I am what I am………
Mencari barangan ‘preloved’, pakaian terpakai, ‘pre-owned’, bundle Japan berjenama yang berkualiti dan semestinya murah? Barangan yang diimport khas daripada negara Jepun, ini bermakna Mamable tak perlu pergi ke Jepun. Wah! Jimat duit, masa dan tenaga.
Minggu lepas, Mamable meluangkan masa selama satu hari bershopping di Jalan Jalan Japan yang terletak di 1Shamelin Mall. Kini Mamable tiada lagi alasan untuk tampil bergaya mengikut kemampuan Mamable sendiri. Jalan Jalan Japan sinonim dengan kemeriahan, keunikan dan kegilaan fesyen terkini yang digayakan oleh remaja Jepun sekali gus mencipta aura tersendiri di Unit Aras L3 1Shamelin, Kuala Lumpur itu.
Mamable bukan peminat barangan ‘preloved’ dan jika nak bershopping barangan ‘preloved’ pasti Mamable akan rancang barang apa yang perlu dibeli dan adakah ia berbaloi dan boleh digunakan. Ingin tahu bagaimana Mamable bershopping…..sila baca setiap baris ayat di bawah hingga habis…….

Kenali dulu maksud ‘preloved’
Apa itu ‘preloved’? ‘Preloved’ adalah sebuah kosa kata bahasa Inggeris yang terdapat di dalam kamus Oxford bermaksud barang yang sebelumnya pernah dimiliki dan akan berpindah tangan, atau istilah lainnya adalah secondhand. Namun, ada beberapa penjelasan lainnya yang lebih luas tentang barang preloved, iaitu:
- Barang yang pernah kita beli dan kita pernah memakainya beberapa kali;
- Barang yang pernah kita beli tapi tidak pernah kita pakai dan
- Barang pemberian dari orang lain untuk kita yang tidak pernah kita pakai.
Apa itu Jalan Jalan Japan?
Berkonsepkan sebuah tempat mengumpulkan barangan ‘preloved’, ‘preowned’ yang original dan berkualiti dari negara Jepun terus kepada anda. Apa yang bestnya di sini ialah barang-barang yang ada di sini sememangnya teramat murah. Seriusnya anda akan rambang mata tengok berbagai-bagai gaya pakaian fesyen ada di sini.
Ini membuktikan aliran fesyen yang pesat sama ada mengikut pertukaran musim membuatkan rakyat Jepun sentiasa terkini dalam perkembangan fesyen.
Siapa yang sepatutnya datang ke Jalan Jalan Japan? Mereka adalah orang yang nak berfesyen tapi bajetnya ciput dan di sini kita boleh bershopping dengan bajet bawah RM100 dah boleh dapat lengkap baju, skirt, seluar, kasut, beg…lengkap hingga ke kasut. Malahan barangan dapur, set pinggan mangkuk, set barangan sukan juga dijual dengan harga serendah RM1 untuk satu barang.
Peminat barangan vintage, original dan ‘rare’ semua ada di sini. Ada lebih 20,000 barangan dari pelbagai jenis kegunaan terdapat di sini.
Setiap barang yang ada disini akan di-restock setiap satu ke dua minggu. Jadi datang la setiap seminggu atau dua minggu kalau nak tengok design-design atau barang-barang yang lain.
Antara yang boleh terokai setibanya di Jalan Jalan Japan nanti?

















Membeli-belah merupakan aktiviti digemari ramai tidak kira golongan lelaki mahupun wanita. Sungguhpun begitu, bergantung kepada kemampuan dan kuasa membeli masing-masing, ada juga yang menganggap aktiviti itu sebagai satu terapi yang boleh memberi ketenangan diri dengan alasan hanya meluangkan masa secara window shopping.
Tips pengguna bijak
- Buatlah belanjawan sebelum membeli belah.
- Bandingkan yang mana satu keperluan ataupun kehendak, keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.
- Sentiasa buat bandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya, buat pilihan yang bijak, kadang kala yang tinggu kuantitinya tak semestinya tinngi kualitinya.
- Periksa keadan barang sebelum membelinya, lihat keadaan fizikalnya dalam keadaan baik atau tidak, periksa kuantitinya supaya cukup seperti maklumat dalam label.
- Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli. Ingat, anda punyai hak untuk membuat pilihan, jangan biarkan penjual memaksa atau membuat pilihan untuk anda.
- Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.
Mamable sebagai pembeli dan pengguna yang bijak
Ingin jadi seperti Mamable, jom tonton bagaimana Mamable bershopping di Jalan Jalan Japan : https://www.facebook.com/rosmawatiaboohassan.rose/videos/1810224735687792/
- Mamable rancang dulu apa yang Mamable nak beli dan gunakan.
- Mamable beli yang perlu sahaja.
- Wanita memang rambang mata, nampak benda yang cantik beli. Lebih-lebih lagi barangan pinggan mangkuk bagai. Suka pegang dan cuba. Tetapi kena ingat….berhati-hati ketika memegang barangan kaca, dah pecah kena beli tau.
- Mamable akan rancang masa bershopping. Lagi-lagi bahagian baju…..
- Ajar diri kita supaya letak semula di tempatnya. Berdisiplin itu penting. Sebagai contoh, Mamable ambil baju tetapi ia tak sesuai dengan Mamable jadi Mamable akan letak balik di tempat asalnya semula.
- Semua nampak cantik belaka tetapi beli yang diperlukan sahaja.
- Pastikan ada tanda harga pada baju atau barangan yang kita beli. Kalau boleh beli biarlah ikut kemampuan. Supaya tidak menyusahkan kita dan pihak menjual ketika masa pembayaran nanti.
- Rajin-rajinkan diri untuk mencuba setiap pakaian yang ingin kita beli.
- Bijak ketika ingin membeli barangan yang berkombo atau berset. Nilai dulu kegunaan barang tersebut.
- Diskaun atau promosi barangan murah amat penting. Sebenarnya ia membantu Mamable dalam menjadi pembeli dan pengguna yang bijak.

Info dan maklumat mengenai Jalan Jalan Japan
Alamat di USJ : 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya 47650
Hubungi : 012-267 3840
Alamat di 1Shamelin Mall : Unit L3-032, Aras 3A, 100 Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
Facebook : https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/
Beroperasi setiap hari dan buka pada pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.