Mask Muka Essence Hyaluronic Acid Luminous Dr. Jou Keberkesanan Penghidratan Tanpa Mengeringkan


I am what I am…….

Pernah tak korang cakap macam ni kat diri korang sendiri….” Eh dia tu tak pakai makeup pun cantik, jealousnya aku”…tipulah kalau tak pernah hahahahaha.

Pada pendapat Mamable, percayalah setiap wanita pasti mempunyai tarikan kecantikan wajah yang semulajadi sama ada bersolek mahupun tidak. Ramai orang mengambil ‘jalan singkat’ untuk sentiasa kekal berseri dengan menggunakan alat solekan yang banyak sedangkan penting untuk anda tahu bahawa penjagaan kulit lebih utama dari segalanya.

Dalam dunia hari ini, kulit mempunyai tugas yang sukar untuk mengekalkan seri wajah yang sihat dan kesegaran yang sempurna seperti kulit wajah yang anda inginkan. Cuaca panas, pencemaran, larut malam, kerja yang penuh tekanan dan terdapat banyak faktor yang boleh menyumbang ke arah kulit kusam dan tak bermaya.

Senang cakaplah kan, face maak merupakan item kecantikan paling digemari setiap wanita malah ia satu rutin rawatan kecantikan paling efektif dan mudah dimiliki.

Satu penyelesaian mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan masker wajah secara tetap. Masker wajah membantu menyasarkan kawasan bermasalah dan menyerlahkan seri sebenar kulit wajah anda.

Kat sini Mamable nak rekomen satu mask muka ni iaitu Essence Hyaluronic Acid Luminous oleh Dr. Jou. Seperti Mamable penggunaan mask pada kulit wajah adalah wajib kerana Mamable sendiri mempunyai masalah kulit kering yang ketara, tona kulit tak sekata dan parut jerawat. Tetapi selepas 2 kali menggunakan mask muka Dr. Jou ni kulit Mamable lebih lembap dan bersih.

Cara pemakaian mask muka ni senang ajer…Mamable tak pakai setiap hari tau hanya 2 kali seminggu. Pakai kat muka 20 minit ajer, jangan pulak dibiarkan lama-lama kat muka kang lain pulak jadinya.

Essence Hyaluronic Acid Luminous oleh Dr. Jou ni menawarkan penyucian dua kali dan keberkesanan penghidratan untuk membersihkan kulit tanpa mengeringkan. Mudah dibawa dan senang dipakai walaupun sebelum anda menghadiri sebarang majlis istimewa. Tepek terus kat muka.

Tunggu apa lagi tu, cepat-cepatlah cari mask muka Dr. Jou ni. Boleh terus shopping online di lazada or shopee.

Jom bersama-sama kita cantik dan kulit wajah berseri dan flawless.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s