I am what I am…………
Nak makan yang simple dan sihat, apalagi orderlah VSR aka Vietnam Spring Roll atau dalam bahasa Vietnamnya ‘Goi Cuon’. Ia merupakan hidangan tradisional rakyat Vietnam, yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari daripada gulungan kertas beras ‘banh trang’ atau ‘rice paper’.
Research yang Mamable cari dalam Google, Vietnam Spring Roll menduduki tangga ke 30 daripada 50 jenis masakan paling sedap di dunia. Malah ia juga merupakan hidangan appetizer yang paling popular di restoran Vietnam. Hurmmmm patutlah sedap, simple, santai dan sihat kannnnn.
Vietnam Spring Roll Noor Lieza dimakan dan cicah dengan sos cair yang rasanya pedas dan masam-masam manis. Tak perlu nak tambah sos cili tau. Dalam Vietnam Spring Roll Noor Lieza ada sayuran segar seperti lobak merah, timun, daun pudina, daun ketumbar dan suhun. VSR Noor Lieza ada 3 jenis tau seperti VSR Udang, VSR Ayam dan yang terbaru VSR Daging. So terpulanglah pada pada citarasa masing-masing.




Tunggu apalagi cepatlah order dengan Noor Lieza di 012-2464170 atau korang boleh jenguk FB dia di https://www.facebook.com/noor.lieza.3. 1 set ada 5 pcs VSR dan dijual dengan harga mampu milik iaitu RM20 sahaja. Dah order VSR dengan Noor Lieza, anda boleh self collect atau dia sendiri boleh hantar. Mamable order melalui whatsapp dan Noor Lieza akan hantar ke office Mamable di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Kuih Raya Noor Lieza
Haaaa puasa dah dekatkan, lepas puasa kita raya kannnnn. Kat sini Mamable nak ambil kesempatan tempek order kuih raya Noor Lieza ni. Ni copy paste status FB Noor Lieza….Tempahan cookies raya dah dibuka..
Order akan dibuka sehingga hujung bulan April ini..
Apa- apa boleh roger Liez..
.
Yang pasti dan yakin, cookies dari Liez adalah dari bahan-bahan terbaik.. tak main timbang kilo.
Gambar-gambar bawah ni pun Mamable pinjam dari Noor Lieza……korang jangan lupa order yer….Mamable dah try sample yang diberikan. Confirm sedap dan korang takkan rugi pun. Mamable dah tau apa yang Mamable nak order untuk raya nanti.