I am what I am…..
Ketibaan Ramadan kali ini pastinya ada yang sudah bercadang untuk berbuka (iftar) di luar. Namun mencari lokasi yang menyediakan segala jenis makanan pasti sukar. Bagi warga Cyberjaya dan Putrajaya yang masih mencari-cari tempat untuk berbuka puasa nanti kini tidak perlu risau dan gusar, kerana Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa yang terletak di Cyberjaya menyediakan segala-galanya dalam menu berbuka mereka.
Bagi menyingkap kembali suasana berbuka di gerai-gerai makan di kaki lima, Cyberview Resort & Spa membawa kembali zaman tersebut dengan penyediaan sebanyak 26 stall yang berkonsepkan ‘seafood live-on-the-wok” serta sajian masakan Melayu, Cina, Jepun, Korea, Itali, Spanish, Mexican dan masakan tempatan.
Melalui tema Rasai Iftar Ke 20 sempena ketibaan Ramadan, Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa menyediakan lebih dari 300 hidangan makanan yang merangkumi pelbagai menu termasuk masakan Melayu, Asia, Cina dan masakan Barat.
Menu-menu ini disediakan sendiri oleh Cef Imran Bin Hamid dan teamnya termasuk menu istimewa iaitu Ais Krim Chicken Rendang, Gulai Kawah, Asam Pedas dan Patin Tempoyak. Juga ‘never-to-say-no-to’ untuk Roll Goreng Rangup Durian Musang King.
Antara 300 Hidangan Berbuka Puasa
Warung Udang Dan Ketam
Teppanyaki, Okonomiyaki (Korean), Ramen, Soba, Sushi, Shashimi Dan Oyster
Laksa Dan Noodle Station
BBQ Station
Pilihan Buah-Buahan Dan Jeruk
Kaunter Ais Krim Dan Ais Kacang
Memang rare, ada Ais Krim Chicken Rendang di Cyberview Resort & Spa. Percaya atau tidak, anda semua harus ke sini untuk merasainya sendiri. Sesuatu yang unik apabila gabungan rasa rendang ayam dan ais krim menjadi satu. Dengan sekali suapan saja, Mamable dapat merasai gabungan bahan-bahan seperti hirisan ayam, kunyit, halia dan bawang. Menu ini wajib untuk anda semua cuba nanti.

Seleksi Kuih Muih Tradisional, Kek, Roti Dan Kurma
Berkonsepkan Deretan Stall Di Dalam Taman
Di Restoran Verandah, Cyberview Resort & Spa agak berbeza sedikit, kerana dekorasi bufet ramadhan untuk tahun ini lebih kepada konsep berbuka puasa dengan deretan stall di dalam taman tropika.


Harga Dan Tempahan Baucar Awal Berbuka Puasa Di Cyberview Resort & Spa
Untuk ‘Rasai Iftar Ke 20’ ini, Cyberview Resort & Spa mengenakan bayaran RM149.00 bersih bagi dewasa dan RM75.00 bersih untuk kanak-kanak.
Namun bagi mereka yang menempah lebih awal, hanya RM120.00 bersih bagi dewasa dan RM60.00 bersih untuk kanak-kanak dikenakan. Hubungi 03-83127042 atau 03-83127041 untuk membuat tempahan.
Info Cyberview Resort & Spa :
Hubungi : 03-8312 7000
Laman web : www.cyberviewresort.com
Facebook : https://www.facebook.com/cyberviewresort/
Instagram : https://www.instagram.com/cyberviewresort/