Review Estetik : Rawatan Instant Beauty Di Toscana Medi Clinic, Publika


I am what I am…….

Sebagai seorang wanita, Mamable pun menginginkan kecantikkan. Bermacam jenis produk dan rawatan kecantikkan telah Mamable buat dan lalui. Sebagai seorang lifestyle blogger, Mamable juga sering kali dijemput oleh klinik-klinik estetik untuk melakukan sesi reviu rawatan kecantikkan wajah dan diri. Resultnya tetap macam itu juga. Sampaikan tahap Mamable, tepuk dada tanyalah selera…………

Mamable berhenti menggunakan semua produk kecantikkan wajah dan hanya mencuci muka dengan menggunakan air saja. Bayangkan Mamable melaluinya setiap hari hinggalah pada suatu ketika wajah Mamable dikritik kusam, tak bermaya, terdapat kesan parut jerawat, warna kulit tak sekata dan tak berseri oleh salah seorang rakan media iaitu Abam Marcus Osmand. Kerana kritikkan  dan bantuan daripada dialah, Mamable kini lebih tampil dengan menarik dan berkeyakinan dalam apa jua situasi.

Ingin tahu apa rawatan yang Mamable terima, jom baca testimoni Mamable…………

Testimoni Mamable

Pada 16.04.2018 yang lepas, Mamable bersama Kak Anna telah dijemput oleh Abam Marcus Osmand ke Toscana Medi Clinic di Publika untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang bersesuaian dengan keadaan Mamable.

Menurut Doktor Lashela Dharmadass, Mamable mengalami kulit wajah yang kusam, tak bermaya, warna kulit tidak sekata, kulit berminyak, terdapat parut jerawat dan lebam bawah mata. Masalah-masalah seperti ini sebenarnya mencacatkan penampilan kita tanpa kita sedari.

Segala masalah yang Mamable alami, Doktor Lashela mencatatkan terus ke atas kertas pendaftaran Mamable tadi. Supaya nanti bila ada rawatan susulan, Doktor Lashela bolehlah merujuk kembali.

Doktor Lashela menawarkan Rawatan Porcelain Doll, Intravenous Glowhite dan Medical Grade Black Doll Laser untuk merawat masalah yang dihadapi Mamable. Harga sebenar kos rawatan ini ialah RM2500.00 tau. Tetapi kini Toscana Medi Clinic memberikan harga promosi sebanyak RM500.00 sahaja untuk 3 rawatan tersebut.

Image may contain: 3 people, including Rozana Hassan and Rosmawati Aboo Hassan, people smiling, people sitting
Gambar oleh Abam Marcus Osmand – Doktor Lashela sedang mengenalpasti keadaan dan rawatan yang bersesuaian dengan Mamable di Toscana Medi Clinic

Mamable Dengan Rawatan Porcelain Doll

Rawatan Porcelain Doll ialah rawatan untuk menyelesaikan segala masalah kulit seperti jerawat, parut jerawat, kulit tidak sekata, kulit kering, kulit yang berminyak, masalah penuaan, kulit kusam dan lebam bawah mata. Ia juga menggalakkan pertumbuhan kulit baru, menghasilkan kolagen pemulihan serta ia meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kulit.

Dengan rawatan inilah kulit wajah Mamable lebih cerah dan warna ton kulit seperti ‘pinkish’ ala ala patung porcelain dan semakin licin. Wajah semakin anjal dan sihat secara semulajadi. Jangan risau dengan rawatan Porcelain Doll ini, ia mudah serap dan ‘wudhu friendly’.

Mamable Dengan Rawatan Intravenous Glowhite

Menurut Abam Marcus Osmand, Rawatan Intravenous Glowhite merupakan rawatan yang semakin popular masakini. Mengapa ia popular? Kerana ia merupakan rawatan kecantikan yang telah menjadi pilihan setiap wanita kerana kesannya yang cepat berbanding jika kita ambil vitamin. Ini bermakna, Mamable merupakan dikalangan wanita yang bertuah mendapat rawatan ini.

Apabila rawatan Intravenous Glowhite dilakukan, vitamin C ini akan menyerap ke bahagian sistem badan Mamable yang memerlukannya. Berlainan pula dengan pengambilan vitamin C, ada kebarangkalian vitamin itu tidak sampai kepada sistem tubuh yang memerlukannya. Sebaliknya, ia disingkirkan ke bahagian lain yang tidak berkenaan. Rupa-rupanya rawatan vitamin C ini telah digunakan sejak 30-40 tahun dahulu dengan bertujuan untuk menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia.

Radikal bebas akan menjadikan kulit kita rosak, kusam, berkedut serta muncul pigmen hitam dan menjadikan kulit tidak cantik seperti dulu. Jadi Intravenous Glowhite ini digunakan sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas dalam badan kita. Fungsi Intravenous Glowhite ini juga berperanan untuk meremajakan kulit, mencegah penuaan dan menghalang sinaran matahari yang boleh menimbulkan gangguan kulit. Dan proses terakhirnya menjadikan kulit kita lebih sihat, cantik dan cerah.

