best juga kan? Ala, apa bestnya. Mesti sama juga macam kat negeri lain. Entri Mamable kali ini bukan nak cerita tentang review makanan, produk kecantikkan atau tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan. Tapi, kali ini Mamable rasanya nak highlight beberapa strategi dalam promosikan pelancongan di negeri Adat Perpatih ni.

Jadi Mamable nak ajak membawang sedikit beberapa strategi dalam promosikan apa ada di Negeri Sembilan bak kata orang tak kenal, maka tak cinta!!

Strategi Dalam Promosikan Negeri Sembilan
  • Kemudahan Pengangkutan – kerajaan perlu memperlengkapkan dan mempertingkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan di Negeri Sembilan  sehingga menjadi prasarana kelas pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong.
  • Penginapan – Kerajaan dan pihak-pihak yang berkaitan bekerjasama dalam menyediakan kemudahan penginapan yang selesa seperti hotel, chalet dan homestay malah tandas, bekalan air dan elektrik turut menjadi faktor penting dalam menarik banyak pelancong mengunjungi negeri ini. Kemudahan penginapan penting kerana situasi ini akan menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama atau sebaliknya.
  • Info Lengkap – Wajar menyediakan maklumat lengkap tentang sesuatu destinasi menarik yang terdapat di Negeri Sembilan, khususnya di tempat-tempat baharu yang dikenal pasti boleh menjadi daya tarikan yang menguntungkan. Ia dapat dilakukan sama ada menerusi media cetak seperti risalah, buku, poster, majalah, dan akhbar atau media elektronik seperti radio dan televisyen. Selain itu, dengan kewujudan halaman pelancongan dalam internet dan media sosial juga merupakan cara terbaik untuk memperkenalkan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri yang wajar dikunjungi oleh pelancong asing dan domestik.
  • Keselamatan Pelancong – Langkah-langkah keselamatan juga perlu agar memastikan kepuasan dan kesejahteraan pelancong semasa berada di negeri Adat Perpatih ini.
  • Keperibadian Rakyat Malaysia – Masyarakat bersama-sama membantu pihak kerajaan dalam memartabatkan industri pelancongan. Keramahan rakyat negara ini harus dibuktikan melalui sikap ikhlas melayan kehadiran pelancong serta menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kerana budi bahasalah yang mencerminkan budaya bangsa Malaysia yang berbilang kaum.
  • Manfaatkan Media Sosial – Era globalisasi dengan teknologi canggih ini, media sosial adalah kewajiban yang harus dimiliki, bermula dengan Facebook, Instagram, Twitter, WhatApp dan Blog. Terapkan cara promosi dengan memperkenalkan produk pelancongan yang akan ditularkan dengan menggunakan media sosial.
  • Menganjurkan Kempen, Program Dan Aktiviti – Giat menganjurkan pelbagai program dan kempen serta menjadi penaja dalam pertandingan seperti peraduan fotografi, penulisan rencana pelancongan dan beberapa aktiviti berkaitan dengan pelancongan. Juga mempromosikan pelancongan domestik melalui kempen “Cuti-cuti Malaysia” bagi mewujudkan budaya percutian terancang di kalangan masyarakat tempatan. Tak salah juga dalam penganjuran minggu kebudayaan, festival makanan Negeri Sembilan, kemaskini (update) produk kraftangan Negeri Sembilan bagi menarik pengunjung berulang secara konsisten.
  • Penghargaan Dan Pengiktirafan – Pihak-pihak berwajib wajar memberikan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus dalam memartabatkan industri pelancongan sebagai sati inisiatif dalam menggalakkan kualiti perkhidmatan serta pembangunan pelancongan di Malaysia. Melalui penganugerahan, ia bakal menjadi mercu tanda kepada kecemerlangan pencapaian dan sumbangan.

Networking Dinner Di Dataran Homestay Pachitan

Tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘networking dinner’ dan kaitannya dengan Negeri Sembilan. Ohhhh…..barulah Mamable faham bahawa penglibatan Negeri Sembilan di peringkat global sebagai ‘platform’ untuk meningkatkan dan memantapkan jaringan perniagaan dengan para penggiat industri pelancongan yang berpotensi dalam mempromosikan Negeri Sembilan sebagai salah satu destinasi pelancongan terunggul dalam Malaysia.

Mengapa memilih perkampungan Pachitan dalam networking dalam produk pelancongan serta lokasi untuk penginapan? Jawapannya : Mamable ada melakukan beberapa kajian dalam pencarian google di mana Kampung Pachitan sehingga hari ini masih belum dapat dipastikan dengan tepat siapakah sebenarnya orang yang mula-mula membuka kampung ini. Walau bagaimana pun menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, mereka yang terawal meneroka tempat ini adalah orang-orang keturunan Jawa dari Tanah Jawa dimana sebahagian besarnya dari kawasan Pachitan di Jawa Timor. Bagi memudahkan panggilan maka nama Kampung Pachitan diambil kerana bilangan besar penduduk kampung berketurunan Jawa Pachitan.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Encik Uzaidi Udanis (tengah) selaku Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA)  – Tidak dinafikan kejayaan itu bukannya datang bergolek malah jika usaha tersebut tidak ditingkatkan, kehebatan, keunikan dan kekayaan sejarah serta tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan ini pasti akan dilupakan.

Saya menyeru rakan-rakan penggiat industri untuk memanfaatkan platform Nexus Productivity ini kerana ia merupakan satu peluang untuk kita berganding bahu bagi menggerakkan misi kita dalam menerapkan pemikiran dan budaya produktiviti tinggi dalam kehidupan seharian.

Cakap pasal dinner ni, penduduk setempat Homestay Pachitan telah menyajikan Nasi Ambeng..perghhhh sedap weiiii.

This slideshow requires JavaScript.

Perspektif tentang kepelbagaian strategi dalam segmen tarikan pelancong memberikan kelebihan kepada Malaysia untuk menawarkan produk pelancongan yang lebih berdaya saing. Sumbangan sektor pelancongan terhadap pendapatan negara akan terus meningkat. Kemasukkan jutaan pelancong asing saban tahun membuktikan bahawa Malaysia memiliki masa depan yang sangat cemerlang dalam sektor pelancongan. Diharap industri pelancongan di Malaysia terus berkembang dan memberi pulangan yang lumayan kepada pendapatan Negara dan rakyat Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s