Bufet Ramadan Selera Desa Kembara Iftar Di Pekan, Pahang


I am what I am………..

poster KL

review pekan.jpg

Di setiap negeri ada makanan tradisinya. Begitu juga di Pahang, pasti ada makanan tradisinya yang tersendiri. Pada hari Ahad – 19.04.2017, AnCasa Royale Pekan telah menyajikan pelbagai variasi hidangan yang bakal membawa kita mengembara ke seluruh ceruk daerah negeri Pahang di bawah satu bumbung berkosepkan “Selera Desa Kembara Iftar Di Pekan, Pahang” sempena bulan Ramadan yang menjelang tiba.

DSC_8881

Antara sajian kembara iftar yang dihidangkan ialah makanan tradisi Pahang iaitu Opor Daging, Ikan Patin Masak Tempoyak dan Sambal Hitam. Populariti Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak tidak perlu disangkal lagi kerana masakan dari Pahang itu mempunyai peminat tersendiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, terutama penggemar-penggemar ikan sungai. Begitu juga dengan masakan Opor Daging merupakan resipi Di Raja Pahang yang sangat popular di Bandar Diraja Pekan, Pahang ini. Resepi ini dihasilkan dengan menggunakan rempah ratus asli yang telah dipanggang dan dicampurkan dengan beberapa bahan lain yang membangkitkan rasa yang sangat enak dan menyelerakan. Sambal Hitam merupakan pembuka selera yang sangat terkenal dan hanya boleh ditemui di sekitar daerah Jerantut, Kuala Lipis dan Raub. Merupakan makanan tradisi turun temurun yang hingga kini masih diingati.

Sudah pasti sajian dan juadah menarik ini diilhamkan daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kulinari dan masakan melayu iaitu gabungan hebat di antara Cef Hazlan Hamzah, Cef Syed Badrul Hisham, Cef Mohd Zamri dan juga pasukan mereka yang sememangnya berpengalaman.

Seperti semua orang ketahui, masakan kampung merupakan masakan yang tidak jemu dinikmati. Tahun ini pihak AnCasa Royale Pekan menggabungkan tema Kembara Iftar Di Pekan, Pahang bagi menyingkap semula kenangan lama. Malahan juadah yang disajikan mengikut tempat-tempat yang dahulunya amat popular dan hingga kini ia masih terpahat dimemori kita. Antaranya daerah Jerantut, Temerloh, Raub dan Pekan.

Image result for pahang

Menu-menu yang disajikan akan dihidangkan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih 100 hidangan setiap hari yang terdiri daripada pembuka selera, sup, hidangan utama, minuman dan pencuci mulut.

Bagi penggemar manisan pula, kami menyajikan Puding Raja. Puding Raja pada asalnya merupakan hidangan istimewa santapan diraja. Tetapi kini semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya di mana-mana saja. Bukan itu saja, malahan ada kuih-muih melayu seperti Lepat Pisang, Binka Ubi, Kuih Talam dan sebagainya.

Baucar untuk berbuka dijual pada harga RM68 bersih untuk dewasa dan RM40 bersih untuk kanak-kanak. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian 09-4246600.

poster KL

AnCasa Royale Pekan, Pahang merupakan sebahagian daripada rangkaian hotel AnCasa Hotels & Resorts yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad. Sila layari laman sesawang kami di www.ancasahotels.com untuk kadar terbaik.

ancasa royale

Advertisements
Aside

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s