Pelajar Malaysia Mengalahkan 65,000 Peserta Dan Menjadi Juara ACA World Championship 2021


I am what I am………..

Sebelum korang baca, Mamable mohon maaf kerana write up bawah ni Mamable copy paste dari press release yang diberikan. Apa-apa pun Mamable rasa proud sebab Malaysia sekali lagi menjadi juara antarabangsa tau. Terbaiklah….tahniah Malaysia.

Danny Tse Wei Chun dan Teo Sze Ting merupakan dua pelajar yang mewakili Malaysia dalam pertandingan Adobe Certified Associate (ACA) World Championship 2021. Mereka telah mengharumkan nama negara setelah diumumkan sebagai juara dan tempat kelima di dalam pertandingan ini. Mereka telah mengalahkan seramai 65,000 peserta daripada 65 buah negara. Di dalam pertandingan ini, mereka harus menunjukkan kebolehan mereka dalam dalam bidang komunikasi digital seperti penggunaan Adobe Photoshop, Illustrator dan InDesign.

Danny Tse Wei Chun of UTAR Sg. Long, First place winner of the 2021 Adobe Certified Associate (ACA) World Championship
Teo Sze Ting of TARUC, fifth place winner of the 2021 Adobe Certified Associate (ACA) World Championship

Pada pusingan akhir pertandingan global yang diadakan pada 16-18 November yang lepas, setiap finalis telah diberikan masa 6 jam untuk melengkapkan tiga reka bentuk aset pemasaran dan akan disemak dari segi daya tarikan visual, keupayaan untuk memuaskan keperluan pelanggan, estetika jenama dan kemahiran mereka dalam penggunaan aplikasi Adobe Creative Cloud. Danny Tse Wei Chun dari UTAR Sg. Long telah menjadi juara pertandingan ini setelah bersaing dengan 51 finalis ACA World Championship 2021. Kebolehan beliau menyampaikan message dengan kreatif melalui ilustrasi digital telah memenangi hati pelanggannya – Limbitless Solutions.

Danny Tse Wei Chun of UTAR Sg. Long with his winning artwork

Pemenang ACA World Championship 2021 telah diumumkan oleh Certiport yang amat kenali sebagai sebuah pembekal terkemuka yang menguruskan pemeriksaan pensijilan IT berasaskan prestasi. Sijil ini dapat memberi peluang akademik dan kerjaya kepada pelajar. Pertandingan ini telah menyediakan $7,000 untuk juara pertandingan, $3,500 untuk tempat kedua dan $1,500 untuk tempat ketiga.

Dibawah adalah kedudukan finalis ACA World Champion 2021 :

• First place – Danny Tse Wei Chun, Malaysia

• Second place – Gustavo Souza, Brazil

• Third place – Gina Anjarizky Amalia, Indonesia

• Fourth place – Anh Duong Viet, Vietnam

• Fifth place – Sze Ting Teo, Malaysia

• Sixth place – Jake Owens, USA

• Seventh place – Bodan Kostov, North Macedonia

• Eighth place – Leong Meng, Macau

• Ninth place – Catherine Noelia Guere Rojas, Peru

• Tenth place – Duy Bui Dinh, Vietnam

Natalie Sit, Pengasas Creative Cloud Community (CCC) berkata “Setinggi-tinggi taniah kepada juara kami dengan memenangi tempat pertama dan kelima di dalam pertandingan ini! Mereka telah mengharumkan nama Malaysia dan kemenangan mereka telah membuktikan bahawa negara Malaysia mempunyai ramai bakat muda yang mahir dalam reka bentuk dan komunikasi digital. Dengan sumber yang terhad serta PKP kerana Covid-19, usaha dari pasukan kami dalam melahirkan bakat luar biasa untuk mewakilkan Malaysia dalam kejuaraan dunia selama dua tahun ini ternyata berbaloi. Kami amat berbangga dengan kerjayaan mereka.”

Natalie Sit, Founder of Creative Cloud Community (CCC)

YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi berkata, “Saya amat kagum dengan prestasi yang hebat yang telah dipamerkan oleh juara muda kita. Saya berharap kejayaan ini dapat memberi motivasi dan inspirasi kepda pelajar dari setiap sektor untuk meletakkan diri mereka di luar sana dan mempamerkan bakat mereka kepada dunia. Pertandingan ini telah membuktikan bahawa Malaysia mempunyai bakat muda yang mempunyai prestasi bertaraf dunia.”

“What a magnificent performance our young champions have put up, hats off to them. I hope this success will motivate and inspire more students from all sectors to put themselves out there and showcase their talents to the world. This competition has shown that Malaysia is filled with talented young individuals that are capable of world-class performance. With that, we thank the Creative Cloud Community for their humble efforts to upskill and empower these young adults.”

Creative Cloud Community (CCC) adalah sebuah perusahaan sosial yang terkenal di Malaysia apabila dikaitkan dengan pemerkasaan belia dari segi pertandingan yang berpendidikan atas menerajui pertandingan ACA Championship Malaysia selama enam tahun berturut-turut. Pertandingan ini membawa objektif untuk melengkapkan pelajar dengan pensijilan industri yang diiktiraf di seluruh dunia dan mempertingkatkan kerjaya mereka di Malaysia dan antarabangsa.

Kumpulan Acestar yang dikenali sebagai pakar dalam industri kreatif merupakan satu-satunya rakan kongsi platinum di Malaysia dan juga satu-satunya pengedar Certiport di Malaysia. – Seperti, Adobe Certified Associate, Microsoft Office Specialist dan banyak lagi. Acestar juga menggunakan sumber mereka untuk membantu CCC pada setiap tahun dalam memimpin ACA Championship Malaysia. Ray Murray, Naib Pengerusi dan Pengurus Besar – IT, Pearson VUE berkata “Kreativiti adalah salah satu kemahiran yang dicari-cari oleh majikan. Setiap pelajar yang bertanding di dalam pertandingan Adobe Championship ini telah menunjukkan kemahiran yang mengagumkan.”

“Walapun ini adalah sebuah pertandingan maya, tetapi pelajar-pelajar ini masih mununjukkan prestasi yang mantap. Setelah melihat kebolehan pelajar-pelajar dalam masa enam jam, ia menunjukkan bahawa mereka mempunyai pemahaman konsep reka bentuk digital yang amat mendalami sehingga kemahiran Adobe mereka dapat digunakan di dalam alam nyata.”

Tacy Trowbridge, Global Education Programs Lead at Adobe berkata “Kami amat gembira untuk menyertai pertandingan Adobe Certified Associate World Championship pada setiap tahun. Bukan setakat dapat melihat pelbagai projek yang menarik, tetapi juga dapat menjalinkan hubungan bersama pelajar yang amat kreatif dan bercita-cita tinggi dalam melancarkan kerjaya mereka dengan pensijilan yang diiktiraf industri.”

Pada tahun yang akan datang, pertandingan nasional akan kembali sebagai ACP (Adobe Certified Professional) Championship Malaysia 2022 – penjenamaan semula “ACA” yang akan diadakan pada 16 Febuary 2022. Institusi Pendidikan telah dibuka untuk pengdaftaran dengan menghantar e-mel ke event@creativecc.pro ataupun menhubungi 6018-350 8622.

Untuk ketahuan lebih lanjut, sila layari http://www.championshipmy.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s