Di sini Mamable nak kongsikan beberapa manfaat yang boleh kita dapat daripada Rawatan Intravenous Glowhite ini :

  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.
  • Menghalang penyakit Skurvi : Penyakit yang disebabkan kekurangan Vitamin C dalam makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit dan lain-lain.
  • Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.
  • Menguatkan dinding salur darah.
  • Menolong pembentukkan tisu gentian dan mengurangkan kedut pada kulit.
  • Menjadikan kulit lebih cerah, menghilangkan jerawat dan pigmentasi kulit.
  • Menjaga kesihatan otot dan mencantikkan serta menghaluskan kulit.

Image may contain: Rozana Hassan

Mamable Dengan Rawatan Medical Grade Black Doll Laser

Wajah Mamable telah disapu dengan krim karbon sehingga menutupi keseluruhan kulit. Selepas krim ini dibiarkan 20 minit, Doktor Lashela menggunakan kuasa pancaran laser alat ini dihalakan ke setiap bahagian wajah bermula dari dahi, pipi, hidung dan dagu. Semasa rawatan, Doktor Lashela memberitahu pada Mamable yang Mamable akan mendengar bunyi klik yang menandakan bahan karbon ini diserap ke dalam kulit.

Bagi Mamable yang baru kali pertama melakukannya mungkin akan terasa sedikit suam dan pijar apabila peranti ini diletakkan pada lapisan teratas, namun ia tidak menyakitkan. Hanya selepas kira-kira 30 minit sehingga satu jam selepas semua warna hitam karbon diserap barulah peranti laser dihentikan dan Mamable boleh meneruskan semula aktiviti kerana ia tidak mendatangkan kesan sampingan.

Tujuan Mamable menjalani rawatan ini adalah bagi mengecilkan pori dan mengurangkan parut jerawat. Serta ia dapat menghaluskan kulit dan menjadikannya lebih berseri. Rawatan ini tidak menyakitkan dan tidak mendatangkan kesan sampingan, rawatan laser karbon menunjukkan kesan ketara. Pengelupasan secara laser karbon juga mencetuskan penghasilan sel kulit baru sekaligus ia menjadikan kulit lebih cerah dan sihat.

Abam Marcus Osmand beritahu apa yang berlaku menerusi pancaran laser ini adalah penghasilan tenaga haba yang merangsang kulit untuk meningkatkan pengeluaran kolagen baru dan sel kulit baru. Hasilnya, tisu penghubung tumbuh dengan lebih pantas, manakala zarah karbon mengelupaskan kulit secara halus dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar lalu menyingkirkan kotoran yang ada di dalam liang roma.

Untuk mendapatkan kesan yang diinginkan rawatan ini boleh dilakukan dua minggu sekali selama enam kali kemudian diteruskan sekali sebulan. Bagi mereka yang mengalami masalah kulit yang teruk digalakkan memakai pelindung matahari selepas melakukan laser karbon dan menggunakan produk penjagaan wajah sesuai jenis kulit.

Image may contain: one or more people and people sitting
Gambar oleh Abam Marcus Osmand – Mamable menjalani rawatan Medical Grade Black Doll Laser. Ketika terapi ini, Mamable tidak berasa sakit atau kurang selesa cuma kulit terasa seperti digigit semut
Image may contain: Marcus Osmand, eyeglasses
Gambar oleh Abam Marcus Osmand – Mamable setelah selesai menjalani rawatan Medical Grade Black Doll Laser
Image may contain: 3 people, including Marcus Osmand and Rosmawati Aboo Hassan
Gambar oleh Abam Marcus Osmand – Mamable bersama Abam Marcus Osmand dan Doktor Lashela  Dharmadass

Sebelum Dan Selepas Wajah Mamable

Mamable Selepas Seminggu Mendapatkan Rawatan Di Toscana Medi Clinic

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, eyeglasses and closeup

Image may contain: Rosmawati Aboo Hassan, smiling, eyeglasses, hat and closeup

Wanita dan kecantikan memang tak boleh dipisahkan dan setiap wanita pastinya mahu kelihatan menawan, anggun dan cantik. Pelbagai usaha yang Mamable lakukan untuk menjaga kecantikan luaran dan dalaman seperti membeli produk kecantikan yang murah dan mahal serta pergi ke pusat rawatan kecantikan. Sampaikan Mamable berputus asa untuk meneruskannya.

Dengan rekomen daripada Abam Marcus Osmand, kini Mamable lebih berkeyakinan dan dalam masa seminggu kulit wajah Mamable semakin ketara nampak perubahannya. Nasihat daripada Doktor Lashela dan Abam Marcus Osmand, untuk mendapatkan kulit yang sihat, 70 peratus bermula daripada penjagaan di rumah manakala 30 peratus menerusi rawatan di pusat kecantikan. Mamable juga harus menjaga pemakanan dengan mengambil makanan seimbang dan air kosong secukupnya.

Info Toscana Medi Clinic :

Lot 01 & 02 Level G4 Block D5 , Solaris Dutamas, No 1 Jalan Dutamas 1, 50480 Kuala Lumpur.

Hubungi : 03-6143 8866

Laman web : www.toscanamed.com

Facebook : https://www.facebook.com/toscanamed/

Instagram : https://www.instagram.com/toscana_mediclinic/

No automatic alt text available.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s