I am what I am…….
Irasshaimase Aragan Yokocho – Selamat datang ke Aragan Yokocho. Sebuah restoran makanan Jepun yang terletak di tingkat LG di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Aragan Yokocho, merupakan restoran yang pertama dan terbesar di Asia dan mula beroperasi pada 13.02.2017. Restoran yang berkeluasan 18,848 kaki persegi.
Ros diberi peluang oleh Cik Ellie Toh untuk mencuba masakan Jepun di Restoran Aragan Yokocho. Terasa seperti berada di negara Jepun apabila Ros disambut mesra oleh Cik Ellie dengan berpakaian Yukata. Ala ala kimono. Yukata adalah sejenis pakaian yang dibuat dari kain kapas yang nipis tanpa ada lapisan dalam. Yukata dipakai semasa cuaca panas agar badan menjadi sejuk.
Di sini para pelanggan yang suka mencuba sesuatu yang baru,boleh mencuba yukata untuk bergambar dan berselfie. Jangan risau yukata untuk lelaki juga ada disediakan. Sipa dengan kelengkapan hingga ke terompahnya.

Tema Musim Luruh

Tema Musim Sejuk

Ini adalah area Tatami.

Satu-satunya restoran makanan Jepun di Asia yang mempunyai konsep 4 musim seperti Musim Bunga, Musim Luruh, Musim Panas dan Musim Sejuk. Terpulang kepada pelanggan untuk memilih musim apa. Selain mempunyai tema mengikut musim, ada juga area untuk persendirian dan tatami.
Dalam bahasa Jepun, makanan Jepun disebut nihonshoku atau washoku. Sushi, tempura, shabu-shabu, dan sukiyaki adalah makanan Jepun yang popular di luar Jepun, termasuk di Malaysia. Pada umumnya, bahan-bahan masakan Jepun seperti beras, hasil pertanian seperti sayur, kekacang dan makanan laut. Perasa berupa dashi yang dibuat dari konbu, ikan dan shiitake, ditambah miso dan shōyu. Berbeza dengan masakan negara-negara lain, makanan Jepun sama sekali tidak menggunakan perasa berupa rempah-rempah dari biji-bijian atau perasa yang mengandungi biji seperti cili yang harus ditumbuk atau dihaluskan. Masakan Jepun juga tidak menggunakan perasa yang berbau tajam seperti bawang putih. Kacang soya merupakan bahan utama makanan olahan. Perisa biasanya berupa sayur-sayuran beraroma harum yang dipotong-potong halus atau diparut.

Teppayanki – Okonomiyaki. Ada banyak jenis Okonomiyaki. Harga dalam RM24.00 – RM26.00


Di negara kepulauan atau Jepun iaitu negara yang dikelilingi oleh lautan, terdapat pelbagai hidangan yang disediakan menggunakan makanan laut. Sebut saja sushi, kita sudah terbayang makanan itu datangnya dari Jepun. Imaginasi kita, sushi ini adalah satu makanan mentah, tidak kena dengan tekak kita sebagai orang Malaysia. Untuk orang yang baru bermula untuk berjinak-jinak makan sushi, memang sesuatu yang sangat sukar untuk menyesuaikan diri dengan rasa sushi. Wasabi ini pula diambil dari pokok wasabi dan rasanya sangat perit. Kita akan merasa keperitan di hidung sekiranya makan wasabi ini.
Kita rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan makanan bergoreng dan pedas, jadi apa yang akan kita rasa dengan makan sushi ini sememangnya satu pengalaman yang sangat berbeza.
Bukan saja terkenal dengan sikap berdisiplin, malah masyarakat Jepun diketahui seluruh dunia mengamalkan pola pemakanan sihat. Malah, beberapa kajian kesihatan melaporkan rakyat Jepun mempunyai jangka hayat lebih tinggi berbanding negara lain.
Terdapat 200 jenis hidangan makanan Jepun disediakan untuk para pelanggan mencuba. Terpulang pada citarasa masing-masing. Nak diterangkan memang jadi panjang blog ni. Apa kata anda ke sini dan mencubanya sendiri.


Untuk desserts pula, Ros cuba ais krim negera Jepun iaitu Kurogoma Ice Cream. Rasa keladi dan sememangnya sedap. Terasa keseimbangan manisnya bila berada di dalam mulut. Sejuk dan nyaman.
Leka melayan makan ais krim, tak perasan jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Sebelum balik, sempat bergambar dengan Encik Yasukazu Yoshikawa, Pengarah Aragan Yokocho. Beliau seorang yang peramah dan baik hati. Juga berbudi bahasa. Senyuman beliau tak lekang dari wajahnya.
Ingin jadi seperti kami, sambil menikmati juadah kami tetap bergembira. Tidak terlewat untuk menempah sekarang. Sila hubungi 03-2856 0259 atau lawat laman Facebook Aragan Yokocho iaitu https://www.facebook.com/AraganYokocho/ untuk tempahan dan maklumat lebih lanjut.
Lot no. LG20, Quill City Mall, Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur 55100
Waktu beroperasi pada pukul 11:00 pagi hingga 10.00 malam. Sesuai datang bersama keluarga, rakan, kekasih dan perjumpaan korporat. Sayonara……..
Suka layan channel nhk prog masak2. Rata2 masakan jepun diaorang suka masukkan sake dan mirin. Di restoren ni mmg sahih tak dimasukkan dua bahan wajib tu ke?
LikeLike